|
Artikel
Bahasa Melayu
Menu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
THE
BEST
MALAYSIA
VIRTUAL
HOMEOPATH
MHCL WEBSITE
- consultant
SINCE 2001
HOMEOPATHY DIIKTIRAF
Oleh: Dr.
Haji Abdul Aziz Nawi, Phom, Ph.D (Chicago), FKHomM.
SEMENJAK tamadun bermula manusia terus-menerus
bertarung dengan tiga permasalahan pokok dalam
kehidupan mereka; kejahilan, kemiskinan, dan
kemelaratan (kesakitan). Walau di mana jua atau pada
zaman bila pun masyarakat manusia tidak sunyi daripada
berhadapan dengan masalah kejahilan (buta huruf,
tahyul, keganasan, khurafat), masalah kemiskinan (kurang
makanan, kurang pakaian, kurang tempat tinggal) dan
masalah kemelaratan (kesakitan pada badan, jiwa,
mahupun akal).
Kurun ke-20 telah memperlihatkan peningkatan daya
pencapaian masyarakat untuk mengatasi masalah-masalah
asasi ini dengan satu kejayaan yang belum pernah
disaksikan sebelum ini. "Kemakmuran" telah
menggantikan "kemiskinan" untuk sebahagian besar
masyarakat manusia sejagat. "Ledakan Ilmu" telah
mengambil tempat "kejahilan" sehingga manusia dapat
meneroka sebahagian besar alam semesta, begitu juga
hal kesihatan manusia pada hari ini longevity
telah menggantikan fatality dalam kebanyakan
negara.
Namun begitu putaran roda hidup manusia tetap berlaku.
Walaupun ledakan ilmu dan teknologi telah merobah
segalanya, masalah-masalah asasi yang disebutkan tadi
mengambil sifat atau menjelma dalam bentuk-bentuk yang
lain pula khasnya dalam bidang kesihatan manusia.
Manakala pendekatan untuk mengatasi kemiskinan dan
kejahilan mengambil bentuk proaktif tetapi dalam
menangani masalah kesihatan masyarakat dunia lebih
mirip kepada pendekatan reaktif.
Tegasnya banyak universiti yang mengajarkan ilmu dan
institusi-institusi ekonomi untuk kemakmuran hidup
proaktif tidak pula menghalang pertumbuhan dengan
banyaknya hospital-hospital untuk menangani pelbagai
penyakit reaktif.
Khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan kita
lihat terhapusnya banyak penyakit-penyakit yang
merbahaya dalam kurun ke-19 tetapi muncul pula
penyakit-penyakit baru dalam kurun ke-20. Kini pada
ambang kurun ke-21 kita telah merasakan haba
kemunculan penyakit-penyakit ganjil dan pelik yang
belum dilihat sebelum ini.
Manakala kurun ke-19 terkenal dengan wabak-wabak
penyakit berjangkit, kurun ke-20 telah melihat
kemunculan penyakit-penyakit koronari, hepatitis,
kencing manis dan sebagainya. Sekarang dalam kita
memasuki alaf baru dan kurun baru kita sudah melihat
kehadiran penyakit-penyakit yang merosakkan saraf dan
imuniti.
Bilangan orang yang menderita akibat daripada virus
dan bakteria yang tidak dapat dikalahkan oleh
ubat-ubat antibiotik yang ada semakin bertambah.
Masalah alahan (allergy) kepada berbagai
makanan dan bahan-bahan kimia semakin banyak. Tidak
kurang juga semakin banyak orang yang mendapat
penyakit-penyakit yang tidak dapat dikesan (didiagnos)
dan dianggap sebagai nouspecific illness yang
tidak diberi perhatian dan pengubatan yang sewajarnya
oleh sistem perubatan konvensional.
