DEMAM DENGGI DAN PERUBATAN
HOMEOPATHY
Oleh: Abu Naim Kassan
SAYA terpanggil untuk membuat sedikit
rujukan dan menulis makalah ini apabila terbaca kisah kematian
dua beradik akibat demam denggi (Berita Harian: 4 Januari
2003). Dalam berita itu ayah allahyarhamah mengatakan
“Ujian menunjukkan anak saya hanya demam biasa dan dirawat
sebagai pesakit luar serta diberi panadol.”
Demam denggi ialah suatu
penyakit yang menakutkan orang ramai kerana penyakit ini boleh
menyebabkan kematian. Antara gejala atau tanda-tanda (simptom)
penyakit demam denggi ialah
Ø
demam panas yang kuat atau demam yang berlarutan.
Ø
pesakit akan mengalami gejala-gejala seperti terdapat
ruam atau bintik-bintik merah pada kulit.
Ø
tiada selera makan.
Ø
sakit atau bisa-bisa pada tulang, otot, sendi dan biji
mata.
Ø
sakit kepala.
Ø
sakit perut; muntah.
Ø
jika serius (teruk) pesakit mengalami pendarahan di
bawah kulit, hidung atau gusi, sukar bernafas dan muntah.
Demam
denggi disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
Terdapat dua jenis nyamuk Aedes, iaitu Aegypti dan Albopictus.
Kedua-dua jenis nyamuk ini bukan sahaja berbahaya kerana
boleh menyebabkan demam denggi, malah boleh menyebabkan demam
kuning dan penyakit chikungunya.
Menurut seorang sahabat di Institut Penyelidikan
Perubatan (IMR) setakat ini (dalam perubatan konvensional)
belum ada ubat atau vaksin yang dapat menyembuhkan penyakit
demam denggi. Seorang sahabat lagi, iaitu pengamal perubatan
homeopathy pula mengatakan ada ubat (penawar) untuk demam
denggi. Dalam pada itu terdapat hadith Rasulullah yang
bermaksud “Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak menurunkan
penyakit, kecuali telah pula menurunkan penawarnya. Maka
berubatlah kamu.” (Hadith riwayat: Nasai, Ibn Majah dan
Hakim)
Seorang pengamal perubatan homeopathy pernah
memberitahu saya bahawa beliau pernah memberikan ubat
Eupatorium Perfoliatum dan Aconite kepada seorang
pesakit yang demam panas yang sedang mengunggu hasil
analisis darah di sebuah hospital. Selang beberapa hari
pesakit itu dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa dia
disahkan menghidap demam denggi. Akan tetapi pada masa itu dia
sudah pun sihat dan sembuh daripada gejala demamnya.
Menurut Dr. Das Gupta (1965) dalam buku Therapeutic
Hints menyatakan bahawa penyakit demam denggi datang
dengan tiba-tiba. Pesakit akan mengalami sakit kepala, sakit
sendi-sendi tulang, dan kadang kala tumbuh bintik-bintik
kecil. Selepas selang satu atau dua hari, pesakit akan
mengalami gejala demam yang lebih teruk (kambuh) dan
bintik-bintik merah semakin ketara. Kekambuhan itu akan
segera menurun, tetapi untuk sembuh/pulih secara total mungkin
lambat dan kesakitan anggota badan mungkin berterusan.
Menurut beliau lagi, dalam perubatan homeopathy remedi
yang paling utama ialah Bryonia, Rhus Tox, Eupatorium
Perfoliatum. Pada peringkat permulaan pesakit hendaklah
diberi remedi Aconite berulang kali dan diikuti oleh
Bryonia. Jika sakit semakin teruk, pesakit hendaklah
diberi Eupatorium Perfoliatum. Jika pesakit
muntah-muntah, remedi yang sesuai ialah Ipecacuanha atau
Bryonia. Untuk pesakit yang ada gejala gastrik bolehlah
diberi Rhus Tox, Nux Vomica, Pulsatilla atau
Arsenicum album. Apabila timbul bintik-bintik merah (eruption),
pesakit perlu diberi Bryonia dan Rhus Tox.
Agaknya sudah tiba masanya pihak yang berkenaan
mengubah paradigma dan melihat perubatan komplementari dan
alternatif dari sudut yang sewajarnya demi kesihatan dan
kesejahteraan manusia sejagat. Semua pihak perlu sedar dan
mengakui hakikat bahawa tiada sesuatu pun yang lengkap dan
sempurna di dunia ini; masing-masing mempunyai peranan dan
kelebihan tersendiri.
Tarikh:
20/6/2003 Petikan dari :
| http://www.pustakamaya.net |