Laman Berita

 

 

 

UMOnline/Discoveries/26/03/2003 - size 1520 bytes

Come to Perlis Herbal Park, Shahidan tells homeopaths

KANGAR March 25 - Practitioners of alternative medicine or homeopathy have been invited to make full use of the medicinal plants available at the Perlis Herbal Park in Bukit Ayer near here.

In extending the invitation, Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim said most of the herbs cultivated in the park had matured and were ready for use by the homeopaths.

The herbal park could be considered as a treasure trove of medicinal plants as some of it could not be found elsewhere, he told Bernama at his office here Tuesday.

The 12-hectare park, developed by the Perlis Forestry Department in 1998 and located along the Bintang Range, is the only herbal park in Perlis.

It has more than 600 species of herbal and medicinal plants.

Among the herbs available are the tongkat ali, kacip fatimah, selasih, pandan wangi, misai kucing and dukung anak.

Shahidan said practitioners of alternative medicines could apply for entrepreneural loans from the Yayasan Tekun Nasional (Tekun) to carry out their activities.

Earlier Shahidan handed over a total RM12,000 Tekun loans to three petty traders. Bernama.

 

 

UMOnline/Discoveries/01/04/2003 - size 2238 bytes

 Homeopathy useless for treating childhood asthma

 PARIS March 31 - Homeopathic treatment has no effect on childhood asthma, a disease that is attaining near-epidemic proportions in the developed world, according to a study published on Tuesday in the specialist British journal Thorax.

Doctors in soutwestern England enrolled 93 children aged five to 15 years who used inhalers and other conventional medication to ease their asthma, which was rated mild to moderate.

In addition to this treatment, the volunteers saw a trained homeopath, who saw each child at last six times during the next year.

The children were given either homeopathic remedies or a harmless lookalike; neither the children nor the homeopaths knew who would receive which remedy.

After 12 months, the children and their parents filled in a questionnaire about their quality of life, asking for instance about frequency of symptoms and days off school as well as more technical data such as adverse reactions and airflow from the lungs.

Overall, ``there were no clinically relevant or statistically significant changes'' in quality of life, regardless of whether the child had received real homeopathic medicine or the fake one, the doctors found.

Incidence of childhood asthma has skyrocketed in industrialised countries in recent years.

In Japan, a survey by the education ministry in December found that the number of children aged from four to 15 diagnosed with asthma had roughly doubled in the previous decade.

The reasons for the rise are unclear. Exposure to airborne pollution, pollen, mould and stress, which trigger an allergic response, are the leading suspects.

In Britain, 15 percent of asthmatic children use homeopathic remedies, according to the Thorax study, which was conducted by the Peninsula Medical School at the University of Exeter, southwestern England. - AFP

 

Homeopati dekati masyarakat By Hartini Mohd Nawi

HM/12/04/2003 (491 wds)


PERUBATAN alternatif adalah satu daripada sistem perubatan yang semakin popular selain perubatan moden. Ada kalanya sistem perubatan alternatif serasi dengan pesakit dewasa atau kanak-kanak yang menghadapi masalah kesihatan. Perubatan homeopati diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Jerman pada 1810 berpandukan perinsip penyembuhan `semula jadi' atau dengan merangsang antibodi untuk melawan penyakit.

 

Pengiktirafan penting bagi pengamal

HM/14/04/2003 (249 wds)


SERAMAI 150 ahli Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (Putramas) sudah mendaftar dengan Kementerian Kesihatan setakat ini manakala 150 lagi dijangka berbuat demikian dalam tahun ini. Presiden Putramas, Hamzah Abu Alhaj, berkata setakat ini kerajaan mengambil langkah positif bagi membangunkan teknik perubatan tradisional di negara ini.

 

 

UM/Rencana/18/04/2003 - size 4919 bytes

 Dunia diancam dua sindrom 18/04/2003 6:50 p.m.

Malang bagi dunia kini kerana dengan tiba-tiba saja dilanda oleh dua sindrom sekali gus. Sindrom yang dimaksudkan itu ialah Sindrom Pernafasan Akut (SARS) dan sindrom keganasan minda Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush. Kedua-dua sindrom ini begitu kuat dan sengit merebak serta membunuh mangsa.

Dalam kes sindrom SARS, simptom yang jelas dan utama diperhatikan ialah demam panas yang kuat (melebihi 380C atau 1000F), sesak nafas yang teruk dan simptom-simptom yang menyerupai selesema. Ini termasuk batuk, rasa pening, tegang otot, hilang selera makan, ruam dan cirit-birit. Ada juga laporan yang menyatakan pesakit mungkin mengalami penurunan platelet darah dan sel darah.

Sementara dalam kes sindrom keganasan minda Bush, kita dapati mentalnya mempunyai kecenderungan yang kuat untuk membunuh, khususnya Saddam Hussein.

Bush juga tidak lena tidur kerana sentiasa bermimpikan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah yang dijangka boleh mengganggu jirannya atau mencabar kuasanya. Walaupun tenteranya sudah jauh menusuk ke dalam peta Iraq dan kini sudah pun menguasainya, Bush menjadi sasau setiap kali melihat Saddam relaks dan didapati masih hidup.

Kalau SARS merebak ke beberapa buah negara tanpa mengira mangsa, minda Bush hanya akan berpuas hati kalau Saddam terbunuh. Dia masih belum puas hati walaupun ibu kota Iraq ditawan dan dikuasai.

Namun seperti SARS juga, ia membunuh sesiapa sahaja dalam laluannya menguasai Baghdad dan membunuh Saddam.