Barangkali sudah sampai masanya untuk masyarakat
perubatan melihat kembali masalah kesihatan, penyakit
dan pesakit yang melanda umat manusia hari ini. Sangat
jelas bahawa medical chauvinism patut
dirobohkan dan digantikan dengan medical pragmatism
yang membuka mata dan telinga kita untuk melihat
alternatif-alternatif yang ada yang mungkin dapat
membantu manusia dalam memperoleh kualiti kehidupan
yang lebih baik.
Sistem perubatan yang menafikan peranan natural
medical mechanism dalam pemuliharaan dan pemulihan
kesihatan dan melihat "penyakit" sebagai "fizikal"
semata-mata dan tidak ada hubung kait dengan "metafizikal"
adalah mengelirukan dan sudah tentu tidak dapat
memenuhi keperluan manusia moden yang semakin sedar
akan hak-hak asasi mereka dalam segala bidang hidup.
Di sinilah letaknya bidang perubatan homeopathy yang
berupaya menawarkan pendekatan yang berbeza yang dapat
diterima sebagai sebahagian daripada sistem
pemuliharaan kesihatan manusia.
Homeopathy telah mula dikenali di Malaysia sejak lebih
50 tahun lalu. Di Amerika, perubatan homeopathy cukup
popular dalam kurun ke-19 dan langsung lenyap dalam
kurun ke-20, walau bagaimanapun kini homeopathy
kembali bersinar, bertenaga di negara-negara Barat.
Mengikut kajian dalam tahun 1990 dan kebelakangan ini
telah didapati bahawa
* 32% rakyat Peranchis telah menggunakan ubat
Homeopathy
* 50% doktor keluarga di Peranchis berminat kepada
Homeopathy
* 32% daripada mereka telah memasukkan homeopathy
dalam pengalaman mereka
* 42% doktor British merujukkan pesakit mereka kepada
doktor homeopathy
* 11% daripada rakyat England telah mencuba
homeopathy
(80% daripada mereka berpuas hati, hanya 7% kurang
puas hati)
Kini beberapa banyak penyelidikan secara saintifik
telah dan sedang dilakukan yang memberi pengesahan
kepada sistem homeopathy.
Di Malaysia hampir setiap bandar-bandar besar telah
ada klinik-klinik homeopathy. Rekod-rekod telah
menunjukkan kejayaan banyak pengamal perubatan
homeopathy (doktor homeopathy) di Malaysia yang
mengubati pelbagai penyakit akut dan kronik.
Dalam perubatan homeopathy hanya orang-orang yang
telah mencuba akan berpuas hati dan yakin terhadap
sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah sistem
perubatan homeopathy dapat diketengahkan untuk
meyakinkan kumpulan elit, golongan korporat dan
teknokrat, dan masyarakat terpelajar?
Dalam hal ini penulis ingin membuat tuntutan terhadap
sedikit peranan yang penulis telah mainkan untuk
mengembangkan perubatan homeopathy kepada golongan
elit dan korporat di Malaysia.
Dalam tahun 1983 sempena dengan penubuhan Bank Islam
Berhad, penulis sebagai pegawai perintis bank tersebut,
telah memutuskan untuk memasukkan klinik-klinik
homeopathy dalam senarai panel perubatan Bank Islam.
Langkah ini dimulakan dengan melanntik sebuah klinik/pusat
perubatan homeopathy di setiap ibu negeri dan diikuti
oleh bandar-bandar yang lain.
Keputusan ini tidak dicapai dengan mudah kerana pihak
pengurusan bank memerlukan penerangan dan penjelasan
yang panjang lebar tentang homeopathy kerana barisan
pengurusan bank termasuk pengarah bank tersebut yang
kebanyakannya belum lagi terdedah kepada konsep dan
kaedah perubatan homeopathy.
Walau bagaimanapun dengan bidang kuasa dan pengaruh
penulis yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan
Bank, usaha ini terlaksana dalam keadan keraguan
bercampur harapan disetengah-setengah pihak.
Setelah Bank Islam Malaysia Berhad mengorak langkah
menjadikan klinik-klinik homeopathy sebagai klinik
panel di semua cawangan seluruh negara, secara tidak
langsung telah menjadi pendorang kepada pihak-pihak
lain untuk turut melakukan tindakan yang serupa.
