Laman Berita

 

(Berita Utama Perubatan Homeopati / Alternatif / Komplimentari / Tradisional)

 

 

 

UTUSAN MALAYSIA / 11/01/2010

Janda Akhil Hayy temui bakal suami 12 tahun lebih muda

PETALING JAYA 10 Jan. - Selepas enam bulan menjanda, Maizawati Zainal yang merupakan bekas isteri penyanyi rock, Akhil Hayy telah pun bertemu calon suami terbarunya dan akan mendirikan rumahtangga Mei ini.

Ibu kepada enam anak berusia 34 tahun itu menjelaskan, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dalam waktu terdekat ini, apatah lagi calon suaminya itu juga 12 tahun lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun menurut Maizawati, buat masa ini dia belum bersedia mendedahkan sepenuhnya identiti bakal suaminya itu yang berasal dari Likas, Sabah dan bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Singapura.

"Seperti yang pernah saya janjikan dulu, kalau bertemu jodoh baru saya akan beritahu. Saya tidak mahu sorok soal jodoh. Sejak bercerai ada juga yang datang melamar tetapi hati saya terbuka dengan calon suami saya ini.

"Buat masa ini biarlah saya hanya sebut namanya sebagai 'M' sahaja. Saya mahu berlaku adil kepada semua wartawan. Apabila tiba masanya nanti saya akan umumkan identiti bakal suami saya itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Maizawati yang ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9 di Bandar Utama di sini berkata, dia memilih 'M' selepas mendapati ciri-ciri calon suaminya saling tidak tumpah seperti Akhil Hayy.

Malah, beliau turut menyifatkan kehadiran 'M' dalam hidupnya bukan setakat disenangi oleh anak-anaknya tetapi juga sebagai 'pengganti' Akhil Hayy yang telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Waheeda tahun lalu.

"Ciri-ciri yang ada pada diri 'M' ada persamaannya dengan Akhil Hayy sewaktu muda. Dia ('M') contohnya, pandai bercakap, kelakar dan matang biarpun baru berusia 22 tahun. Keluarga kedua belah pihak juga merestui hubungan kami.

"Saya tidak memilih jodoh, sebaliknya ia datang daripada Allah. Pada mulanya 'M' tidak tahu saya janda Akhil kerana dia bekerja di Singapura. Selepas bercakap di telefon tentang status saya, dia faham dan sanggup menerima saya," jelasnya.

"Selepas pertemuan di sebuah restoran, kami mula berhubungan melalui telefon dan chatting (berbual di Internet) dan pada Disember lalu 'M' telah melamar saya," ujarnya yang berkahwin dengan Akhil dan rumahtangga mereka bertahan selama kira-kira 13 tahun.

Tambah Maizawati yang bakal mendirikan rumahtangganya buat kali ketiga itu, beliau merancang bergabung tenaga bersama 'M' menjalankan syarikat Maizawati Collection yang diusahakannya sejak tahun lalu.

Perniagaan berkaitan bahan-bahan pemakanan homeopati dan fesyen busana Muslim yang diusahakannya itu merupakan salah satu usahasama yang akan dilakukan selepas mendirikan rumahtangga kelak.

"Intel-X yang merupakan produk homeopati antara produk keluaran syarikat saya selain madu herba juga akan berada di pasaran tidak lama lagi. Saya dan bakal suami akan mengusahakan perniagaan itu bersama.

"Empat anak saya iaitu Deanna Sofiah, 17; Daniel Arif, 16; Mohd. Shakir, 9, dan Mohd. Shatiri, 3, akan tinggal bersama-sama kami. Sementara dua lagi anak saya iaitu Maisarah, 13, dan Mohd. Sharif, 12 akan tinggal bersama Akhil," jelasnya.

 

Utusan Malaysia : 11/01/2010

Pengamal perubatan tradisional perlu berdaftar dengan majlis

JOHOR BAHRU 11 Jan. – Semua pengamal perubatan tradisional perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang bakal dibentuk tidak lama lagi sebelum mereka boleh mengamalkan kaedah perubatan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan rang undang-undang khusus bagi perubatan tradisional dan komplementari yang akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat tahun ini.

Di bawah undang-undang itu, mereka yang berdaftar dengan majlis itu akan diberi sijil pendaftaran sebagai bukti kelayakan sebelum boleh mengamalkan kaedah perubatan tradisional.

"Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari juga telah membangunkan e-Pengamal iaitu sistem untuk pengamal perubatan mendaftar secara talian dan setakat ini, seramai 3,000 orang telah berbuat demikian.

"Saya menyeru semua pengamal perubatan itu supaya mendaftarkan diri di e-Pengamal kerana ia merupakan data penting bagi kementerian untuk merangka strategi baru demi kebaikan semua pengamal perubatan tradisional di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Perubatan Baru Kolej Selatan di sini hari ini. - Bernama

 

Rabu, 13 Januari 2010  -  BLOG PPHBM

TAHNIAH MAJLIS PERUBATAN HOMEOPATHY MALAYSIA (MPHM)

 
Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MPHM kerana mendapat kelulusan daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengecualikan “persediaan Single Homeopathy Dilution” daripada dikelaskan sebagai racun bagi kepekatan tidak melebihi “1 part per 10,000”. Kelulusan tersebut ditandatangi oleh Setiausaha, Lembaga Racun, Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 19 Disember 2009.
Kami sangat terhutang budi kepada MPHM, khususnya ahli jawatankuasa/pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus berusaha demi kebajikan dan masa depan semua pengamal perubatan homeopathy di Malaysia. Sesungguhnya usaha dan perjuangan tuan/puan amat besar maknanya bagi kami semua.

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
JASAMU AKAN DIKENANG SEPANJANG ZAMAN
 
Utusan Malaysia : 02/03/2010

Rang Undang-Undang perubatan tradisional ke Parlimen

PETALING JAYA 2 Mac - Rang undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari yang mewajibkan setiap pengamal mendaftar dengan Kementerian Kesihatan dan ditauliahkan akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula 15 Mac ini.

Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari kementerian, Dr. Ramli Abd Ghani berkata, selain dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada pengguna, ia juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengamal yang menipu atau premis perubatan tradisional yang melanggar undang-undang.

"Ini termasuklah dengan menyita mana-mana premis yang didapati menyalahi peraturan akta ini atau menarik lesen pengamal perubatan tradisional jika mereka didapati menipu pengguna,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Sistem Perubatan India Antarabangsa di sini hari ini.

Terdapat hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional di sini.

Dr. Ramli berkata, para pengamal yang mendaftar dengan kementerian wajib menjalani kursus di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican serta beberapa orang pakar perubatan tradisional.

"Setelah lulus dan mendapat sijil ia sekaligus dapat menjamin pengamal perubatan itu mempunyai ilmu perubatan yang disahkan dan dapat meyakinkan pengguna bagi mendapatkan khidmat mereka,” katanya.

Sebelum ini, peraturan yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah Akta Jualan Dadah, Akta Ubat (Iklan dan Jualan), Akta Perubatan dan akta-akta lain yang berkaitan. - Bernama

 

Pusat rawatan tradisional Islam USM

KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.

Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.

Justeru, katanya, kaedah perubatan Islam boleh diikhtiarkan bersama rawatan moden.

