Artikel

Bahasa Melayu

 

Menu


 

 

           
 

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

MHCL WEBSITE - consultant SINCE 2001

SAKIT GIGI: RAWATAN MODEN DAN ALTERNATIF

Oleh Dr. Osman Nasir  

SAKIT gigi ialah rasa sakit yang timbul apabila gigi mularosak atau membusuk (decayed). Proses kerosakkan gigi ini mengupas selaput luar gigi yang merupakan selaput yang mengawal gigi dari serangan luar (kuman dan lain-lain) dan seterusnya proses ini menembusi urat saraf di pertengahan gigi yang menembusi urat saraf di pertengahan gigi yang menyebabkan gigi rasa sakit bila terkena bahan makanan manis, pedas, sejuk atau panas. Kerosakan gigi dan gusi adalah disebabkan oleh kehadiran bahan ketinggalan akibat campuran air liur dan bakteria dan makanan yang tidak hancur dan tersekat di celahan gigi.

            Sikap malas pesakit yang tidak menjaga kebersihan gigi dengan selalu memberusnya adalah satu punca utama sakit gigi.

            Selain itu, pemakanan tidak berkhasiat (junk foods) juga memainkan peranan utama di kalangan kanak-kanak yang menghadapi sakit gigi. Ini lebih ketara di kalangan yang ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana bekerja di mana anak-anak hanya dibekalkan duit belanja. Anak-anak ini akan lebih cenderung membeli makanan junk food seperti coklat, keropok buatan (artificial crackers) yang murah tetapi tidak berkhasiat.

Hamil

            Di kalangan ibu yang mengandung pula sakit gigi adalah berpunca kerana si ibu kurang bahan kalsium dalam tubuhnya yang menyebabkan bayinya ‘terpaksa’ mengambil kalsium dari giginya untuk proses pembesaran bayi.

             Si ibu yang menghadapi keadaan yang sedemikian elok memperbanyak makan makanan yang tinggi kendungan kalsium seperti ikan.

Kanak-kanak

             Kanak-kanak yang menangis mengadu sakit di bahagian dalam dagu, mulut dan telinga adakalanya disebabkan oleh sakit gigi.

             Sebaik-baiknya bawalah dia berjumpa doktor untuk memastikan sakitnya.

Jaga sebelum terkena

            Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk mengelak sakit gigi:

Ø      Kurangkan makanan yang manis, kurangkan gula dalam pemakanan.

Ø      Rajin gosok gigi dengan berus yang baik

Ø      Amalan makanan yang baik – kunyah hingga hancur lumat semua bahan makanan agar tidak ada bakinya yang terselit di celah gigi.

Ø      Elak makan makanan tidak berkhasiat

 Rasulullah S.A.W. pernah berpesan dalam beberapa hadithnya agar umatnya sentiasa menjaga kebersihan gigi. Gigi yang sakit boleh menjejas pembacaan dalam solat.

Rawatan Allopathy

             Di hospital dan klinik alat kelengkapan moden boleh membantu merawat gigi yang sakit dan rosak. Jika perlu gigi dicabut untuk mengelakkannya dari merosakkan gigi yang lain.

Rawatan Homoeopathy

            Homeopathy juga menggunakan alat yang serupa; hanya ianya dibantu dengan beberapa jenis ubat yang tidak mengandungi racun dan dadah. Ubat-ubatnya yang banyak seperti Thuja, Aconite, Antimonium Crudum, Kreosote, Mercury, Mercury Sol dan lain-lain boleh membantu pesakit mencari arah kesembuhan.

Cara orang Cina

            Salah satu cara orang Cina yang menarik dalam merawat sakit gigi ialah mereka memberus gigi dengan garam.

            Selain itu mereka juga berkumur dengan air bercampur garam.

Tradisional Melayu

             Dalam perubatan tradisional Melayu terdapat beberapa cara yang baik:

Ø      Ambil lada tujuh kali tujuh (49), beras dan garam sekalian itu rendam, kemudian giling lumat-lumat, bubuh minyak lalu kemam.

Ø      Ambil kulit ari batang pinang yang hijau, ambil yang dekat dengan upihnya; kikis. Kemudian bubuh garam, giling lumat-lumat. Sudah itu bungkus dengan daun pisang, bubuh pada wap nasi. Kemudian embunkan dan gosokkan pada gigi pagi-pagi sebelum basuh muka.

Ø      Sakit gigi bengkak atau sakit hendak tanggal -  ambil kunyit dan garam Siam jantan tiga butir, tempelkan pada gusi gigi itu sebelum basuh muka pagi-pagi.

Ø      Geraham bengkak; ambil daun lenggundi (vitex negundo); giling bubuh garam kemudian kemam.

Ø      Gigi membusuk ; ambil pucuk bunga pekah (Jasminium curtusi) dan umbi serai (cymbipogon vcutratus); mamah, kemudian kulum tatkala hendak tidur dan tatkala bangun dari tidur.

Ø      Ambil bawang putih dan gosokkan pada gigi yang sakit. Sebenarnya kita hari ini beruntung kerana terdapat berbagai macam rawatan dan ubatan moden dan tradisional. Tapi yang sebaik-baiknya jagalah sebelum sakit. Dalam hal gigi kalau kita rajin gosoknya setiap hari, Insya – Allah gigi kita pasti sihat.

  Terbit: 18 Mei, 2003

  Petikan dari :  | http://www.pustakamaya.net


Support us

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

 

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre & Dr. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.