|
KONSEP ASAS DAN KEISTIMEWAAN
PERUBATAN HOMEOPATHY
Oleh: Dr. (H) Hj. Ahmad Khan Said Dhom, APHomM.
Phom
eorang bayi kena ruam susu disapu bedak
berubat. Ruamnya hilang, tidak lama kemudian bayi menghidap
selsema melarat menjadi batuk berhingus hijau. Dibawa ke
doktor, bayi itu diberi antibiotik untuk menghapuskan kuman
dan anthistemine untuk mengeringkan hingusnya. Selsemanya
hilang seketika, selsemanya berulang-ulang.
Keadaan ini dikira ‘nasib baik’ juga kerana ia mungkin kena
lelah, bisul-bisul atau penyakit-penyakit lain, akibat
penekanan ruam dan selsemanya.
Soal berulang ke doktor atau pengamal perubatan lain untuk
penyakit ringan-ringan begini menjadi perkara biasa. Hilang
satu penyakit, timbul pula penyakit lain. Keadaan ini, biasa
juga bagi ibubapa dan doktor yang merawatnya.
Mungkin terlintas juga dihati mereka soalan kenapa budak ini
sentiasa sahaja mengidap lepas satu penyakit ke satu penyakit
yang lain? Oleh kerana tiap-tiap penyakit itu hilang atau reda
dirawat, soalan tersebut tidak diambil berat kerana merela
termasuk juga sesetengah mereka yang mendakwa diri sebagai
doktor homeopathy hanya merawat penyakit, bukannya pesakit.
Kalau doktor mendesak, mungkin menasihatkan agar menjaga
kesihatan yang lebih rapi seperti menambah zat makanan,
mencegah pendedahan kepada jangkitan dan sebagainya. Ini pun
ada baiknya tetapi selalunya tidak dapat menyelesaikan masalah.
Bagi seorang homeopath (pengamal homeopathy tulin) perkara
seperti ini memang dititik beratkan. Homeopathy tulin
mengutamakan pesakit – bukan penyakitnya.
Tubuhnyalah yang sepatutnya dititk beratkan dalam rawatan,
bukannya penyakit-penyakitnya. Hanya tubuh yang benar-benar
sihat sahajalah yang boleh mengatasi dan menyembuhkan semua
penyakit yang ada pada dirinya.
Tidak ada ubat, tidak ada jampi serapah, tidak ada pendedahan
atau rawatan pakar sekalipun yang boleh menyembuhkan apa-apa
penyakit jua pun jika tubuh pesakit tidak berupaya
menghapuskannya.
Rawatan tubuh yang dikenali sebagai patient individualisation
ini adalah satu daripada keistimewaan perubatan homeopathy
tulin.
Ciri-ciri Rawatan Homeopathy
Rawatan ini merangkumi apa yang selalu disebut sebagai
totality of symptom atau gejala menyeluruh. Ia melibatkan
bukan sahaja gejala-gejala penyakit yang dikemukakan oleh
pesakit ketika ia berjumpa homeopath untuk menerima rawatan
tetapi seluruh latar belakang perkembangan kesihatannya dan
kesihatan keluarganya sejak sebelum ia dilahirkan.
Ia meliputi bentuk tubuh, perawakan, perwatakan, fiil dan
tabiat pesakit serta apa apa jua mungkin menjadi faktor
penyebab masalah yang dihadapinya ketika pertemuan itu.
Semuanya perlu diketahui untuk menentukan penawar tunggal
yang tepat yang boleh membantu tubuh bukan sahaja untuk
mengatasi masalah berkenana bahkan juga masalah yang bakal
menimpa dirinya dan zuriatnya pada masa mendatang.
Sejak daripada perjumpaan pertama lagi, perkara ini menjadi
perhatian para homeopath.
Bagi penyakit-penyakit ringan seperti demam selsema kerana
kesejukan atau sebagainya, di peringkat awal mungkin homeopath
tidak perlu mendalami, menghalusi usul tubuh pesakit.
Sebaliknya jika penyakitnya kerap berulang atau penyakitnya
memang kronik homeopath akan membuat kajian dan menyoal siasat
dengan panjang lebar untuk menentukan penawar tubuh yang
diperlukan.
Di sini kita dapat perhatikan ciri-ciri penting yang
membezakan homeopathy tulin dengan rawatan-rawatan lain
termasuk yang menamakan dirinya sebagai doktor homeopathy
campur aduk.
Homeopathy
Tulin Mementingkan Jiwa Raga Pesakit
Rawatannya berdasarkan rasa dan perasaan yang dizahirkan
akibat masalah yang dihadapi pesakit secara menyeluruh
termasuk latar belakang, sejarah hidupnya sekali.
Ini berbeza dengan rawatan cara lain di mana tumpuan adalah
terhadap penyakit atau keadaan pesakit pada ketika berkenaan
sahaja.
Rawatan menggunakan alat radionik yang sering ditonjolkan
sebagai homeopathy dan rediasthesia juga alat Vega hanya mampu
mengukur fungsi tubuh melalui gelombang aura atau meridian
akupuncer pada ketika berkenaan sahaja untuk dipadankan dengan
gelombang yang dicari.