"Saya jumpa ramai pengamal perubatan Islam yang beritahu sering ditohmah dengan pelbagai sindiran daripada kalangan yang sangsi dengan rawatan bukan saintifik.

"Jadi sekarang kita ambil inisiatif mengangkat dan mengembangkannya ke institusi pengajian tinggi bagi memberi imej baru dengan kaitan aspek ilmiah," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di Dewan Utama USM Kubang Kerian di sini semalam.

Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai perubatan, kakitangan hospital dan orang awam hadir mengikuti seminar sehari itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud dan wakil Pengarah Jaheik, Mohd. Suhaimi Mohamed.

Tiga kertas kerja dibentangkan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Selangor, Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan wakil daripada Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darus Syifa') cawangan Kelantan, Zaki Ya.

Nasiron berkata, pusat rawatan tradisional itu dikendalikan pegawainya sendiri dan mempunyai empat pembantu khusus dan ia akan dikembangkan di kampus USM di sini pada masa akan datang.

Katanya, walaupun pusat rawatan di kampus Pulau Pinang itu hanya dilancarkan awal Mac ini, sudah ramai yang datang mengunjungi dan mendapat rawatan di situ tidak kira kakitangan USM sendiri atau orang luar termasuk golongan atasan.

Menurut beliau, kecanggihan dalam rawatan moden mampu merawat pelbagai penyakit kronik namun ia mempunyai keterbatasan dalam merawat penyakit berkaitan rohani.

"Penyakit yang berpunca daripada gangguan halus adalah sesuatu yang nyata berlaku dalam masyarakat dan kita tidak perlu berasa malu dan mahu menyembunyikannya.

"Rawatan yang menggunakan doa dan ayat al-Quran bukan saja bertujuan menyembuhkan daripada gangguan bahkan mempunyai objektif mentarbiah agar masyarakat kembali kepada landasan agama," katanya.

Katanya, jumlah doktor dan pakar perubatan yang ramai di sini, beliau percaya pusat serupa akan lebih cepat berkembang lebih-lebih lagi dengan adanya kluster perubatan komplimentari yang membuat kajian tentangnya.

Jelasnya, sudah ada cadangan kemasukan rawatan alternatif sebagai salah satu sukatan dalam pembelajaran jurusan perubatan cuma pelaksanaannya akan mengambil masa.

"Buat masa ini, pihak universiti akan mengambil inisiatif merakam seminar seperti hari ini contohnya dan pelajar boleh mengaksesnya sebagai sebahagian proses e-pembelajaran.

"Sebenarnya ramai pakar perubatan sudah menyedari dan yakin apabila digabungkan rawatan moden dengan rawatan Islam, proses penyembuhan pesakit sebenarnya akan menjadi lebih cepat dan mujarab kerana ayat al-Quran itu sendiri adalah penyembuh," katanya.

 

 

Pusat rawatan tradisional Islam USM

22/02/2010

KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.

Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.

Justeru, katanya, kaedah perubatan Islam boleh diikhtiarkan bersama rawatan moden.

"Saya jumpa ramai pengamal perubatan Islam yang beritahu sering ditohmah dengan pelbagai sindiran daripada kalangan yang sangsi dengan rawatan bukan saintifik.

"Jadi sekarang kita ambil inisiatif mengangkat dan mengembangkannya ke institusi pengajian tinggi bagi memberi imej baru dengan kaitan aspek ilmiah," ujarnya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di Dewan Utama USM Kubang Kerian di sini semalam.

Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai perubatan, kakitangan hospital dan orang awam hadir mengikuti seminar sehari itu.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud dan wakil Pengarah Jaheik, Mohd. Suhaimi Mohamed.

Tiga kertas kerja dibentangkan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Selangor, Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan wakil daripada Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darus Syifa') cawangan Kelantan, Zaki Ya.

Nasiron berkata, pusat rawatan tradisional itu dikendalikan pegawainya sendiri dan mempunyai empat pembantu khusus dan ia akan dikembangkan di kampus USM di sini pada masa akan datang.

Katanya, walaupun pusat rawatan di kampus Pulau Pinang itu hanya dilancarkan awal Mac ini, sudah ramai yang datang mengunjungi dan mendapat rawatan di situ tidak kira kakitangan USM sendiri atau orang luar termasuk golongan atasan.

Menurut beliau, kecanggihan dalam rawatan moden mampu merawat pelbagai penyakit kronik namun ia mempunyai keterbatasan dalam merawat penyakit berkaitan rohani.

"Penyakit yang berpunca daripada gangguan halus adalah sesuatu yang nyata berlaku dalam masyarakat dan kita tidak perlu berasa malu dan mahu menyembunyikannya.

"Rawatan yang menggunakan doa dan ayat al-Quran bukan saja bertujuan menyembuhkan daripada gangguan bahkan mempunyai objektif mentarbiah agar masyarakat kembali kepada landasan agama," katanya.

Katanya, jumlah doktor dan pakar perubatan yang ramai di sini, beliau percaya pusat serupa akan lebih cepat berkembang lebih-lebih lagi dengan adanya kluster perubatan komplimentari yang membuat kajian tentangnya.

Jelasnya, sudah ada cadangan kemasukan rawatan alternatif sebagai salah satu sukatan dalam pembelajaran jurusan perubatan cuma pelaksanaannya akan mengambil masa.

"Buat masa ini, pihak universiti akan mengambil inisiatif merakam seminar seperti hari ini contohnya dan pelajar boleh mengaksesnya sebagai sebahagian proses e-pembelajaran.

"Sebenarnya ramai pakar perubatan sudah menyedari dan yakin apabila digabungkan rawatan moden dengan rawatan Islam, proses penyembuhan pesakit sebenarnya akan menjadi lebih cepat dan mujarab kerana ayat al-Quran itu sendiri adalah penyembuh," katanya.

 

Utusan Malaysia : 16/03/2010

Keajaiban perubatan homeopati


 
Semasa merawat pesakit, Dr. azman mohamad tahir akan bercakap dengan mereka dan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh, kelakuan dan emosinya. - utusan/Roy Azis Abd. Aziz

IPOH 15 Mac - Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu 'homoios' yang bermaksud serupa dan 'pathos' (penderitaan) yang merujuk kepada tanda-tanda atau simptom.

Perubatan homeopati lebih menekankan kepada membantu menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang bukannya menyediakan bahan untuk membunuh kuman penyakit tersebut.

Kaedah itu telah lama digunakan di dalam dunia perubatan Barat dan kini semakin berkembang dan mendapat tempat di Malaysia.

Menyedari masyarakat mula menerima teknik rawatan ini sebagai perubatan alternatif, Dr. Azman Mohamad Tahir, 40, memberanikan diri menceburi secara serius dalam bidang itu.

Menurut anak jati Bagan Datoh, Perak, dia mula mempraktikkan perubatan homeopati selepas melihat kesan kaedah tersebut ke atas keluarga dan dirinya sendiri.

Malah, katanya, tanpa ragu-ragu dia telah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan terbabit di sebuah institut penyelidikan dan pendidikan homeopati di India.

Selepas mendapat diploma pada 1995, Dr. Azman mula mempraktikkan perubatan homeopati di samping perubatan sampingan lain seperti bekam, urutan tradisional, tenaga dalaman, refleksologi dan akupuntur elektronik.

"Mulanya saya hanya menjalankan rawatan kepada ahli keluarga di rumah. Tetapi apabila masyarakat kampung sering datang untuk mendapatkan bantuan, saya mengambil keputusan untuk membuka sebuah pusat rawatan alternatif.

