Malaysia Homoeopathy Cyber Library

MHCL

1. Campak (Measles)

2. Denggi (Dengue)

3. Artikel

Gambar konsultan HBI bersama Prof. Mohamed

InterviewHomeopati

Prof. Dr. Mohammad Yacob dan: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

© HBI Health & Homeopathy Centre.

 

Buku Terbaru - Terbitan 2004

Esei-esei Milenium Baru

(Dapatkan segera....Hubungi: 013-9802991)

 

Catatan:

Pada 15 Februari 2002, konsultan HBI telah berangkat ke Johor Bahru dengan misi utama untuk menemubual Prof. Mohammed Hj. Yaakob. Tujuan utama ialah untuk mendapat maklumat terperinci dan sebenar mengenai sejarah hidup tokoh homeopathy itu serta info sahih tentang sejarah penglibatan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam perubatan homeopati.

Hasil dari pertemuan itu maka lahirlah 2 esei yang dimuatkan ke dalam buku Esei-esei Milenium Baru, iaitu "Dr. Burhanuddin Tokoh Homeopati Unggul" dan "Dr. Mohammed Yacob: Tokoh Homeopati Selepas Dr. Burhanuddin".  Dengan lahirnya esei-esei itu, maka berjayalah HBI mengkhazanahkan  catatan sejarah itu dalam lembaran penulisan tokoh-tokoh homeopati sebagai peninggalan sejarah dan dipustakakan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Kami bersyukur kerana Prof. Mohammed menyambut kedatangan konsultan HBI dengan dada yang lapang mesra. Semua ceritera disampaikan dengan jujur dan ingatan segar beliau itu membantu penulisan esei-esei dengan lebih sempurna.

Sebaik sahaja buku itu siap dicetak pada akhir tahun 2004, konsultan kami menarik nafas lega. Apabila dua naskhah buku itu dihantar kepada Prof., beliau telah menelefon dan mengucapkan terima kasih di atas usaha konsultan kami. 

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005