|
|
Homoeopathy |
Virtual |
|
|
Institute |
|
Top
of Form
|
Web
HBI Sijil/Diploma Modul
Kursus Makluman Lain-lain » |
|
|
Bottom
of Form
|
Kursus-kursus yang
akan ditawarkan mengikut modul: (Courses according to Modules)
[HBI001] Sejarah dan Falsafah Ilmu Perubatan
Homeopati
Mengandungi sejarah ilmu perubatan, khususnya kelahiran homeopati
dan perkembangannya. Sejarah tokoh-tokoh penting ilmu perubatan homeopati.
Memperkenalkan konsep-konsep penting, falsafah dan prinsip-prinsip ilmu
perubatan homeopati. Silabus ini termasuk juga pendedahan kepada beberapa
undang-undang dan teori dalam ilmu perubatan homeopati. Penjelasan tentang
petikan-petikan daripada Organon of
Medicine. Perbezaan ilmu perubatan homeopati dengan alopati dan
alternatif. Hubungannya dengan rawatan tabii dan Islam. Teks: Perubatan Homeopati [1997]
Homeopati: Perubatan Alaf Baru [1999]
Homeopathy: Medicine of the New Man [1987] [HBI011] Materia Medika Homeopati I
Kursus ini memberi maklumat awal; dan ringkas mengenai kegunaan
penawar homeopati. Simptom-simptom digambarkan secara umum bagi tujuan
membiasakan pelajar dengan pelbagai penawar yang mungkin masih asing
kepada para pelajar. Sekurang-kurangnya 40 remedi utama homeopati yang
diperkenalkan itu ialah: Aconite, Arnica, Belladonna, Baptisia, Cantharis,
Hepar Sulph dll. Teks: Perubatan Homeopati [1997] Prakeperluan: [HBI001] [HBI012] Materia Medika Homeopati II
Kursus ini menjelaskan jenis dan klasifikasi penawar homeopati.
Sumber dari mana ia disediakan. Mengenali gambaran asas simptom-simptom
dan kegunaan sekurang-kurangnya 40 penawar utama homeopati spt Aconite,
Belladonna, Cantharis, Hepar Sulph dll. Huraian diberi dalam bentuk
simptom umum dan partikular. Simptom mental, emosi dan fizikal. Maklumat
mengenai hubungan antara remedi-remedi berkenaan akan dibicarakan. Teks: Penawar Homeopati Pilihan [2000]
Materia Medica Dr. W. Boericke [1996]
Allen’s Key Notes [1996] Prakeperluan: [HBI011] [HBI013] Materia Medika Homeopati III
Kursus ini merupakan sambungan bagi kursus Materia Medica II yang
membicarakan tentang simptom dan kegunaan penawar-penawar homeopati.
Pelajar sekali lagi akan diperkenalkan dengan gambaran asas simptom-simptom dan
kegunaan sekurang-kurangnya 40 lagi penawar sebagai tambahan. Perbandingan
simptom-simptom di antara penawar-penawar yang diperkenalkan akan
dihuraikan dengan lebih terperinci. Maklumat mengenai hubungan antara
remedi-remedi berkenaan masih menjadi sebahagian daripada
pembicaraan. Teks: Penawar Homeopati Pilihan [2000]
Materia Medica Dr. W. Boericke [1996]
Allen’s Key Notes [1996]
Therapeutics Key
- I.D. Johnson Prakeperluan: HBI011 dan HBI012 [HBI021] Pengantar Biokimia Homeopati
Kursus yang membicarakan ttg 12 penawar utama biokimia Dr.
Schussler. Beberapa penawar biokimia tambahan akan diajar berasaskan
keperluan. Bersama dgn pengetahuan ttg penawar-penawar tersebut, diberi
beberapa situasi pesakit di mana rawatan boleh dibuat berasaskan simptom
dan keperluan garam tisu. Teks: The Twelve Tissue Remedies
[1993] Prakeperluan: HBI001 [HBI031] Rawatan Pertolongan Cemas
Jenis-jenis pertolongan cemas. Rawatan konvensional pertolongan
cemas (dengan bantuan daripada Persatuan Bulan Sabit atau Palang Merah).
Maksud pertolongan cemas mengikut konsep homeopati. Penawar-penawar
pertolongan cemas homeopati. Kaedah dan cara mempreskripsi penawar
pertolongan cemas homeopati. Teks: Perubatan Homoeopati [1977]
Rawatan Asas Homeopati [2002] Prakeperluan: HBI001 [HBI041] Pediatrik &
Rawatan homeopati
Kaedah merawat kanak-kanak dengan cara memberi penawar berdasarkan
sekumpulan simptom penyakit. Jenis-jenis penyakit kanak-kanak yang boleh
dirawat. Membicarakan alternatif penawar bagi setiap penyakit seperti
sawan, batuk, demam, selsema, campak, cacing, jaundis dsbnya. Dengan
saranan pencegahan jangkitan secara umum dan menggunakan penawar homeopati
bila kedapatan. Teks: Beginners Guide to Homeopathy [1976]
Penyakit Kasna-kanak dan Rawatan Homeopati [2001] Prakeperluan: HBI001 [HBI042] Terapeutik: Ginekologi & Obstetrik
Membicarakan ttg penyakit-penyakit wanita dan masalah ibu semasa
kehamilan, semasa dan selepas bersalin. Aspek yg dilihat ialah di sekitar
masalah berbangkit dan dalam ruang lingkup di mana rawatan homeopati tanpa
surgeri dapat dikendalikan. Teks: Prakeperluan: HBI001 [HBI043] Terapeutik: Umum
Kursus ini membicarakan
pelbagai jenis penyakit yang biasa dialami. Penekanan adalah terhadap
simptom-simptom yang biasa dan luar biasa ditemui untuk mengenalpasti
simptom-simptom diagnostik dan simptom-simptom pesakit. Penawar-penawar yg
disaran adalah berdasarkan prinsip keserupaan. Teks: Practical Homoeopathic Therapeutics
[1997]
Leaders in Homoeopathic Therapeutics [1977] Prakeperluan: HBI001 [HBI051] Anatomi dan Fisiologi
Membicarakan mengenai struktur (anatomi) dan fungsi (fisiologi)
tubuh manusia. Mata, telinga dan kulit. Sistem tulang dan otot, sistem
saraf, sistem endokrin, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, sistem
pencernaan, sistem kencing, dan sistem pembiakan. Juga turut membincangkan
secara ringkas mengenai penyakit-penyakit yang berkaitan dengan setiap
sistem. Teks: Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya.[1977] Prakeperluan: HBI001 [HBI061] Pengenalan Farmasi Homeopati
Memperkenalkan teori-teori, kaedah-kaedah dan istilah-istilah
farmasi serta perkara-perkara asas yang wajar diketahui oleh seorang
pelajar dan pengamal homeopati. Teks: Essential Guide to Homoeopathic
Pharmacy [1995] Prakeperluan: HBI001
|