"Niat saya adalah untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan moden, lebih-lebih lagi bagi penyakit yang tidak dapat dirawat dengan perubatan moden," kata bapa kepada empat anak ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Azman, dia mula serius dalam bidang perubatan tersebut apabila membuka sebuah klinik dan farmasi homeopati yang dinamakan Az Budi Pusat Homeopati dan Naturopati pada tahun 2000.

"Homeopati sebenarnya lebih kepada rawatan holistik iaitu memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakitnya.

"Semasa merawat pesakit, saya akan bercakap dengan mereka dan akan menilai pesakit itu dari segi bentuk tubuh, kelakuan dan emosinya sebelum memilih penawar mengikut keseluruhan simptom-simptom yang wujud.

"Tetapi tidak semestinya semua simptom yang disenaraikan bagi satu-satu penawar adalah pilihan tepat, tetapi persamaan gejala sudah memadai untuk membantu doktor membuat pilihan penawar," katanya.

Menceritakan ciri-ciri istimewa penawar homeopati ujar Dr. Azman, merawat pesakit menerusi proses perangsang tenaga hayat yang wujud semula jadi di dalam diri manusia menjadikan tubuh lebih kuat, aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit di samping mengatur sistem pengedaran darah, sistem hormon serta saraf.

Malah, ubat homeopati katanya, tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar yang menjadikan ia selamat diambil oleh semua golongan.

Selain membantu merawat pesakit, Dr. Azman turut mengeluarkan ubat homeopati dengan jenama Dr. Azman.

"Ramuan ubat-ubat ini saya buat sendiri menggunakan bahan mentah yang diimport dari Jerman, India, Pakistan dan Australia.

"Antara ubat yang mendapat permintaan tinggi ialah untuk penyakit batu dalam hempedu, batu karang dan ketumbuhan," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ubat homeopati boleh mengunjungi Az Budi Pusat Homeopati dan Naturopati yang terletak di No.29, Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, Ulu Kinta atau menghubungi talian 05-5333628.

 

Rawatan resdung cara tuju, aura
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/03/28

Foto

Teknik keluarkan lendir daripada hidung pesakit

SINUSITIS atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung di kalangan masyarakat Melayu adalah sejenis alahan yang dialami oleh hampir semua individu. Apa yang membezakannya ialah tahap serius atau tidak alahan berkenaan.

Sinus adalah rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran sangat kecil. Ia terletak pada bahagian muka iaitu di antara dua mata, pipi di bawah mata, sedikit di bahagian hidung dan dahi.

Pengamal perubatan alternatif, Mohd Bazri Che Harun, berkata sinus terbahagi empat iaitu sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

“Bagi mengenal pasti individu yang mengalami resdung, antara tandanya ialah bersin setiap kali bangun pagi tidak kurang lima kali, menghabiskan waktu lama di bilik air kerana melayan kerenah hidung, badan tidak bermaya, rasa seperti demam, sakit kepala dan berat di bahagian muka,” katanya yang mengubati pesakit menggunakan teknik mengeluarkan lendir dari hidung pesakit.

“Selain simptom di atas, pesakit juga mengalami gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelemumur, rambut gugur, gatal muka, menanah dan telinga berair,” katanya.

Perubatan yang diamalkan beliau adalah hasil gabungan dua jenis ilmu, iaitu warisan turun temurun dan ilmu moden (Masas) yang diterokai doktor dan saintis. Proses pengubatannya juga dipercayai lebih mujarab dan berkesan dilakukan pada waktu pagi atau malam.
Menurutnya, setiap pesakit yang datang akan diperiksa dan diselidik simptom awal yang dialami selama resdung mengganggu aktiviti seharian pesakit.

Beliau menggunakan serbuk resdung yang biasa digunakan qari dan qariah untuk mengeluarkan lendir mahupun membesarkan rongga. Ia akan disapu di tiga tempat utama iaitu di antara dua kening, pipi di bawah mata, hidung dan dahi. Kemudian campuran air zam-zam disembur ke wajah supaya tidak melecet ketika pengamal mula mengurut bahagian tadi perlahan-lahan menghala ke bawah.

Sekiranya pesakit punya simptom sering bersin, maka lendir ini akan mudah keluar. Ada tiga tahap lendir yang keluar iaitu putih seperti ais (normal) - bermakna boleh dirawat menggunakan ubat biasa, kekuningan (perlu makan ubat gred berbeza) dan kehijauan (menggunakan ubat-ubatan yang lebih kuat dan serius).

“Kami mengamalkan pengubatan cara aura iaitu bacaan ayat suci al-Quran, doa dan zikir tertentu yang ada kaitan dengan mata, menggunakan campuran alat moden (masas) dan bagi kes yang berat dan kritikal kami menggunakan kaedah tuju/aura (dengan cara solat hajat dan berdoa atas nama pesakit dalam tempoh masa tertentu atau tiga hingga tujuh hari berturut-turut,” katanya. Beliau ketika ini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang al-Quran dan hadis di Universiti Malaya.

Pusat perubatan yang beroperasi sejak 2003 itu juga memilih ubat daripada bahan asli, tiada campuran bahan kimia dan terjamin kesuciannya.
Antara bahan tradisional seperti campuran air Zam-Zam, air Mutiara, herba dan bebas daripada bahan pengawet dan kimia.

Kata Basri, resdung tidak mengira umur, malah boleh dialami kanak-kanak.

Sinusitis tidak berjangkit serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Kebanyakan pesakit yang berkunjung ke pusat perubatan berkenaan tidak menafikan pernah menjalani rawatan konvensional termasuk pembedahan endoskopi, perubatan tradisional lain seperti menggunakan asap dan pelbagai lagi.

Kebanyakan pesakit selesa memilih rawatan alternatif ini kerana ia tidak mendatangkan risiko kerana pengubat hanya memasukkan serbuk ke dalam hidung membuatkan pesakit bersin sebelum mengeluarkan lendir.

“Kecuali bagi pesakit yang terlalu kerap menggosok hidung, mungkin lendir yang keluar akan bercampur dengan sedikit darah akibat melecet,” katanya yang berpegang pada moto Berikhtiar, Berdoa dan Bertawakal.

Beliau berkata, pusat rawatan alternatifnya lebih menumpukan kepada kaedah rawatan dan selebihnya terserah kepada pesakit untuk menjaga kesihatan.

Perkara pantang paling utama ialah bagi kebanyakan pesakit beliau ialah mengelakkan pengambilan makanan laut seperti udang dan belacan. Bagaimanapun, setiap pesakit mempunyai alahan tersendiri iaitu sama ada pada sotong, ketam atau kerang.

Fakta perubatan menunjukkan 80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis.

Bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mahupun pernah melalui pengubatan alternatif, mereka masih berisiko untuk mendapat jangkitan semula pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan dan disiplin dalam diet masing-masing.

Info
Simptom sinusitis

 
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada maxillary sinus.
     
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
     
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian sphenoid sinus.
     
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian ethmoid sinus.
     
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka, diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
     
  • Pening kepala.
     
  • Hidung tersumbat.
     
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
     
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
     
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
     
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
     
  • Kurang deria rasa atau bau.
     
  • Kelesuan.