Saya masih ingat lagi apabila beberapa orang pegawai
tinggi Universiti Islam Antarabangsa dan Lembaga
Urusan dan Tabung Haji telah berkunjung ke pejabat
saya untuk bertanyakan kedudukan perubatan homeopathy
di Malaysia dan sejauh mana keberkesanan serta
kewibawaannya. Secara umumnya, mereka berkehendakan
jawapan kepada 3 perkara pokok;
Keberkesanan homeopathy
Asas-asas saintific perubatan homeopathy
Status profesional pengamal - pengamal perubatan
homeopathy
Sesungguhnya, amat mudah untuk menceritakan
keberkesanan homeopathy kepada sesiapa saja yang ingin
mengetahui tentangnya. Ini kerana homeopathy adalah
perubatan yang telah terbukti keberkesanannya. Juga
tidak susah untuk memperjelaskan asas-asas sains dalam
sistem perubatan homeopathy. Konsep-konsepnya seperti
symptomology. individualization, Hering `s law of
cure adalah aspek-aspek yang sangat saintifik
dalam sistem perubatan homeopathy.
Walau bagaiagaimanapun, adalah sangat susah untuk
menjawab soalan ketiga iaitu tentang status
profesional dan profesional image homeopathy.
Ini disebabkan oleh perubatan homeopathy bukanlah satu
profession yang diakui oleh Kerajaan Malaysia. (Ketika
itu - Editor).
Ini ditambah pula dengan penampilan pengamal-pengamal
perubatan homeopathy di Malaysia yang kebanyakannya
tidak menunjukkan imej yang memberangsangkan. Selain
itu, terdapat beberapa buah klinik (bilangannya dapat
dibilang dengan jari) pada masa itu dijalankan tanpa
mengikut piawaian tertentu.
Namun, dengan penerangan-penerangan yang diberikan
serta desakan-desakan yang dikenakan oleh kakitangan
organisasi-organisasi berkenaan, klinik-klinik
homeopathy (terutama di Kuala Lumpur) telah
disenaraikan sebagai doktor panel beberapa organisasi
separuh kerajaan dan swasta.
Pada hemat saya, masa depan homeopathy perlu dirancang
dengan baik. Matlamat jangka panjang mestilah untuk
membawa Homeopathy kepada arus perdana sistem
perubatan negara. Untuk itu, kita tidak harus
menampilkan homeopathy sebagai perubatan alternatif
tetapi lebih baik sebagai perubatan komplementari.
Sesungguhnya, tidak ada satu sistempun yang boleh
mendabik dada sebagai satu-satunya kaedah perubatan
yang terbaik yang tidak perlu bergantung kepada
mana-mana pihak. Penyakit manusia semakin komplikated.
Justeru, untuk menanganinya, satu pendekatan bersama
perlu dicari. Sebagai "perubatan komplementari" maka
satu pendekatan secara integrasi perlu diambil.
Pada tahap pengembangan sekarang, kerajaan telah
membuka ruang untuk homeopathy bersuara dan tampil
kehadapan. Baik sekali jika satu pendekatan diambil
dimana pada akhirnya akan wujud satu model sistem
perubatan yang kolaboratif bersama dengan allopathy
dimana para doktor dan pengamal-pengamal kesihatan
dari perubatan homeopathy atau lain-lain bidang
naturopathy dapat berkerjasama dan para pesakit tidak
lagi bersikap pasif tetapi aktif dalam memainkan
peranan sebagai rakan dalam satu pasukan memulih dan
menjaga kesihatan.
Terbit:
18 Mei, 2003 |
|
Petikan
dari :
| http://www.pustakamaya.net |
|
|
Support us
Homeopathy
and Malaysia Homoeopathy Cyber Library.
Copyright: HBI Health
& Homoeopathy Centre & Dr. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.
|