Arikel

Bahasa Melayu

 

Menu


 

 

           
 

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH 

MHCL WEBSITE - consultant SINCE 2001
 

JAUNDICE : SAKIT KUNING
RAWATAN MODEN DAN ALTERNATIF

Oleh Dr. Osman Nasir

 

PENYAKIT Jaundice atau sakit kuning ialah penguningan kulit atau putih mata menandakan kelebihan bilirubin dalam darah.

            Terdapat juga beberapa jenis jaundice:

¨      Jaundice Haemolytiu Jaundis yang berlaku apabila terdapat kelebihan pembinasaan sel merah dalam darah.

¨      Jaundis Hepatocellular Jaundis akibat penyakit pada sel-sel hepar, sp hepatitis.

¨      Jaundis Obstructive jaundis yang berlaku apabila hempedu yang dihasilkan dalam hepar gagal sampai ke usus kerana penyekatan duktus-duktus (contoh; oleh batu karang) atau kerana kolestasis.

 Jaundis ialah gejala yang timbul akibat daripada suatu penyakit dalam tubuh, dan ianya menyebabkan penguningan kulit dan putih mata.

 Keadaan ini disebabkan kehadiran pigmen hempedu berwarna kuning bilirubin. Pegmen hempedu ialah sebatian berwarna – hasil dari penguraian pigmen darah haemoglobin yang dikumuhkan dalam hempedu.

 Sebab-sebab berlaku jaundis di antaranya ialah jangkitan dalam hati (liver infection) yang dikenali sebagai hepatitis, saluran atau duktus terhalang dan anaemia.

 Kekuningan kulit kadangkala diikuti dengan keluarnya kencing berkeladak, manakala najis pula warna pucat.

Kanak-kanak

             Umumnya ada bayi yang baru lahir mengidapi jaundis tetapi penyakit ini pada bayi tidak bermakna adanya penyakit lain yang tersembunyi. Ianya bersebab lambatnya hati dan sistem penghadaman bayi menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar perut ibunya.

             Tetapi bagi kanak-kanak yang besar perlu dibawa kepada doktor agar dapat dipastikan sebab wujudnya jaundis- mungkin hepatitis dan lain-lain.

Pemakanan dan kebersihan diri

             Dalam hal menjaga penyakit ini perlu sekali diawasi pemakanannya dengan kebersihan diri.

Cara Kampung

             Ibu-ibu di kampung akan meletakkan bayinya di tepi tingkap untuk dikenakan pancaran cahaya matahari pagi jika didapati bayinya kekuningan. Ini satu cara yang baik

            Di hospital, mereka ada cara lain – bayi dikenakan sejenis pancaran buatan elektrik.

Jaundis Sakit Kuning

             Satu lagi cara kampung ialah dengan penggunaan serai (Cymbopogon Citratus).

            Serai ini ialah yang digunakan sebagai rencah untuk menambahkan selera dalam masakan. Dalam perubatan tradisional, batang serai yang masih muda diambil  secekak dan dibasuh bersih untuk menghilangkan miang batang serai tersebut. Batang serai itu direbus sehingga keluar bau wangi dan dibiarkan mendidih selama 5 hingga 10 minit. Setelah air itu disejukkan atau suam-suam kaku, bolehlah dimandikan kepada bayi yang terkena Jaundice. Mandikan bayi itu dengan air ini sekali sehari sehingga sembuh.

             Herba dalam tradisional Melayu juga menggunakan beberapa jenis tumbuhan untuk mengubati Jaundice. Di antaranya ialah bungu kecil (lagestroemia indical) dan jali (coix lachryma – jobi L atau Job’s rears). Bahgaian bungur kecil yang digunakan ialah akar, bunga, daun dan kulit kayunya manakala jali bahagian yang digunakan ialah akarnya untuk Jaundis. (Warisan ubat Farmakopia Melayu oleh Hassan A. Ghani).

Sistem Pemakanan Cina

             Ahli perubatan tradisional Cina mempunyai berbagai jenis pemakanan untuk merawat Jaundice. Bahan pemakanan yang digunakan antaranya ialah water chest-nut, black soyabean, kacang merah (adzuki bean), ikan carp, rempah marjoram, cuka dan ketam.

             Biasa bahan-bahan ini dimasak atau direbus dan diminum. Ketam pula dipanggang hingga hitam, kemudian ditumbuk hingga jadi abu. Untuk ubat ianya diminum dengan air tapai (dari beras). Cari ini untuk Jaundice kanak-kanak dan dewasa.

Rawatan Homeopati

             Ubatan homeopati, yang tidak mengandungi dadah atau racun dan tidak ada kesan sampingan mempunyai banyak ubat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit jaundis. Pesakit akan diberi ubat setelah gejalanya dikesan oleh doktor.Di antara ubat-ubat Hoemopati yang digunakan ialah Chionanthus, Chloesterium, Bryonia, China, Myrica, Podophyllum, Mercurius, Chelidonium, Kali Pic, Natrum Phos. Khusus untuk bayi ialah Lupulus dan Chamomilla.

             Walau apa jenis perubatan yang anda cari, moden, alternatif atau tradisional ia tetap penting untuk menjaga kesihatan anda. Jaundice jangan dipandang ringan begitu juga penyakit-penyakit lain. Pesakit hendaklah bertemu dengan doktor untuk nasihat dan rawatan serta ubat apabila ditimpa sesuatu penyakit.

  

Terbit: 18 Mei, 2003

  Petikan dari :  | http://www.pustakamaya.net


Support us

Homeopathy and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.

 

Copyright: HBI Health & Homoeopathy Centre & Dr. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.