    Rawatan konvensional:

    Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
     

  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
     

  • Ubat selesema
     

  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
     

  • Pembedahan pilihan terakhir sekiranya sinus tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan


  •  

    CUCMS offers degree in Homeopathy

    THE Cyberjaya University College of Medical Science recently signed a Memorandum of Understanding with the Malaysian Homeopathic Medical Council, marking the new beginning of Homeopathic education.

    CUCMS president Datuk Prof Dr Abu Abdullah, signed on behalf of the university college while the Homeopathic Medical Council was represented by its adviser Dr Mohamed Mohd Noor.

    Homeopathy was introduced in Malaysia during the British era of Malaya by Indian British Army officer A.S. Rajah.

    The late Burhanudin Helmi, one of Malaysia's founding fathers of Homeopathy, was responsible for the spread of Homeopathic education and some of his students are still practising. Homeopathy is still relatively unknown as a treatment modality.

    This year marks the 200th anniversary of the birth of homeopathy and even though it was thought that with the discovery of modern drugs and many successful treatment modalities, homeopathy would die a natural death.

    As it turns out, not only did Homeopathy survive, it seems to be making a worldwide comeback. Homeopathy is currently recognised by the government of the United Kingdom, India, Pakistan, Brazil, Russia among others, and is practised in over 80 countries worldwide, including recently, Japan.

    In 1998, homeopathy was the most frequently used CAM therapy in five out of 14 surveyed countries in Europe and among the three most frequently used CAM therapies in 11 out of 14 surveyed countries.

    Three out of four Europeans know about homeopathy and of these people 29 per cent use it for their own health care. In other words, approximately 100 million Europeans use homeopathic medicines.

    CUCMS's decision to offer Bachelor of Homeopathic Medical Science (BHMS) course in the newly established Faculty of Traditional and Complementary Medicine was made due to its wide recognition.

    Faculty dean, Dr Ahmad Asmadi Yusof said homeopathy was a very widely used modality worldwide and, it is in the interest of the public to be given the best treatment possible by well qualified homeopaths. As such, CUCMS wanted to be the first in Malaysia to be offering quality homeopathic education.

    He added that the university was committed to research and development and hoped to start producing evidence to further validate homeopathic therapeutics.

    Since this is an accredited course recognised by the government, graduates would find it easy to get jobs when they qualify, even if they decide later that they did not want to practise as homeopaths.

    He added that there is a lot of scope for work in the field of research, teaching and other industries that needed a graduate well versed in the scientific method and basic medical sciences.

    Besides quality homeopathic knowledge taught by world class homeopathic teachers, the students would be well grounded in research methodology, evidence based medicine, basic clinical skills and even business management.

    The BHMS graduates would be well equipped in terms of life skills, including the ability to treat sick people, he added with enthusiasm. To learn more BHMS programme, call 03-8313 7000 or visit www.cybermed.edu.my

     

    Utusan Malaysia : 14/05/2010

    FBIC perkenal konsep francais


     
    Dr. Farminah Hasan bersama sebahagian produk yang dihasilkan syarikatnya.

    HAMPIR sedekad berada di pasaran mendekati keperluan pelajar bermasalah seperti mengantuk dalam kelas, lemah daya ingatan dan tidak ada semangat untuk belajar, Farmina Bioplus kini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama produk kesihatan dan kecergasan berasaskan rumusan homeopati dan herba di negara ini.

    Membawa misi sama ketika mula-mula memperkenalkan produk seperti Bio IQ, Bio Sasmat dan Bio Haz yang diakui cukup popular di kalangan pelajar, ia kini semakin dekat pula di hati wanita dan lelaki dewasa.

    Selain minyak aroma terapi, turut mendapat tempat krim sirih, krim muka calendula, minyak urut Lam 100 serta minuman Mocca 4 U yang mengandungi ekstrak habatussauda dan madu yang mampu mencergaskan badan serta memudahkan penghadaman.

    Pengasas Farmina Bioplus Industries & Consultant Sdn. Bhd., Dr. (H) Farminah Hasan berkata, sebagai menyahut keperluan semua golongan, pihaknya bukan sahaja cuba mempelbagaikan pilihan produk dan golongan sasaran, tetapi turut memperluaskan rangkaian perniagaannya dari masa ke semasa.

    Untuk tahun 2010 ini, syarikat yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor itu melangkah setapak lagi apabila menjadi syarikat pertama Bumiputera yang terbabit dalam bidang rawatan tradisional dan pelengkap (T/CM) berasaskan homeopati dan herba mengembangkan perniagaan melalui konsep francais.

    Menerangkan lebih lanjut katanya, sistem yang diperkenalkan oleh FBIC adalah dalam bentuk separuh rawatan perkhidmatan dan separuh penjualan produk yang menawarkan pelbagai insentif.

    "FBIC berhasrat melahirkan sekurang-kurangnya lima usahawan Bumiputera dalam bidang tersebut pada tahun ini.

    "Setakat ini kami telah mempunyai satu cawangan berunsur perniagaan francais di Bangi," katanya ketika ditemui pada majlis penerimaan lesen francais daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.

    Melalui konsep francais ini, menurut Farminah, beliau mahu berkongsi peluang perniagaan kepada individu yang berminat khususnya golongan Bumiputera.

    Menurutnya, setakat ini syarikat telah melantik seorang francaisi di Bangi, Selangor dan masih ada sekurang-kurangnya empat lagi usahawan baru bakal dilantik sehingga hujung tahun ini.

    "Pihak kami mempelawa lebih ramai usahawan berkelayakan membabitkan diri dalam aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi cerah serta semakin mendapati permintaan.

    "Malah kami mengalu-alukan kepada individu yang berminat membabitkan diri dalam bidang ini," jelasnya yang mendapat sokongan suami tersayang, Dr. (H) Nasir Berau, 57.

    Sehingga kini FBIC mempunyai 20 pengedar dan 10 stokis di seluruh negeri dan bakal membuka pejabat baru di Terengganu.

    Bagi yang berminat untuk menjadi usahawan FBIC boleh menghubungi talian 019 7765570.

     

    Utusan Malaysia : 19/05/2010

    Seminar kesihatan beri manfaat

    KUALA TERENGGANU 18 Mei - Pusat Kajian Klinikal & Kualiti Hidup, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah menganjurkan satu seminar bertajuk Seminar Penjagaan Kesihatan Holistik 2010 baru-baru ini.

    Seminar itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Abdul Manaf Ali yang mewakili Naib Canselor UDM, Profesor Datuk Dr. Alias Daud.

    Unit Perhubungan Awam UDM memberitahu, program itu mengandungi tiga siri ceramah dan perbincangan yang melibatkan penceramah-penceramah jemputan daripada Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan dan juga seorang pakar psikologi kesihatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Tujuan seminar adalah untuk mendedahkan kepada warga UDM tentang penjagaan kesihatan holistik sebagai pengembangan perspektif daripada perubatan konvensional dan juga memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan holistik dalam dunia perubatan dan kesihatan masyarakat sejagat.

    Sesi dimulakan dengan ceramah bertajuk Enhancing Wellness Through Holistic Medicine yang telah disampaikan oleh Dr. Ramli Abd Ghani selaku Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KKM.

    Ceramah kedua yang bertajuk Quality of Life in Healthcare pula telah disampaikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan iaitu Dr. Azman Abu Bakar.