Penyeluruhan
gejalanya untuk penyakit kronik tidaklah lengkap, kerana alat
itu tidak berupaya mengambil kira perkara-perkara penting yang
disebutkan, tidak mungkin dapat diukur melalui
gelombang-gelombang berkenaan.
Memang jelas secara
praktiknya, mereka yang menggunakan alat-alat ini tanpa
memahami kaedah homeopathy sebenar, tidak dapat menyembuhkan
penyakit-penyakit kronik.
Keadaan mereka tidak
jauh bezanya dengan pengamal-pengamal perubatan lain atau
pengamal homeopathy yang merawat berdasarkan gejala-gejala
penyakit yang tersenarai dalam buku-buku teraputik atau
khasiat penawar, tanpa memahami falsafah homeopathy sebenarnya,
tanpa memahami bahawa yang perlu dirawat adalah orangnya –
bukan penyakitnya.
¨
Kegunaan Alat-alat
Pengesan Patologi
Seperti X-ray dan sebagainya tidak penting sangat dalam
homeopathy. Alat-alat ini hanya berguna untuk membantu
mengukur kemajuan penyakit dan kesan rawatan secara objektif
pada tubuh fizikal.
Kita sedar penyakit bukan bersifat fizikal sahaja, lebih
penting ia berada di tahap yang lebih halus dan tidak dapat
diukur menggunakan alat-alat fizikal apa pun.
Sering benar berlaku, seseorang dirawat sekian lama di
hospital telah disahkan tidak ada penyakit lagi, lalu dihantar
balik menunggu kepulihan di rumah, meninggal selang beberapa
hari kemudian.
Lenyapnya tanda-tanda penyakit secara fizikal tidak semestinya
menandakan pesakit itu telah sembuh. Tambah pula jiwa raga
bertambah tenat.
Homeopathy ada cara subjektif yang lebih positif dan tidak
membahayakan dengan memerhatikan kesan rawatan itu sendiri
pada watak dan perasaan pesakit. Cara pengesahan ini
sebahagiannya disebut Hukum Penyembuhan Hering.
¨
Tidak Perlu Menentukan Nama Penyakit
Tidak perlu pemeriksaan makmal untuk mengenal pasti jenis
bakteria atau kuman yang menyerang atau sejauh mana perubahan
patologi yang terlibat untuk menentukan nama penyakitnya
sebelum menentukan jenis rawatan yang diperlukan.
Kerap kali pesakit mengadukan masalahnya tanpa sebarang
perubahan patologi atau kuman yang dapat dikesan.
Rawatan yang bergantung kepada pemeriksaan makmal akan
kebuntuan atau menuduh penyakitnya hanya in the mind atau
mainan perasaan sahaja. Sementara homeopathy boleh terus
memberi rawatan berdasarkan keseluruhan gejala yang didapati
dari temu bual dan pemerhatian tadi.
¨
Hanya Satu Penawar
Sahaja Diberikan Pada Satu-satu Masa
Tiap-tiap penawar dibiarkan bertindak sambil kesannya kepada
pesakit diperhatikan untuk menentukan arah kemajuan
kesihatannya. Dari hasil pemerhatian itu, pemberian penawar
seterusnya ditentukan. Inilah cara homeopathy tulin sebenarnya.
Satu penawar yang boleh meliputi semua keluhan pesakit sahaja
yang diberi pada satu-satu masa. Ini berbeza benar dengan
rawatan cara lain yang kadang-kadang terpaksa menelan lima
enam jenis pil, sirap dan sebagainya sekaligus atau berselang
seli untuk tiap-tiap kerenah keluhan pesakit.
Untuk mempupuk kemahiran memilih penawar tunggal yang tepat
ini memakan masa bertahun-tahun. Ia merupakan satu daripada
titik penentu yang penting untuk membezakan homeopath tulin
dengan yang tidak.
Ia juga boleh dijadikan pengukur ketulinan mana-mana perubatan
yang mendakwa sebagai homeopathy. Keistimewaan rawatan
Homeopathy disamping rumusan-rumusan yang khusus membezakan
perubatan homeopathy tulin daripada sistem perubatan lain
menjadi punca kecemerlangannya. Semua ini mesti difahami,
dimahirkan dan dihayati seseorang pengamal perubatan
homeopathy secara berterusan.
Rumusan-rumusan asas
perubatan homeopathy dikenali sebagai Hukum Keserasian iaitu
·
Tindakan ubat
boleh dilihat dari tanda-tanda (gejala-gejala luar),
gejala-gejala rasa dan perubahan–perubahan patologi
orang-orang sihat yang diberi ubat berkenaan.
·
Kebolehan ubat
bertindak pada orang sihat sahaja adalah juga kebolehannya
untuk menyembuhkan.
·
Ubat boleh
menyembuhkan jika ada persamaan tindakan penyakit pada pesakit
dengan tindakan ubat pada yang sihat.
Ringkasnya disebut Similia
Similibus Currentur, yakni persamaan ubat dan penyakit
menyembuhkan…
Tarikh:
20/6/2003 Petikan dari :
| http://www.pustakamaya.net |