|
|
||
|
|
10 PERUBATAN BIOKIMIA Dr. Burhanuddin al-Helmy Pengenalan Biochemistry terdiri daripada dua perkataan, iaitu 'bio',
daripada perkataan Yunani yang bererti “hidup” atau “hayat”, dan 'Chemistry'
daripada perkataan Arab, yakni 'Kimia’ yang bererti “ilmu sains berkenaan
kandungan dan susunan sesuatu benda dan perubahannya dari satu peringkat ke
satu peringkat. Dengan itu, boleh dirumuskan makna
biochemistry sebagai satu ilmu sains berkenaan campuran susunan
tubuh-tubuh binatang dan tumbuhan-tumbuhan dan proses perubahan beberapa
jenis air atau cecair dan tisu-tisu dalam tubuh dan urat saraf dalam
membentuk dan membina dirinya. Di
dalam esei ini, yang dimaksud dengan Biochemistry ialah nama yang diberi
kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich
Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873. Beliau
mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dan dengan itu
popular dengan nama “Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja
seorang doktor perubatan tetapi juga seorang ahli kimia (physiological
Chemist) dan seorang ahli fizik (physicist). Dengan kepintarannya
bukan sahaja beliau dapat memahami dengan mendalam penemuan-penemuan di dalam
bidang kerja tubuh badan oleh ahli sains sezamannya tetapi beliau juga telah
berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem
perubatan yang selari dengan tabii, bersifat makul dan mudah. Biochemistry
(yang mana selepas ini akan disebut sebagai perubatan biokimia) sangat jauh
berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat
mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant).
Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik
mineral substance) sebagai agen penyembuhan-nya. Garam galian ini
dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup
yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat
penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia. Dasar atau Kaedah Batu asas biochemistry atau
perubatan biokimia telah ditanam lebih daripada satu abad yang lalu, apabila
salah seorang daripada ahli sains di waktu itu menemui bahawa tubuh manusia
itu terdiri daripada bermilion-milion sel seni yang hidup. Tiap-tiap satu sel
itu terdiri daripada tiga benda yang sangat seni dan tergabung dengan
sempurna dan seimbang. Benda itu ialah air, benda-benda organik dan
benda-benda inorganik. Air dan benda organik seperti
gula, albumin dan lemak menjadi sebahagian besar daripada badan. Tetapi benda
inorganik, walaupun berada
sangat sedikit di dalam
badan, adalah sangat penting dan menjadi
pekerja yang aktif menggunakan benda-benda organik dalam membina
bermilion-milion sel dalam tubuh badan itu. Umur sel-sel ini adalah sangat
pendek. Berjuta-juta daripada sel-sel itu sentiasa mati, namun sebanyak itu
pula sel-sel baru menggantikannya. Adapun benda perlu di dalam proses
pembinaan ini datangnya daripada darah kita. Oleh itu jika darah kita kurang
atau kurang mengandungi bahan-bahan inorganik yang aktif dan memberi hidup
ini, maka proses pembinaan semula sel-sel tidak dapat berjalan dengan normal
dan teratur. Ini boleh mcngakibatkan gangguan dan ketidakseimbangan di dalam
badan. Dengan itu wujudlah satu keadaan yang disebut sebagai ‘dis-ease’,
yakni ‘tidak senang’. Kita menamakannya sebagai penyakit, dan ia boleh zahir
dalam berbagai bentuk dan pernyataan. Kekurangan atau 'deficiency'
salah satu atau beberapa garam hidup ini boleh berpunca daripada beberapa
sebab. Antaranya ialah kemalangan-kecederaan, peracunan-diri (self-poisoning)
dan pengaruh-pengaruh luar dan dalam yang sains masih lagi tidak dapat
menerangkannya. Tetapi yang nyata dapat kita lihat ialah adanya penyakit atau
gangguan dalam kerja badan, satu gangguan yang menghalang kerja-kerja
penyerapan (assimilation) dan penghantaran bahan-bahan hidup. Dari
sini, nyatalah jika sel-sel tidak mendapat makanan yang diperlukannya dan
tidak dibersihkan daripada bahan-bahan tinggal atau hampas beracun hasil
daripada kerja-kerja sel itu, maka satu keadaan tidak-sihat tidak dapat
dielakkan. Kuasa Hayat Dan Dua Belas
Garam tisu Adalah menjadi suatu kenyataan yang
diakui umum bahawa ada satu daya kuasa yang tabii di dalam diri kita yang menjadi
penjaga kesihatan kita yang sangat berkesan. Bagaimanapun, sehingga kini
sains masih belum dapat mengenali atau menerangkannya dengan memuaskan. Kuasa yang dimaksudkan ini
kadang-kadang dipanggil sebagai 'kuasa-hidup' atau 'kuasa-hayat’. Dalam bahasa
Inggeris ia disebut sebagai ‘vital-force’. Tetapi kuasa tabii ini
sahaja tidak dapat menetapkan keharmonian kerja tubuh badan kita jika darah
kita tidak dapat membekalkan bahan-bahan perlu untuk pembinaan sel-sel baru
dan sihat. Mengikut
kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang
pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa semboyan
penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam
badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh
diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan
keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang.