    Seminar itu berakhir dengan ceramah bertajuk Health Psychology in Holistic Healthcare yang telah disampaikan oleh Profesor Madya Hajah Normah Che Din yang merupakan Ketua Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, UKM.

    Hampir 100 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar UDM menghadiri seminar

     

    Utusan Malaysia    29/05/2010 

    Awas amal perubatan tradisional

    KUALA LUMPUR 28 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mendapatkan rawatan daripada dukun atau pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar kerana ini boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk atau mungkin mengakibatkan maut.

    "Jika mereka memerlukan rawatan alternatif, mereka boleh ke hospital tertentu kerajaan yang menyediakan perubatan tradisional," kata Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&C) Kementerian, Dr. Ramli Abdul Ghani.

    Beliau memberitahu, pada masa ini enam hospital - di Kepala Batas, Putrajaya, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching menyediakan rawatan sedemikian.

    Dua lagi hospital - di Port Dickson dan Alor Star akan mula menyediakan perkhidmatan seumpama itu lewat tahun ini.

    Antara khidmat disediakan ialah akupunktur, urut tradisional Melayu dan ubatan herba.

    Dr. Ramli mengulas laporan mengenai seorang wanita ditipu oleh seorang dukun yang mendakwa telah mengubati kanser hatinya.

    Bagaimanapun, imbasan CT kemudian menunjukkan bahawa kanser itu telah mencapai tahap empat dan penyakit itu telah merebak ke bahagian lain badannya.

    Sementara itu, seorang pengamal perubatan komplementari terkenal, Dr. V.M.

    Palaniappan berkata, Malaysia antara segelintir negara di dunia yang menyokong kuat amalan perubatan komplementari.

    Beliau berkata, orang ramai tidak harus bimbang jika 'sekali sekala' pengamal perubatan palsu dibongkar.

    Keadaan seperti ini biasanya wujud dalam semua profesion. Dr Palaniappan, bekas Profesor Madya University Malaya, mencadangkan kementerian berkenaan menyusun direktori semua pengamal perubatan tradisional bagi memudahkan orang ramai membuat rujukan dan menyekat pengamal perubatan palsu. - BERNAMA

     

     

    The Star Online Tuesday July 13, 2010 MYT 3:16:00 PM

    Ministry develops standards for homeopathy studies

     

    KUALA LUMPUR: The Health Ministry has developed a standard for homeopathic medical studies to serve as a guideline to ensure its practice is safe and effective, the Dewan Rakyat was told Tuesday.

    The standard was developed by the ministry in collaboration with public institutions of higher learning, the Malaysian Qualifications Agency and the Malaysian Homeopathic Medical Council, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said.

    "The ministry's resolve in enhancing the quality of homeopathic medical studies has been proven when the Cyberjaya University College of Medical Sciences started to offer a degree in homeopathy in 2009," he said in reply to Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

    Kamarul Baharin wanted to know the steps taken to promote homeopathy as well as the provision of research facilities and guidelines.

    Liow said that the ministry had not provided any special allocation to homeopathy practitioners to carry out research.

    Those interested to do research can download the application form from www.nih.gov.my, he said.

    Liow also said that homeopathic medicine should be registered under the Control of Drugs and Cosmetic Regulations 1984 and that to date, 94 homeopathic products had been registered with the Drug Control Authority.

    The procedure to register homeopathic products was similar to that of other traditional products because the guideline for the registration of homeopathic medicine was still being formulated, he added.

    Liow also said that the Traditional and Complementary Medicines Bill would be table in the Dewan Rakyat in the near future to facilitate the registration process. - Bernama

     

     

    CUCMS offers degree in Homeopathy

    New Straits Times, Apr 18, 2010

    THE Cyberjaya University College of Medical Science recently signed a Memorandum of Understanding with the Malaysian Homeopathic Medical Council, marking the new beginning of Homeopathic education.

    CUCMS president Datuk Prof Dr Abu Abdullah, signed on behalf of the university college while the Homeopathic Medical Council was represented by its adviser Dr Mohamed Mohd Noor.

    Homeopathy was introduced in Malaysia during the British era of Malaya by Indian British Army officer A.S. Rajah.

    The late Burhanudin Helmi, one of Malaysia's founding fathers of Homeopathy, was responsible for the spread of Homeopathic education and some of his students are still practising. Homeopathy is still relatively unknown as a treatment modality.

    This year marks the 200th anniversary of the birth of homeopathy and even though it was thought that with the discovery of modern drugs and many successful treatment modalities, homeopathy would die a natural death.

    As it turns out, not only did Homeopathy survive, it seems to be making a worldwide comeback. Homeopathy is currently recognised by the government of the United Kingdom, India, Pakistan, Brazil, Russia among others, and is practised in over 80 countries worldwide, including recently, Japan.

    In 1998, homeopathy was the most frequently used CAM therapy in five out of 14 surveyed countries in Europe and among the three most frequently used CAM therapies in 11 out of 14 surveyed countries.

    Three out of four Europeans know about homeopathy and of these people 29 per cent use it for their own health care. In other words, approximately 100 million Europeans use homeopathic medicines.

     

    NST.COM.MY / 2010/07/26

    Mind & spirit: Helping the body heal itself
     

     

    Raja Johanna says a naturopath will consider your overall health
     
    Raja Johanna says a naturopath will consider your overall health

    MOST of us have been exposed to some form of natural healing remedy, be it a herbal tea, a nutritional supplement, a massage or a change in diet to bring ourselves back into balance.

    Since civilisation begun, every culture has been known to harness the healing powers in plants.

    The Father of Medicine in ancient Greece, Hippocrates, is considered to be the first advocate of naturopathy as the Hippocratic school treated disease with diet, fasting, herbs, hydrotherapy, exercise and spinal manipulation, prescribed on the basis vis medicatrix naturae (only nature heals) which is the central theme of the naturopathic philosophy. Naturopathy is a form of natural medicine based on the understanding that the body has the innate capacity to heal itself.


    Naturopaths strive to uncover the cause of the disease by understanding the client as a whole system comprising the mind, body and spirit.
     

    They attempt to restore the client’s health in a holistic manner that is both gentle and efficient by stimulating the body’s own healing powers. Naturopaths use a variety of natural therapies and techniques that can include herbal medicine, nutrition, vitamins and minerals, diet and lifestyle recommendations, massage, flower essences and homeopathy.

    Naturopathy is really a philosophy of life, not a set of fixed procedures to follow by.


    Therefore, different naturopaths use various therapeutic tools based on the basic principles of naturopathy to suit the client’s needs.

    The emphasis is on prevention of disease through stress reduction, healthy lifestyle and diet. Naturopathic practice is based on the six core principles that highlight the importance of empowering people to take charge of their health by education and by promoting self-responsibility.

    People are encouraged to make conscious, informed choices together with health practitioners instead of just following everything the physician suggest.


    Naturopaths aim to treat people, not the disease and to remove the source of the disease, not merely its symptoms.

    In Malaysia, many people are unfamiliar with the term naturopathy.

    When she tells people that she is a naturopath, a very common question that naturopath Raja Johanna Arshad gets is “Do you have a spa in your clinic?” Raja Johanna is an accredited naturopath with a degree from the University of New England in Australia.

    “Naturopathy can treat most diseases from the common cold and fever to women’s hormonal imbalances and diabetes.

