|

Dalam perubatan moden, demam
denggi merujuk
kepada
sejenis
penyakit yang disebabkan oleh virus denggi
(virus Flavivirus)
yang dibawa
oleh sejenis
nyamuk. Individu yang
sihat cenderung
menghidap
penyakit ini
menerusi gigitan
nyamuk aedes
yang mengandungi virus
denggi.
Penyakit
ini berlaku
di kebanyakan
negara tropikal.
Lebih daripada
separuh ahli
WHO yang merangkumi
jumlah seramai
2000 juta orang
dibimbangi
terdedah kepada
denggi. Infeksi
denggi mungkin
berupa i)
Asymptomatic atau
i) Symptomatic, yang
mungkin membawa
kepada jenis
demam denggi
tertentu.
Jenis-jenis demam denggi
Antara jenis demam yang kerapkali
disebut-sebut ialah:
* Demam tanpa mengalami sebarang gejala
* Denggi klasik
(Classical Dengue fever), pesakit mengalami demam kuat selama empat
hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya
bintik-bintik merah di bawah kulit
* Demam denggi berdarah (Dengue
Haemorrhagic fever without shock), gejalanya adalah sama dengan denggi
klasik tetapi terdapat juga pendarahan pada hidung, lipatan siku, mulut dan
dubur, muntah darah dan berak berdarah
* Demam denggi berdarah beserta sindrom kejutan denggi
(Dengue
Haemorrhagic fever with shock). Pesakit mengalami gejala yang sama
seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan
tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan
mengantuk.
Kawasan
denggi

Penyakit
ini sangat
berbahaya
kerana perubatan
moden masih
tiada ubat
terbaik untuk
merawatnya
ketika ini,.
Jika sakit
ini berlanjutan
ia boleh
membawa maut.
MENCEGAH
Mencegah
ialah cara
paling berkesan
untuk menjauhkan
penyakit ini.
Hal ini
dilakukan dengan
mengawal
pembiakan nyamuk
aedes. Untuk
tujuan itu,
kita perlu
mengenali
nyamuk yang menyebabkan denggi.
Berikut
ialah panduan
untuk mengenalpasti
nyamuk aedes:
·
Berbelang
hitam dan putih
di badan
dan kaki.
·
Aedes
lazimnya
menggigit pada
awal pagi
dan di awal
senja.
·
Ia membiak
di dalam
takungan air
jernih sama
ada di
dalam ataupun
di luar
rumah, dan
·
Kitaran
hidup nyamuk
Aedes dari
telur hingga
menjadi dewasa
mengambil masa
kira-kira satu
minggu.
Tempat
nyamuk aedes
membiak
pula ialah:
·
Dalam
kolah bilik
mandi.
·
Dalam
tempayan.
·
Pada
pengalas pasu
bunga.
·
Di
dalam tangki
septik.
·
Peti
sejuk yang
menempatkan bekas
tadahan air.
·
Di
dalam tayar
buruk.
·
Tong
atau deram
berisi air.
·
Di
dalam tempurung,
buluh, botol
dan apa-apa yang
boleh menyimpan
air.
·
Di
dalam tempurung
kelapa yang
terbelah.
·
Di
atas genting
rumah.
·
Di
dalam buluh
yang terbelah.
Nyamuk
aedes

|
|
Contoh
ruam denggi

Bagi
mereka yang
mengalami demam,
ia boleh
disyaki
mendapat denggi
kiranya
mempunyai simptom-simptom
di bawah:
Antara
simptom-simptom
demam denggi
ialah:
·
Demam
kuat secara
mengejut.
·
Demam
berterusan.
·
Sakit
teruk pada
tulang-tulang,
otot, sendi dan
biji mata.
·
Ruam
atau bintik merah di
kulit.
·
Pendarahan
di bawah
kulit dan pada
hidung serta
gusi.
Simptom-simptom lain yang
mengiringi
termasuk:
·
Sakit
kepala.
·
Ruam
merah di
kulit.
·
Hilang
selera.
·
Muntah-muntah.
·
Sakit
perut.
Cara mengelakkan
demam denggi:
1. Hapuskan
nyamuk aedes
dewasa. Gunakan
racun penyembur
serangga di
rumah.
2. Semburan
kabus (fogging) untuk
semburan kabus
yang berkesan.
Orang ramai
perlu memberi
kerjasama dan
membenarkan petugas
menyembur kabus
di dalam
rumah.
3. Masukkan
ubat pembunuh
jentik-jentik
seperti Abate
ke dalam
semua bekas
menyimpan air
tiga bulan
sekali.
(satu
sudu = 10 gram
untuk 20 gelen air)
4. Tutup semua
bekas menyimpan
air dengan
rapat untuk
mencegah nyamuk
daripada
bertelur.
5. Salin air
dalam tempayan,
jambangan bunga
dan kolah mandi
setiap minggu
dan cuci serta
berus sehingga
bersih sebelum
mengisi air yang
baru.
6. Buang air
dari piring alas
pasu dari masa ke semasa dan
berus piring
itu hingga
bersih untuk
memusnahkan
telur nyamuk.
7. Tanam semula
semua benda
atau bekas
yang boleh
menakung air hujan
seperti botol,
tin kosong,
tempurung kelapa,
kulit buah
koko dan lain-lain.
8. Bersihkan
saluran air hujan (saluran
bumbung).
9. Pastikan
tayar-tayar buruk
atau tak terpakai tidak menakung
air.

What our Virtual homeopath recommends?
Apa
saranan kami?
Homeopati
memang
mempunyai beberapa
penawar yang
mampu merawat dan
mencegah demam
denggi.
Pesakit-pesakit boleh
dirawat tanpa
kesan sampingan.
Banyak negara
telah menerima
manfaat
daripada rawatan
homeopati.
Bagaimanapun pemilihan
penawar
homeopati bergantung
kepada respons
individu
terhadap infeksi dan
serangan virus.
Adalah
dianggarkan tidak
kurang daripada
20 penawar
homeopati boleh
digunakan bagi
merawat demam
denggi.
Antaranya ialah
Aconite., Arnica,
Ars. alb., Arum tri..,
Baptisia., Belladonna.,
Bryonia., Cantharis., China
officinalis
Colocynthis., Eupatorium perfoliatum.,
Ferrum
metallicum., Gelsemium.,
Hamamelis., Ipecac.,
Lachesis, Merc.
Sol., Nux
vomica.,
Podophyllum.,
Rhus toxicodendron.,
Rhus ven.,
Sanicula., dan
Secale cornutum.
Mengikut
laporan dari
mereka yang
pernah menggunanya,
penawar-penawar
itu telah
digunakan
dengan jayanya..
Bahkan mengikut
kenyataan dari
Delhi
Delhihomeo.com,
pada tahun
1996 sewaktu
wabak denggi
merebak,
penawar Eupatorium perfoliatum
telah didapati
paling efektif
dalam rawatan yang
dikendalikan.
|