|
|
||
|
|
9 FLATULENS:
REMEDI PILIHAN
DR. E. B. NASH
Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD Istilah Flatulens
Flatulens merujuk kepada keadaan di mana terdapat terlalu
banyak angin dalam perut dan usus. Ia mengakibatkan berlakunya distensi pada
organ yang berkenaan. Tandanya jelas pada kita apabila perut kita kembung.
Lantas, masalah ini biasa juga disebut sebagai kembung perut. Istilah
inggeris “flatulence” berasal daripada perkataan flatus, iaitu nama teknikal
bagi gas-gas yang mungkin ditelan bersama makanan atau minuman. Gas atau
angin dibawa ke usus dari aliran darah atau dihasilkan daripada penguraian
makanan oleh bakteria. Biasanya bau yang dikeluarkan tidak menyenangkan. Bagaimanapun
bau yang keluar daripada campuran gas bergantung kepada jenis makanan yang
diambil oleh seseorang. Contohnya, kalau kita memakan makanan yang
mengandungi banyak sulfur seperti telur, daging dan sayuran kubis, ia boleh
mengakibatkan penghasilan hidrogen sulfida. Akibatnya angin yang keluar
berbau seperti telur busuk. Sebab-sebab Flatulens
Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya flatulens. Antaranya ialah
apabila seseorang itu memakan terlalu banyak protein dan lemak, atau memakan
makanan tertentu seperti kacang dan jagung. Sesetengah orang yang alah kepada
makanan seperti susu cair dan kacang soya juga boleh mengalami keadaan
kembung. Perut mereka segera mengembung apabila mengambil bahan tersebut
walaupun kuantiti yang diambil adalah sedikit. Sembelit
adalah salah satu penyebab flatulens. Ini berlaku kerana kandungan usus telah
dipadatkan sehingga semua gas terperangkap di dalam. Oleh kerana keadaan
kembung dan sembelit itu tidak menyenangkan, sebahagian mereka yang mengidap
masalah ini kerap kali mengambil julap untuk menggesa najis dan gas keluar
daripada usus dengan cepat. Penawar Flatulens
Banyak
senarai penawar yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah flatulens yang
mungkin hanya satu daripada simptom-simptom sakit individu. Dr. E. B. Nash
menyenaraikan tiga remedi utama yang baik dan boleh difikirkan apabila
berdepan dengan masalah flatulens, iaitu Cinchona off., Carbo veg.,
dan Lycopodium. Beliau bukan sahaja mengemukakan simptom-simptom
remedi yang jelas, tetapi juga membuat perbandingan di antara remedi-remedi
itu agar memudahkan kita mengenali gambaran remedi bagi tujuan preskripsi
yang tepat. Di bawah saya telah terjemah dan menyusun semula
gambaran tiga penawar tersebut dengan memasukkan butir-butir utama
pembicaraan Dr. Nash. Diharap usaha ini membantu pembaca yang berminat. CINCHONA OFFICINALIS Kelesuan dan aduan-aduan lain selepas hilang banyak cecair (terutama
selepas penyusuan, pengeluaran air liur), darah (pendarahan @ berbekam),
keputihan (leukorea), pengeluaran air mani (L}, dsbnya. Hemoraj banyak, serta pitam, kelam penglihatan dan ber-dering di dalam telinga.
(boleh diulang dgn kerap) spt hemoraj
drpd rahim, paru-paru, usus atau hidung. Kembung banyak
angin, serta rasa seolah-olah abdomen penuh sesak; tidak lega dengan sendawa atau keluar angin. Diarea (kerana lemah pencernaan) yang tiada rasa sakit, terutama
selepas makan buah. Najisnya cair, kuning, kecoklatan, tidak cerna. Najis keluar
bersekali dgn angin. (Cal. phos) Jangkitan secara berkala (periodical affection),
terutama berselang hari (every other day). Contoh: malaria, demam
intermiten atau radang reumatisme yang melarat setiap berselang hari. Sistem saraf teramat
sensitif, khasnya dengan sentuhan,
tiupan angin [Asafoe, Hepar, Lachesis], walaupun terhadap sedikit
pergerakan rambut; tapi tekanan
yang kuat melegakan bahagian yg sakit. Modaliti: < dgn sedikit sentuhan, hembusan
angin, berselang hari. > dgn digosok kuat di kawasan yg sakit. Dropsi berikutan kehilangan banyak cecair; sangat
lesu, menggigil, tidak gemar bersenam; gemuruh; sensitif dengan sentuhan, dgn
rasa sakit, hembusan anging; tidur yg tidak menyegarkan selepas jam 3 pagi. Muka pucat, hipokratik; mata cengkung dan di
kelilingi lingkaran biru; pucat, nampak sakit, selepas “excesses”. Hemoraj; daripada semua saluran keluar (Crotalus, Sulphuric acid, Ferrum).