Dengan itu barulah ujud semula kesihatan. Dua
belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’
atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts).
Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu
merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia
memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku. Penawar Biokimia Di dalam amalan perubatan biokimia, pada
asalnya, Dr. Schuessler menemui sekitar 12 garam tisu sahaja. Tetapi
kemudiannya, kedua belas garam tisu itu ditambah oleh orang yang terkemudian. Kedua belas senarai penawar biochemic
yang diperkenalkan oleh Dr. Schuessler itu ialah:- 1.
Calcarea
Flourica 2.
Calcarea
Phosphorica 3.
Calcarea
Sulpburica 4.
Ferrum
Phosphoricum 5.
Kali
Muriaticum 6.
Kali
Phosphoricum 7.
Kali Sulphuricum 8.
Magnesia
Phosphorica 9.
Natrum
Muriaticum 10.
Natrum
Phosphoricum 11.
Natrum
Sulphuricum 12.
Silica. Daripada senarai ini, jelas kepada
kita bahawa ada tiga jenis Calcarea, tiga jenis Kali, tiga
jenis Natrum dan masing-masing satu bagi Ferrum, Magnesia
dan Silica. Atau boleh juga dikatakan bahawa ia terdiri daripada lima Phosphate
(Phos.), tiga Sulphate (Sulp.), dua Chloride (Muriaticum) dan
masing-masing satu bagi Flouride dan Oxide (Sil.). Garam
hidup ini berada di dalam sel-sel darah terlalu sedikit (very minute)
iaitu dari ½ hingga 5 gram dalam tiap-tiap 1,000
gram sel darah, dan kekurangan salah satu daripada garam hidup ini yang
berlaku di dalam penyakit hanyalah satu molekular sahaja. Justeru, dos (dose)
atau sukatan garam hidup yang perlu dibekal kembali bagi mengisi kekurangan
itu mestilah terlalu sedikit pula atau very infinitesimal. Suatu
contoh yang merupakan hasil analisa kepada darah di bawah ini (oleh Bunge,
seorang physiological chemist berbangsa Jerman) akan menunjukkan
betapa kecilnya tiap-tiap satu jenis garam hidup yang berada di dalam 1,000
gram sel darah, iaitu: Ferr. Phos
- 0.998, Kali Sulp. - 0.132
gram, Kali Mur – 3.079 gram, Kali
Phos – 2.343 gram, Natrum Phos - 0.633 Gram, Calcarea Phos. - 0.094 gram, Magnesia
Phos. - 0.060 gram, Natrum Mur.
– 5.545 gram, sementara Natrum Sulp., Calcarea fluor dan Silica
hanya bekas-bekas sahaja (traces) Penawar-penawar
biokimia ini di dalam bentuk aslinya yang mentah (crude) adalah organik,
iaitu masih kasar dan tidak dapat diserap dan digunakan terus oleh sel-sel
tisu yang seni. Dalam bentuk mentah, atom garam-garam hidup itu berada dalam
keadaan yang sangat rapat sehingga tidak boleh bergerak atau hanya bergerak
dengan sangat perlahan sekali (inert).
