Artikel

Bahasa Melayu

 

Menu


 

 

           
 

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

MHCL WEBSITE - consultant SINCE 2001
 

MASALAH PROSTAT DI KALANGAN LELAKI
Oleh: Shaari Manas, DVM, DHMS
(Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia)

 

PEMBESARAN yang keterlaluan atau BPH  (benign prostatic hyperplasia) biasanya dialami oleh lelaki yang berumur 45 tahun keatas. Menurut Ketua Jabatan Anatomi, Fakulti Kedoktoran, Universiti Sumatera Utara, Dr. Simbar Sitepu, sebab-sebab berlakunya penyakit ini belum diketahui, tetapi kemungkinan berlakunya penyakit  ini ada kaitan dengan perubahan paras hormon di dalam badan seseorang akibat daripada proses penuaan yang dialami.

            Kelenjar prostat yang mengelilingi saluran kencing (urethra) yang membesar akan memberi tekanan kepada salur kencing sehingga menyempitkannya. Hal  ini akan mengakibatkan aliran air kencing dari pundi kencing (bladder) terganggu. Apabila keadaan ini terjadi pesakit akan mengalami simptom kesukaran membuang air kecil, terutamanya pada waktu pagi. Aliran air kencing juga perlahan dan mengalami kencing yang kerap (nocturia) pada waktu malam dan akan menganggu keselesaan pengidapnya. Lama kelamaan otot-otot pada pundi kencing akan menebal dan menjadi lebih kuat akibat daripada amalan pesakit meneran setiap kali ingin membuang air kecil.

            Setiap kali pesakit membuang air kecil pundi kencingnya tidak mengosong sepenuhnya, terdapat air kencing yang masih tertinggal atau tersangkut di dalamnya. Hal  ini akan mengakibatkan pesakit tersebut mudah mengalami jangkitan pundi kencing (cystitis) dan pembentukan batu karang di dalamnya. Amalan meneran yang keterlaluan disebabkan oleh kesukaran untuk kencing akan menyebabkan salur darah kecil pada bladder dan urethra akan pecah (burst) mengakibatkan pendarahan . Pesakit akan mengalami kencing berdarah (hematuria) dan kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen. Jangkitan pada bladder juga akan mengakibatan kesakitan (burning sensation) ketika membuang air kecil dan mengalami demam.  Keadaan ini jika di biarkan tanpa rawatan akan memberi tekanan kepada ginjal (kidney) yang akhirnya mengakibatkan berlaku kerosakan pada ginjal.

Diagnosis

Menurut Dr. Simbar Sitepu, apabila doktor mengesyaki pesakit mengalami masalah prostat membesar atau BPH,  pemeriksaan fizikal akan dilakukan dengan memasukkan tangan melalui dubur pesakit (rectal examination) untuk menentukan pembesaran (enlarge) yang terjadi atau terdapatnya  nodul yang berkemungkinan terjadinya kanser ataupun berlakunya pembengkakan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Pemeriksaan darah juga dilakukan terhadap paras prostate specific antigen (PSA) bagi menentukan samada seseorang pesakit mengalami kanser prostat.

          Jika ujian lanjut diperlukan doktor akan menggunakan catheter untuk mengukur jumlah urin yang masih tertinggal di dalam pundi kencing selepas kencing atau menggunakan uroflometer untuk menyukat kadar aliran air kencing pesakit..

Pemeriksaan ultrasound juga dilakukan untuk menentukan sama ada masalah yang dialami disebabkan oleh kanser prostat.

Rawatan menurut kaedah konvensional

Ubat seperti terazosin atau doxazosin digunakan untuk melegakan (relax)  otot pada pundi kencing terutamanya di bahagian outletnya. Bagi mengecutkan prostat ubat seperti finasteride digunakan tetapi mengambil masa selama tiga bulan atau lebih. Sekiranya rawatan mengggunakan ubat kurang berkesan penyelesaian terbaik adalah pesakit terpaksa menjalani pembedahan yang dipanggil trans-urethral resection of the prostate. Ketika ini doktor akan memasukkan endoskop ke dalam uretra dan memotong sebahagian dari prostat yang mengalami masalah. Walau bagaimanapun lima peratus daripada pesakit yang menjalani prosedur ini masih mengalami masalah ketidakselesaan kencing.

Rawatan menurut kaedah homeopati

            Rawatan homeopati bagi penyakit ini adalah berdasarkan kepada simpton pesakit dan mengikut konstitusi seseorang pesakit itu. Berikut adalah remedi khusus (spesific) yang diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah prostat.

1. Pesakit mengalami kesukaran atau sakit ketika kencing diikuti rasa kejang (spasm)     
    pada pundi kencing  atau uretra; Sabal serrulata.

2. Pesakit lemah, kencing kerap pada waktu malam, mengadu ada tekanan pada bahagian
    dubur dan sakit pada pundi kencing: Ferrum phosphoricum.

3. Pesakit mengalami kencing yang kerap dan terpaksa meneran untuk mengeluarkan air
    kencing, aliran air kencing yang perlahan, pesakit berbadan kurus serta mengalami
    masalah penurunan berat badan (under weight), mengalami masalah impoten peringkat
    awal; Baryta carbonicum.

4. Pesakit mengalami kencing yang kerap dan tidak mampu menahan kencing serta ingin
    mengeluarkan kencing dengan segera: Thuja occidentalis.

5. Pesakit mengalami impoten yang  tidak dapat melakukan ejekulasi dan kehilangan keinginan untuk
     melakukan persetubuhan serta terasa sakit ketika melakukan persetubuhan;  Argentum nitricum.

  

Terbit: 18 Mei, 2003

  Petikan dari :  | http://www.pustakamaya.net


Support us

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

 

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre & Dr. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.