Darah hitam, atau hitam dan beku, serta berdering di dalam telinga, hilang
penglihatan, kesejukan dan kadang-kadang konvulsi (Ferr. Phos) Seram sejuk menggigilkan pada seluruh tubuh. Berpeluh serta sangat dahaga (walaupun
tiada selera); berpeluh semasa tidur apabila diselimutkan. CARBO VEGETABILIS Kuasa hayat sangat lemah, permukaan sejuk terutama dari lutut ke kaki;
berbaring tidak bergerak seolah mati; nadi intermiten, halus; peluh sejuk
pada lengan. Darah merosot dalam
kapilari menyebabkan kebiruan dan ekimosis. Pengsan. Pesakit
berteriak mahu dikipaskan. Hemoraj (drpd hidung, perut, paru-paru, gusi, usus,
pundi kencing atau sebarang permukaan mukus) serta kulit dan muka pesakit sangat pucat tidak terhingga. Membran mukus pecah,
menjadi lembik, berdarah, memborok dan menjadi busuk. Kembung - lebih gas, menolak ke atas, perut dan abdomen; melarat bila baring, mungkin
rasa membakar dalam perut. Pada trek respiratori, ia boleh menyebabkan dan
menyembuh-kan keparauan
(serak tekak) yg melarat dalam
cuaca lembab terutama sebelah petang. Bronkitis atau asma orang tua apabila pesakit
kelihatan amat tenat. (@ China) Berkehendakkan oksigen, menyahkarbonkan darah;
menjerit “Kipas saya, kipas saya
dgn kuat”. Kurang darah (anaemic), terutama selepas
penyakit akut, yang telah menyusutkan pesakit dengan hebat; kesan-kesan
kronik. Orang yang
tidak pernah pulih sepenuhnya (never fully recovered) daripada kesan-kesan penyakit lama
yang memenatkan; tidak pernah pulih drpd kesan-kesan tifoid, lemah
pencernaan; tidak serasi dgn makanan paling ringkas; sendawa hanya melegakan
buat sementara. Kesan buruk akibat daripada kehilangan cecair vital
(Caust.); hemoraj daripada keadaan
usang (broken-down) kelenjar
lendir. Gigi longgar, gusi rosak, lembik, mudah berdarah. Sensitif bila mengunyah atau menekan antara
gigi. Perut jadi lemah. Banyak asid dan pirosis; tidak setuju dgn makanan
sederhana, terutamanya lemak. Remedi ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa di
peringkat akhir penyakit, yang disertai dgn perpeluhan sejuk yg banyak, nafas
sejuk, lidah sejuk, dan kehilangan suara. Kesejukan pada kedua lutut, walaupun masa tidur (Apis); pada lengan dan kaki kiri;
kedua tangan dan kaki sangat sejuk; kuku jari jadi biru. Orang yang tidak pernah
pulih daripada kesan-kesan sakit atau kecederaan lampau; dipendam oleh Kuinin
atau sebarang dadah; tifoid atau demam kuning. China
merupakan komplemen yang terbaik. LYCOPODIUM Deria dan minda murung (depressed), bodoh; rahang bawah jatuh; keadaan kronik, ingatan
tumpul; menggunakan perkataan yang salah untuk menggambarkan ttg dirinya;
mencampuradukkan pelbagai perkara; kuasa otak gagal berfungsi. Aduan di sebelah kanan, atau bermula di sebelah kanan dan bergerak ke kiri;
masalah kerongkong, ovari, kawasan rahim, ginjal dan kulit; hernia. Rasa kenyang, atau lapar tapi cepat rasa penuh (alternation of hunger & satiety). Banyak angin serta bunyi menderam, selalunya pada
kawasan intestin dan menekan ke bawah. Diatesis asid litik; pasir merah dalam air kencing yang jernih; > lega sakit
di belakang atau ginjal selepas kencing. Orang yang berkulit gelap; kelihatan kurus pada
muka dan bahagian atas, mengembung atau sembab di bahagian bawah; gigih;
tetapi pertumbuhan otot-ototnya lemah. Modaliti: < 4 hingga 8 malam, selepas makan,
dalam bilik hangat; > dalam udara lapang yang dingin, bila bergerak. Mudah marah; bengkeng dan berdendam ketika bangun; berkeadaan serba salah, menendang
dan menjerit-jerit; mudah naik marah; tidak dapat menahan kontradiksi atau
bila dibantah; mencari pertengkaran; tidak dapat mengawal diri. Raut muka: pucat, kotor, tidak sihat; pudar;
kelihatan tua dari keadaan sebenarnya. Sebelah kaki panas dan yang sebelah lagi sejuk. Sangat dahaga selepas berpeluh. Seram sejuk di sebelah kiri tubuh [Caust., Carbo v.] Muntahan masam semasa antara seram sejuk dan panas;
mesti terdedah [Lach.] Segera berpeluh selepas
datang seram sejuk. Dahaga selepas peringkat perpeluhan. Sekejap-sekejap, banyak angin, sendawa masam,
pengecapan masam, peluh masam, muntah masam. |
|
|
|