    In many countries, there is an increasing collaborative effort between naturopaths and medical doctors to treat patients where both parties are aware of the treatment given to the patient.

    Naturopathy is seen as a complement to allopathic medicine instead of being viewed as an alternative method.

    For a person undergoing chemotherapy, a naturopath can give specific suggestions to strengthen the immune system and decrease the side effects of the treatment,’ she adds. During a consultation, the naturopath will ask a list of questions about your medical history, diet, lifestyle and relationships with people around you to understand the condition of your overall health (physical, mental and emotional) and prescribe the appropriate treatment.

    First time consultations usually take an hour and if necessary, follow-up visits will take about 30 minutes. Raja Johanna says she takes into consideration the budget of her clients when prescribing a treatment plan.

    For budget-conscious clients, she would recommend simple dietary and lifestyle changes instead of the more pricey nutritional or herbal supplements.

    She finds it important to discuss treatment options as the healing process is one taken together by both the therapist and client.

    She will be giving a free talk titled “Hormones, Happiness and Health” on Friday at The Violet Flame, at 7.30pm. Raja Johanna discovered the wonders of detox and natural health remedies by coincidence during an Anthony Robbins seminar.

    Her curiosity piqued when she realised how healthy and light she felt after undergoing a detox programme, one of the challenges undertaken by the participants at the seminar.

    She tried many different natural health practitioners, both in Malaysia and abroad to check out what it can do for her before deciding to pursue her degree in naturopathy in Australia. She is available for consultations at Natural Harmony in Damansara Heights, Kuala Lumpur.

    Go to visit www.naturalhealthpractice.com.my for details.

    • The writer is co-founder of The Violet Flame Holistic Shop and Therapy Centre, Bangsar.

    Read more: Mind & spirit: Helping the body heal itself http://www.nst.com.my/nst/articles/Mind_spirit_Helpingthebodyhealitself/Article/#ixzz1HF5XvIK3

     

     

    Utusan Malaysia : 02/06/2010

    Instedt pilihan sambung pelajaran

    DUNIA dirasakan seolah-olah kiamat apabila mendapati keputusan slip peperiksaan tidak memungkinkan dirinya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    Perasaan sedemikian adalah normal bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapati keputusan peperiksaan kurang memuaskan yang meleburkan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

    Tetapi tahukah anda impian murni itu sebenarnya masih boleh direalisasikan. Malah anda masih boleh menjejakkan kaki ke universiti.

    Cuma syaratnya kali ini, anda tidak boleh menoleh ke belakang!

    Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) yang ditubuhkan pada tahun 1996 di Bandar Penawar, Johor adalah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) tunggal yang bertanggungjawab merealisasikan impian murni mereka yang mahu membuktikan keputusan SPM yang kurang memuaskan bukan penghalang melanjutkan pelajaran.

    Malah kelak mereka mampu beroleh ijazah sarjana muda, sarjana malah sehingga ke peringkat doktor falsafah.

    Ini bukan soal menjual 'jaminan' tetapi sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Instedt, Prof. Madya Dr. Mat Jizat Abdol, bahawa di Instedt pelajar adalah segala-galanya.

    Pelajar sentiasa didahulukan yang tidak sahaja mengubati kekecewaan, menaikkan semula tahap kendiri, membakar semangat tetapi juga menyediakan para pelajar supaya mempunyai daya saing yang tinggi termasuk juga apabila memasuki pasaran kerja kelak.

    Mungkin apa yang ditekankan oleh Dr. Mat Jizat ini tidak ada bezanya sebagaimana yang ditawarkan oleh kebanyakan IPTS lain.

    Namun ada kelainannya apabila di Instedt. IPTS ini adalah pilihan terbaik untuk apa juga aspek, sama ada daripada program-program pengajian, orientasi pembelajaran dan pengajaran, kemudahan kampus dan kolej kediaman.

    Jika ditawarkan di Instedt, sejurus menjejakkan kaki di situ maka anda tahu pilihan anda adalah tepat.

    Ia menjanjikan suasana pembelajaran yang sangat kondusif kepada para pelajarnya apabila suasana kampusnya tidak sahaja jauh daripada hiruk pikuk kota, menjanjikan ketenangan untuk belajar kerana Instedt bersifat 'kampus hijau'.

    Kedudukannya berhampiran pusat peranginan terkenal iaitu Desaru juga adalah bonus kepada warga atau penghuni IPTS itu.

    Suasana penuh kehijauan dan dikekalkan pelbagai unsur alam semula jadi menjadikan ia satu-satunya IPTS di negara ini yang berlatarkan suasana kampus yang sebenar.

    Menurut Dr. Mat Jizat, Instedt amat menghargai impian murni pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun keputusan yang tidak memuaskan di peringkat SPM atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

    "Namun mereka masih boleh mencipta kejayaan yang cemerlang di sini. Kejayaan yang bakal diiktiraf oleh pelbagai pihak sama ada pasaran kerja sehinggalah melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA terkemuka tempatan dan luar negara," katanya.

    Suasana dan pendekatan pembelajaran yang secara holistik menjadi penekanan di Instedt. Struktur penilaiannya berteraskan kerja-kerja kursus (minimum 50 peratus) dan peperiksaan akhir tidak lebih 50 peratus.

    Kecuali pada program-program kursus dengan kerjasama UiTM, memerlukan pelajar memenuhi penilaian iaitu 70 peratus untuk tugasan, kuiz dan penilaian berterusan dan 30 peratus lagi merupakan peperiksaan akhir.

    "Ini bukan satu jaminan yang pasti tetapi para pelajar Instedt tidak akan gagal malah diberi peluang sepenuhnya untuk mencapai sehingga ke tahap Sijil Dekan setiap semester.

    "Ini apabila setiap pelajar akan mendapat perhatian pensyarah secara agak khusus iaitu dengan nisbah satu pensyarah bagi setiap 20 pelajar," kata Dr. Mat Jizat.

    Dr. Mat Jizat bukan nama baru dalam dunia pendidikan negara. Berkecimpung hampir 45 tahun dalam dunia itu memberi bayangan betapa besarnya sumbangan beliau selama ini dalam melahirkan ramai anak murid dan pelajar dalam pelbagai bidang.

    Justeru segala pengalaman itu kini dicurahkan dan dikongsi bersama apabila menerajui Instedt.

    Dr. Mat Jizat berkata, pelajar yang mengikuti Diploma in Nursing misalnya telah didedahkan dengan pengalaman yang menarik apabila mereka sama-sama terlibat dalam 'Program Bersamamu' anjuran TV3.

    Mereka juga didedahkan dengan mengikuti program khidmat masyarakat yang melibatkan klinik-klinik kerajaan di kampung-kampung dan menimba pengalaman di hospital-hospital daerah serta hospital yang dilengkapi pelbagai peralatan rawatan dan kesihatan yang berteknologi tinggi.

    "Malah mereka juga turut didedahkan kepada pelbagai kaedah rawatan termasuk homeopati dan sebagainya," kata Dr. Mat Jizat.

    Instedt yang kini dalam usaha mencapai taraf Universiti Kolej adalah terbuka kepada pengambilan pelajar dari seluruh negara.

    "Lebih banyak pembangunan fizikal akan dibina bagi menjadikan Instedt lengkap dengan segala macam keperluan prasarana para pelajar dan pensyarah kampus yang pada akhirnya menyaksikan ia menjadi kampus pilihan utama sebelah selatan," jelasnya.

