Malaysia Homoeopathy Cyber Library

ARTIKEL KANDUNGAN

Buku Terbaru - Terbitan 2004

Esei-esei Milenium Baru  Homeopati

Penyelenggara: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Sumbangan hebat Konsultan HBI. Ingin beri pandangan, sila hantar kepada Dr. HBI

© HBI Health & Homeopathy Centre.

(Dapatkan segera....Hubungi: 013-9802991)

1

 DR. BURHANUDDIN TOKOH HOMEOPATI UNGGUL

 Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 Pengenalan

Ketokohan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam arena politik tanah air dan kepulauan Melayu sedia dimaklumi dan dikagumi. Di Malaysia, namanya digarap bersama tokoh-tokoh seperti Dato Onn Ja’afar dan Tunku Abdul Rahman. Beliau dianggap penggerak utama dalam membangunkan kesedaran politik tanah air. Biografi beliau dirakam oleh pihak lawan dan rakan seperjuangan. Bahkan namanya juga diukir serta diabadikan, umpamanya kampus Dr. Burhanuddin al-Helmy yang terdapat di UKM, Bangi.

Di sebalik kecemerlangan dalam perjuangan Islam dan politik tanah air, Dr. Burhanuddin sentiasa disebut-sebut sebagai pengasas perubatan homeopati di Malaysia. Walaupun beberapa persatuan homeopati di Malaysia boleh bertikam lidah dalam perjuangan dan mengkedepankan sumbangan masing-masing, namun dalam menyatakan tokoh yang pertama membawa masuk homeopati ke Malaysia, mereka tetap bersepakat. Tidak kurang juga mereka yang menumpang tuah nama beliau bagi menarik orang ramai menyertai persatuan dan mempelajari homeopati.

Di dalam artikel pendek ini, maklumat mengenai latar belakang, keterlibatan dan sumbangan beliau dalam perubatan homeopati dikumpulkan bagi membawa pembaca dan peminat homeopati atau pengkaji tokoh tersebut lebih hampir dengan realiti informasi.

 Latar belakang Tokoh

 Dr. Burhanuddin dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Taiping, Perak. Bapanya berasal dari Minangkabau sementara ibunya berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu tetapi kemudiannya cenderung mendalami dalam bidang agama. Beliau memasuki Madrasah al-Mashor pada awal tahun 1927 sehingga 1933. Kemudian beliau telah diberikan biasiswa oleh sekumpulan saudagar India Islam Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di India.

Dr. Burhanuddin merupakan seorang yang lemah lembut, bersopan santun dan bertanggung-jawab. Beliau juga adalah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan cekap berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bahkan beliau boleh bertutur bahasa Cina dan Tamil. Selain populariti beliau dalam arena politik, beliau turut disegani dan dikagumi oleh kawan dan lawan dalam berpidato dan karang mengarang.

Beliau mulai mempelajari perubatan homeopati di Ismeliah Medical College, Hydrabad. Ijazah beliau di dalam bidang ini ialah Medical Doctor of Homoeopathy (M.D.H). Perkara ini disebut oleh Rashidah Ismail (DM, Dis. 1969),  Mohd Nor Noordin (di dalam buku-buku homeopati beliau yang tidak diterbitkan) dan Dr. Burhanuddin sendiri seperti yang terdapat di dalam majalah homeopati terbitan persatuan.

Kenyataan Rashidah di dalam Dewan Masyarakat bahawa......

Petikan dari buku Esei-esei Milenium Baru

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2005