|
MALARIA : RAWATAN MODEN DAN TRADISIONAL
Oleh Dr. Osman Nasir
ALARIA juga dikenali sebagai
demam ‘kura’. Terdapat dalam darah pesakit kuman yang
menyebabkan demam malaria. Kuman ini masuk ke dalam
tubuh dengan gigitan dari nyamuk betina
Anopheles. Dalam al-Quran ada ayat menyebut
mengenai nyamuk disebut sebagai perumpamaan, di mana
masyarakat kufur dicabar bahawa berhala atau apa saja
sembahan mereka tidak dapat mencipta nyamuk. Dan lebih
dari itu hari ini penyelidikan perubatan menunjukkan
bahawa nyamuk ciptaan Allah ini boleh merosak satu
kumpulan manusia dengan hanya mengigit tubuh mereka!
Gejala-gejalanya
1)
Berkala iaitu demam tiba masa yang sama
tiap-tiap hari
2)
Limpa membengkak
3)
Perlahan-lahan bertambah lemah dari sehari atau
pun bertambah pucat tubuh
4)
Datangnya demam dengan sejuk atau menggigil
bila demam hilang tubuh melimpah basah dengan peluh
Jenisnya
Quotidian:
Demam datang sekali sehari
Tertian :
Demam tiba berselang hari
Quartan:
Demam tiap-tiap hari ke empat.
Double Quotidian:
Demam tiba dua kali sehari
Peringkat permulaan serangan penyakit
ini:
a)
Peringkat sejuk
: Anggota menjadi sejuk dan serta merta tubuh berasa
seram sejuk dituruti oleh menggigil hebat.
b)
Peringkat panas
: Kemudian dari itu tiba panas, pesakit membuang semua
pakaiannya.
c)
Peringkat berpeluh :
Dalam peringkat ini si pesakit berpeluh-peluh dengan
banyak, yang melemahkan tetapi mendatangkan kelegaan.
Sebagai peraturan penawar hendaklah diberi semasa
tidak ada demam.
Dalam peringkat demam berkurangan atau
hilang:
Seluruh tubuh rasa gatal; rasa menggatal
sebelah muka sahaja; panas badan bertambah sebelah
tengahari tetapi tidak ada haus.
Diet makan semasa sakit; semasa sakit
banyak minum air panas, jangan minum air batu. Bila
demam kuat jauhkan dari makan benda-benda keras (solid
foods) tetapi minum banyak air barli. Semasa demam
beransur hilang / pulih jangan terus makan makanan
solid tetapi makanlah bubur dulu.
Perubatan tradisional Orang Asli
Orang Asli di Tanah Melayu mempunyai cara tersendiri
mengubati pesakit malaria. Mereka mengunakan pisang
yang banyak terdapat di dalam hutan. Pisang hutan ini
dibuang kulitnya dan diambil rasanya atau hatinya lalu
dibakar setelah itu ianya diperah dan airnya lalu
diminum.
Perubatan
Tradisional Melayu untuk malaria. Ini adalah catitan
dari sebuah buku; pesakit dinasihati berjumpa dengan
pengamal perubatan untuk rawatan.
1)
Ambil buah lakum (vitis repens) yang
masak, makan sebiji-biji pagi dan petang setiap hari,
selama tiga hari.
2)
Ambil daun keduduk (Malay rhododendron /
Melastoma Malabthrium) segenggam erat, daun
gararusa (Gendarusa vulgaris) segenggam erat,
bawang putih (allium sativa/garlic) seulas, dan
lada (Capsicum frutescens) tujuh butir;
sekalian itu tipis lumat-lumat, airnya cuka;beri minum
sebanyak dua ruas jari selama tiga pagi.
3)
Bila keadaan demam melarat – ambil daun sembung
(Blumea balsamifera) yang teruk hitam segenggam
erat, kerat hujung dan pangkalnya, beras segenggam
erat, dan garam segenggam erat, giling lumat-lumat,
kemudian bubuh air masak, kacau hingga pekat. Sudah
itu campurkan dengan air madu secawan dan masak pula
lagi hingga jadi seperti dodol. Kemudian bahagi tiga,
beri telan sebahagian tiap hari.
4)
Bila demam malaria menggigil-gigil. Minum cuka
dengan air madu yang masak pada pagi-pagi sebelum
makan, supaya muntah. Sesudah muntah makanlah apam
gandum serta kuah daging kambing. Makan daging yang
dimasak dengan bawang putih, lada, halia dan kunyit.
5)
Ambil 60 gram rumput jukut pendul (Kyllinga
brevifolia) yang segar direbus, diminum empat jam
sebelum gejala / serangan timbul.
6)
Ambil lima jari akar nangka (Artocarpus
heterophyllus) dicuci dan ditumbuk seperlunya,
rebus dan ditumbuk seperlunya, rebus dengan lima gelas
air bersih sampai tersisa setengahnya. Setelah dingin
disaring lalu diminum dengan air gula seperlunya
dibagi untuk tiga kali minum.
Rawatan Allopathy
Pesakit diberi rawatan di hospital dan diberi
ubat-ubat yang ditentukan oleh doktor seperti
Chloroquine, Quinine, Amodiaquin dan Chloroquine
Diphosphate.
Biasanya
pihak hospital akan buat laporan ke pejabat kesihatan
di mana langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk
mencegah penyakit ini dari merebak dengan usaha-usaha
membunuh nyamuk di tempat pembiakannya
Rawatan
Homeopathy (Komplimentari)
Tiap-tiap
gejala yang timbul pada individu itu ada ubatnya
tersendiri umpamanya Chinium Sulph diberi pada pesakit
tiap-tiap tiga jam semasa demam bermula manakala bila
rasa sejuk menggigil dan loya pesakit diberi
Eupatorium Perf. Begitulah seterusnya dengan
gejala-gejala lain dan ubat-ubat seperti Arsenicum
Album, Bryta Carb, Capsicum, Cimex, Arnica Montana,
Ipecacuanha, Ignatia, Antimonium Crudum, Podophyllum,
Cina, Elastrium, Rhus Thux, Sepia, AntimTart, Carbo
Vegetabalis, Opium, Cactus, China dan lain-lain.
Penyakit ,alaria
tidak boleh dipandang ringan. Selain dari mengubati
pesakit, kita hendaklah pastikan kebersihan alam
sekitar yang membolehkan nyamuk membiak. Jaga juga
kebersihan diri, pakaian dan pemakanan yang halal,
baik dan berzat. Minta kerjasama pihak majlis
perbandaran untuk kawalan nyamuk.
Terbit: 18 Mei, 2003 |