    Sejajar dengan keperluan semasa dan pelbagai prospek cerah di masa hadapan, Instedt memilih beberapa program kerjasama di peringkat diploma yang cukup popular, yang ditawarkan oleh UiTM antaranya:

    lDiploma Seni Lukis dan Seni Reka (Senireka Grafik dan Media Digital)

    lDiploma Seni Lukis dan Seni Reka (Senireka Fesyen)

    lDiploma Komunikasi dan Media

    lDiploma Pengurusan Pelancongan

    lSijil Pentadbiran Pejabat.

    Namun program-program yang sedia ada, iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat-UiTM, Diploma Pengajian Sukan-UiTM, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Teknologi Maklumat mempunyai daya tarikan tersendiri.

    Instedt mengalu-alukan semua lepasan SPM dan STPM melanjutkan pelajaran di IPTS itu yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembiayaan pengajian dengan yuran pendaftaran yang sangat berpatutan.

    "Soal keuntungan kewangan bukan matlamat utama Instedt kerana kami juga mempunyai pelbagai tanggungjawab dalam meningkatkan mutu pendidikan di peringkat tertinggi walaupun atas nama swasta.

    "Ini kerana pengalaman luas dalam pendidikan di samping pengiktirafan pelbagai pihak terutamanya daripada pihak kerajaan menjadikan Instedt rakan kongsi terbaik negara dalam pendidikan," kata Dr. Mat Jizat.

    Maklumat lanjut sila layari laman web Instedt di alamat http://www.instedt.edu.my atau menghubungi talian 07-8222008.

     

    Utusan Malaysia : 20/07/2010

    Waspada tabib dari China

     

    KUANTAN 19 Julai - Orang ramai di daerah ini dinasihati berwaspada dengan tabib dari China yang datang ke negara ini untuk memberi khidmat rawatan perubatan.

    Ini kerana kebanyakan mereka mengenakan caj yang terlalu tinggi berbanding pengamal perubatan tempatan sehingga ada yang mencecah puluhan ribu ringgit untuk sekali rawatan terutama penyakit kronik seperti kanser.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, banyak aduan diterima daripada Persatuan Tabib dan Pengamal Perubatan Cina dan orang perseorangan yang berasa tertipu dengan kos rawatan tersebut.

    Menurutnya, setakat ini pihaknya menerima dua kes membabitkan dua tabib dari China berusia 40-an yang memberikan khidmat rawatan kepada orang ramai.

    ''Salah seorang tabib tersebut telah ditahan pada 7 Julai lalu kerana didapati tidak mempunyai dokumen sah dan tiada sijil kelayakan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

    Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Persatuan Tabib dan Pengamal Perubatan Cina Kuantan, Vu Kong Ming.

    Kata Hong Seong, mereka yang menjalani rawatan itu pada mulanya mempercayai caj tersebut kerana yakin dengan ubat-ubatan yang digunakan adalah terbaik dan hanya terdapat dari negara berkenaan.

    ''Pengamal perubatan itu sebenarnya tidak menipu mereka kerana bayaran yang dikenakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak namun pesakit terbabit akhirnya menyedari bahawa kos rawatan tersebut tidak munasabah untuk merawat penyakit mereka," katanya.

    Sementara itu, Kong Ming berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan disaran merujuk terlebih dahulu Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan.

    Katanya, bagi daerah ini, sebanyak 34 tabib telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

     

    Pusat rawatan tradisional Islam USM

     

     

    Sijil amalan untuk 'doktor' tradisional
    Oleh Lum Chee Hong
    lumch@bharian.com.my
    2010/12/05

    Boleh beri khidmat jika diiktiraf badan dilantik

    KUALA LUMPUR: Pengamal perubatan tradisional yang mempunyai kepakaran dan sijil amalan serta diberi pengiktirafan oleh sesuatu badan boleh menawarkan perkhidmatan perubatan mereka, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

    Liow berkata, draf Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari yang kini masih dikaji Peguam Negara akan memberi kuasa kepada Kementerian Kesihatan dari segi perundangan untuk memastikan amalan perubatan tradisional dan komplementari adalah berkualiti dan selamat.

    Sehubungan itu, katanya, mereka yang tidak mempunyai pengiktirafan daripada sesuatu badan, tidak akan dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan itu.

    “Contohnya, perubatan Islam mempunyai satu badan untuk menilai sama ada mereka berkelayakan atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Perubatan Tradisional Cina serta Perawatan Kecacatan Anggota Tubuh di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di sini, semalam.

    Katanya, semua pengamal perubatan berkenaan dikehendaki berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementeri apabila Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari dikuatkuasakan nanti.

    Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Jaafar Lassa, Rektor IMU, Dr Mei Ling Young serta Timbalan Dekan Eksekutif, Fakulti Perubatan dan Kesihatan IMU, Prof Peter Pook.
    Sementara itu, Liow berkata, enam hospital kerajaan mempunyai Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari iaitu di Kepala Batas, Putrajaya, Pandan, Kuala Terengganu, Sandakan dan Kuching pada masa ini.

    “Dua unit lagi dijangka siap ditubuhkan di Port Dickson dan Alor Setar menjelang akhir tahun ini, manakala akan diperluaskan ke hospital lain di Cameron Highlands, Kota Bharu serta Hospital Rehabilitasi Cheras,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hanya enam Institusi Pengajian Tinggi Swasta menawarkan Program Perubatan Tradisional dan Komplementari di negara ini.

    “Antara IPTS terbabit adalah College of Complementary Medicine (Melaka), INTI International Universiti College (Nilai), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Cyberjaya dan Management and Science University (MSU), Shah Alam, IMU serta Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),” katanya

     

     

    Majlis perubatan tradisional akan ditubuhkan

    13/12/2010 3:09pm  Utusan Malaysia

    KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kementerian Kesihatan akan mewujudkan Majlis Perubatan Tradisonal bagi mengawal pertumbuhan serta aktiviti pengamal perubatan tradisional dan komplimentari.

    Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Majlis itu akan berperanaan sebagaimana Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Majlis Pergigian Malaysia (MDC), yang mengawal para doktor serta doktor gigi dalam negara.

    Beliau berkata, selain penubuhan badan itu, pengiktirafan terhadap pengamal perubatan tradisonal oleh kementerian hanya diberi kepada mereka yang mempunyai asas serta diiktiraf oleh persatuan perubatan tradisional masing-masing.

    "Itu caranya kementerian beri pengiktirafan. Untuk itu, kementerian akan ada satu majlis seperti MMC yang mengawal doktor-doktor dan MDC yang mengawal semua doktor gigi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

    Abdul Ghapur dalam soalannya ingin tahu kaedah yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap ubatan rawatan tersebut, memberi pengiktirafan dan bagaimana untuk mentafsir jenis rawatan. - Bernama

    Kerajaan akan wujud Majlis Perubatan Tradisional

    Utusan Malaysia:

    KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kerajaan akan mewujudkan Majlis Perubatan Tradisonal (MPT) yang bertanggungjawab memastikan hanya pengamal perubatan tradisional dan komplimentari yang benar-benar sahih beroperasi di negara ini.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MPT yang turut berperanan memastikan pengamal perubatan berkenaan memberikan perkhidmatan secara profesional akan berfungsi sama seperti Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Majlis Pergigian Malaysia (MDC).