Untuk memperseni atau membahagi
setiap atom atau lebih tepat lagi setiap ‘ion’ daripada garam hidup itu
supaya ia menjadi aktif atau menjadi betul-betul ‘garam-hidup’ dan boleh
digunakan terus untuk pembinaan sel-sel yang rosak atau berpenyakit, maka
garam hidup yang mentah itu hendaklah dikisar beberapa jam di dalam mortar
dengan berbagai sukatan campuran gula tebu yang paling "bersih” (sugar
of milk). Gula tebu ini digunakan kerana ia mempunyai sifat yang inert
dan tidak merubah khasiat garam hidup itu. Oleh itu ia hanya menjadi
pendukung, perantara, pembawa, kenderaan atau ‘vehicle’ dan pemegang
penawar - tanpa berlaku sebarang sebatian. Sel-sel Tisu Dan Penawar Melalui proses pemecahan atau mempertajam
kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam
hidup ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah
melalui hawas lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang
memerlukannya. Dari penyiasatan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu
akan menarik atau memerlukan garam hidup yang tertentu pula seperti: 1.
Sel-sel otak
dan saraf menarik 4 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag.
Phos, Nat. Phos. 2.
Sel-sel otot
atau urat pejal (muscle) menarik 4 Phos yang sama dan Kali
Mur. 3.
Sel-sel tisu
menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor. 4.
Sel-sel tisu
penyambung (connective tissue) menarik Silica. 5.
Sel-sel tulang
rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur. 6.
Sel-sel tulang
menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan yang
banyak - Silica. 7.
Sel-sel kulit,
kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulp., Silica. 8.
Sel-sel kanta
mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos. Atau garam hidup yang tertentu akan
tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang tertentu seperti: 1.
Calc. Flour. didapati dalam tulang dan gigi. 2.
Calc. Phos.
didapati dalam tulang, rawan dan gigi. 3.
Calc. Sulp. didapati dalam kulit, hempedu (bile)
dan rambut. 4.
Ferr. Phos. didapati dalam darah, air gastrik dan
kencing. 5.
Kali Mur. didapati dalam darah, otak, otot, air
gastrik dan ludah. 6.
Kali phos. didapati dalam darah, otak, saraf dan
otot. 7.
Kali sulp. didapati dalam air gastric, rawan dan
kencing, 8.
Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf, otot,
tulang dan gigi. 9.
Nat. Mur (garam) didapati dalam tulang, rawan,
darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair di dalam
badan. 10.
Nat. Phos. didapati dalam otak, darah, otot dan
saraf. 11.
Nat Sulp.
didapati dalam hempedu, rawan dan peluh. 12.
Silica didapati dalam kulit, kuku, rambut dan
tisu penyambung. Perlu ditegaskan bahawa pemberian
penawar kepada pesakit tidaklah didasarkan semata-mata kepada tempat
sakitnya, tetapi hendaklah didasarkan kepada keseluruhan semboyannya (totality
of symptoms). Kita tidak mengubat matanya, telinganya, perutnya atau
sebarang organ secara tersendiri-sendiri atau mengubati nama-nama penyakit
seperti selesema, batuk, demam dan lain-lain secara terpisah tetapi kita
mengubati si Ali, si Abu dan si Ahmad berdasarkan kepada semua semboyannya
yang boleh diketahui. Kesimpulan Kepentingan garam tisu kepada
manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok.
Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon
pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan
bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit. Dengan
itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk
menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang
mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah
dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah
dan tubuh. Artikel ini disesuaikan dan disusun
semula untuk tujuan penerbitan oleh konsultan HBI daripada kuliah-kuliah
“Biochemistry” yang ditulis oleh Dr. Burhanuddin demi kepentingan dan arkib
homeopati. |
|
|
|