    "Selain penubuhan MPT, kementerian juga akan memastikan pengiktirafan terhadap pengamal perubatan tradisonal dan komplimentari hanya diberi kepada mereka yang berkepakaran serta disahkan oleh persatuan yang mewakili bidang masing-masing," katanya.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang ingin tahu kaedah yang akan diguna oleh kementerian bagi memastikan hanya pengamal perubatan tradisional dan komplimentari yang sah dibenarkan menjalankan aktiviti mereka pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, antara persatuan yang dijadikan rujukan oleh kementerian bagi menentukan kesahihan pengamal perubatan terbabit adalah Persatuan Perubatan Tradisonal Islam, Persatuan Perubatan Melayu Tradisional (Urut), Persatuan Akupunktur dan Persatuan Ayurveda.

    "Kerjasama dengan persatuan ini adalah penting kerana mereka hanya akan mengiktiraf pengamal-pengamal perubatan tradisonal dan komplimentari yang benar-benar pakar," katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan sedang menggubal Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang akan mewajibkan semua pengamal perubatan berkenaan mendaftar dengan kementerian sebelum dibenar mengubati pesakit.

    Tambah beliau, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Imigresen bagi memastikan pengamal perubatan tradisional dan komplimentari asing yang tiada kepakaran tidak menjalankan kegiatan mereka di negara ini.

    "Antara syarat yang telah ditetapkan adalah mereka yang memohon visa untuk bekerja di Malaysia perlu mendapatkan surat sokongan dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari (BPTK) kementerian terlebih dahulu.

    "BPTK akan menilai kesahihan kelayakan pengamal perubatan ini dan pengalaman mereka sebelum menyokong sebarang permohonan visa," ujarnya.

     

     

    Peranan perubatan tradisional

    29/12/2010

     

    ORANG selalu berkata, kalau tidak ada yang lama tentunya tidak ada yang baru. Begitu juga halnya dalam bidang perubatan.

    Sebelum perubatan moden wujud, masyarakat dulu bergantung kepada kaedah tradisional untuk merawat penyakit.

    Malah setiap bangsa di dunia memiliki kaedah perubatan tradisional mereka sendiri yang menjadi amalan turun-temurun.

    Dan dalam era orang akan ke hospital apabila sakit, sesetengah kaedah perubatan tradisional tidak dilupakan begitu saja bahkan menjadi alternatif dalam penjagaan kesihatan.

    Pergilah ke mana-mana pelosok dunia pun, pasti ada amalan perubatan tradisi yang masih di guna pakai termasuk di negara Barat.

    Malah amalan tersebut terutama di negara ini diwariskan dari satu generasi ke generasi lain supaya ia tidak lenyap di telan zaman. Hari ini ia juga merupakan rawatan sokongan kepada perubatan moden yang diberikan di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.

    Hadirnya pusat-pusat rawatan tradisional seperti bekam, pusat urutan Melayu, pusat akupuntur dan sebagainya jelas menunjukkan rawatan tersebut masih lagi dicari masyarakat sebagai rawatan alternatif di samping rawatan moden.

    Malah pengusaha-pengusaha pusat rawatan tradisional yang ditemui baru-baru ini memberitahu bahawa rawatan tradisional dan moden boleh berjalan seiring dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi pesakit.

    Menurut Pengusaha Rumah Sihat Bekamtherapy, Mohammad Yunus Sahari, berbekam yang telah diamalkan sejak zaman Nabi lagi merupakan satu rawatan tradisional membuang darah kotor dan ia merupakan rawatan yang popular.

    "Jika dilihat daripada sejarah dahulu, berbekam merupakan satu rawatan tradisional yang cukup popular untuk mengosongkan saluran-saluran darah yang sempit.

    "Nabi juga pernah bersabda bahawa berbekam pada titik jauzatil qamahduwah dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit.

    "Walaupun rawatan ini adalah yang terbaik tetapi ia tidak menolak rawatan moden malah ia saling melengkapi antara satu sama lain," ujarnya ketika ditemui di Gombak, baru-baru ini.

    Tambah beliau, berbekam terbahagi kepada dua jenis iaitu bekam darah dan bekam angin juga berperanan mengurangkan penderitaan sakit dan sebagai langkah awal pencegahan.

    Tidak dapat dinafikan, bagi sesiapa yang menjalani rawatan bekam, ia sememangnya satu rawatan yang baik untuk tubuh badan.

    Bagi pengamal urutan Melayu tradisional, Roslan Hamzah pula, dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, rawatan tradisional dan moden perlu seiring untuk mendapat keputusan yang memuaskan.

    "Jika rawatan moden, pendekatan yang digunakan mungkin kaedah pembedahan atau memberikan pesakit ubat-ubatan dan bila ia digabung bersama urutan, mungkin tindak balas untuk sembuh ataupun mengurangkan sakit dapat dipercepatkan.

    "Lagipun, dengan rawatan urutan yang diberikan hari ini, ia bukanlah semata-mata urutan malah ia turut digabungkan dengan psikologi di mana ia bertujuan untuk memulihkan kembali semangat pesakit-pesakit yang sudah luntur.

    "Tetapi perlu diingatkan, walaupun hanya urutan, saya masih lagi memerlukan rujukan doktor supaya sesuatu penyakit itu tidak menjadi lebih teruk," katanya.

    Ulas beliau, antara jenis penyakit yang paling sesuai untuk mendapatkan rawatan urut ialah strok yang sederhana, sakit pinggang dan juga sakit dada.

    Beliau yang mempunyai ijazah di dalam bidang Sains Sukan turut bersetuju bahawa rawatan tradisional merupakan rawatan alternatif kepada rawatan moden.

    Jika diteliti dengan baik, hasil gabungan teknik rawatan tradisional dan moden diakui memberi keputusan rawatan yang lebih baik.

    Ini kerana, memang tujuan orang yang bertemu doktor dan individu yang melakukan rawatan tradisional itu adalah sama iaitu untuk sembuh daripada sakit yang sedang dideritainya.

    Satu lagi rawatan tradisional yang masih lagi diamalkan dan popular ialah akupuntur.

    Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, ia turut mengalami perubahan di mana satu inovasi teknologi akupuntur telah direka iaitu sebuah alat berbentuk seperti pen yang mempunyai fungsi yang sama dengan cara tradisional (jarum).

    Pakar rawatan akupuntur dari Korea, Dr. Muhammad Kim menjelaskan, inovasi rawatan akupuntur laser dari Korea ini dijangka dapat mengatasi masalah individu yang gerun pada jarum akupuntur.

    "Penggunaan alat akupuntur laser ini hanya melibatkan luaran kulit membuatkan kebersihannya lebih terjamin.

    "Selain membantu mengembalikan tahap kesihatan, akupuntur juga dipercayai mampu melegakan kesakitan.

    "Hari ini, pena laser ini mampu memberi kesan seperti kaedah klasik akupuntur tanpa rasa sakit hanya dengan tekanan pada satu butang," katanya ketika ditemui di pusat rawatannya baru-baru ini.

    Beliau menerangkan, akupuntur laser berfungsi dengan cara merangsang poin-poin akupuntur. Beliau turut menyatakan bahawa rawatan tradisional tersebut merupakan satu rawatan alternatif dan ia perlu seiring dengan rawatan moden.

     

     

     

     

     

      @ HBI Health & Homoeopathy Centre 2011