Lebih dari itu, ia berjaya membunuh lebih ramai insan dalam tempoh tiga minggu berbanding SARS untuk tempoh yang sama.

Apakah sindrom ini hampir sama dengan sindrom yang menjangkiti pemimpin Serbia suatu waktu dulu? Mungkin tidak.

Tetapi Bush boleh bersikap apati dan tidak rasa bersalah sekelumit pun walau tenteranya membunuh wanita dan kanak-kanak awam, wartawan dan semua mereka yang tidak membantu ke arah mencapai matlamatnya.

Malah Bush tidak pernah kisah pun mengenai kesan terhadap ekonomi dunia dan alam sekitar akibat peperangan yang berpunca daripada nafsu ganas. Walhal, sebelum ini isu pencemaran alam sekitar dan hak-hak asasi manusia menjadi agenda penting dalam menyerang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh negara membangun.

SARS dikatakan mungkin berpunca daripada dua jenis virus. Tetapi virus kepada simptom keganasan minda Bush dijangka lebih berbahaya dan jumlahnya menjadi tekaan ramai penganalisis. Walau berapa pun jumlahnya, sindrom ini diramalkan berpunca daripada interaksi virus pengembangan Zionis, penguasaan minyak dan perdagangan senjata.

Persoalannya di waktu ini ialah bagaimanakah sindrom ini boleh dibendung. Secara metafora, dalam ilmu perubatan, perubatan moden selalunya berusaha mencari punca untuk kemudiannya mencipta antivirus yang mampu melawan jangkitan virus.

Sementara perubatan alternatif seperti homeopati, akupunktur, ayurveda dan naturopati berusaha menguatkan unsur-unsur dalaman seperti antibodi, kuasa hayat, prana atau chi supaya tubuh individu kuat serta mampu menyekat kemaraan virus.

Dalam kes sindrom keganasan minda Bush, satu-satunya antivirus yang ada iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mampu menahan kehendak rakus Bush dan tenteranya. Walau dengan demonstrasi seantero dunia untuk sepanjang tempoh merebaknya sindrom ini, Bush tidak tergugat.

Dia berpura-pura atau menjadi pekak dan buta terhadap apa yang diminta oleh dunia.

Sedang di pihak Iraq sendiri - semangat, kekuatan dan kekentalan tentera Iraq tidak mampu menahan kemaraan tentera Bush, terutama yang menyerang dari udara lebih daripada sebulan. Biarpun di peringkat akhir Iraq dibantu dengan kebanjiran sukarelawan jihad, namun tidak kelihatan sebarang kemampuan untuk menangkis terpaan tentera yang dihantar oleh Bush.

Kalau SARS dikesan bermulanya dari Guangdong, China. Sindrom keganasan Bush dikatakan bermula di Afghanistan lagi.

Alasan untuk membanteras keganasan dan melumpuhkan senjata pemusnah Iraq nampak seakan-akan alasan yang diada-adakan. Dan kini seperti SARS, sindrom keganasan minda Bush akan lebih ganas lagi seandainya Bush membuat keputusan menyerang Syria dan Iran.

Lebih daripada SARS, sindrom ini memerlukan penawar seberapa segera. Sindrom ini akan menjadi teramat ganas jika benarlah tekaan punca utamanya ialah virus perluasan Zionis.

Mohamed Hatta Abu Bakar, Besut, Terengganu.

 

Ubat tradisional

BH/29/04/2003 (90 wds)


KERAJAAN sentiasa menyokong usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) mengenai perubatan tradisional seperti homeopati walaupun tiada peruntukan khas disediakan bagi tujuan itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng.

 

Dr Azizan kembang homeopati By Adam Salleh

MA/25/05/2003 (1085 wds)


LATAR belakang dan kepakarannya adalah dalam bidang pendidikan dan pertanian. Namun, kelebihan ilmu yang ada membolehkan Prof Dr Azizan Ismail bersembang pelbagai topik bermanfaat, sama ada motivasi sesuai dengan kaedah Okida (Otak Kanan Ikut Dr Azizan) yang diperkenalkan, serta perubatan, sejajar statusnya selaku pelopor perubatan homeopati secara jualan langsung. Sekalipun homeopati dikatakan diperkenalkan Dr Burhanuddin Al Helmi sekitar 1940-an, masyarakat kita masih asing dengan perubatan cara itu berbanding perubatan tradisional atau konvensional, berjumpa doktor di klinik biasa.

 

 

U Malaysia - 21/10/2003 - size 3959 bytes

 

Satukan perubatan tradisional, moden

Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN

PETALING JAYA 20 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia patut menawarkan diri menjadi tapak percubaan bagi menyatukan perubatan tradisional dan sampingan (TCM) dengan perubatan moden.

Timbalan Perdana Menteri yakin integrasi itu mampu mewujudkan satu cabang baru sains perubatan pada masa depan serta menjadi sumber pendapatan dan kekayaan baru bagi Malaysia.

Untuk tujuan itu, Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bioteknologi dan Biodiversiti Kebangsaan berkata, langkah serius mengkomersialkan TCM perlu dilakukan.

``Ini bermakna produk serta perkhidmatan tradisional perlu menjalani proses ujian, penerimaan pengguna dan pengeluaran berkualiti tinggi mengikut piawaian agar dapat diyakini keberkesanan dan keselamatannya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kelima Mengenai TCM (INTRACOM 2003) dan melancarkan pusat pengkalan data elektronik mengenai perubatan, dekat Bandar Sunway, di sini hari ini.

Abdullah berpuas hati dengan segala usaha yang dilakukan terutama oleh Kementerian Kesihatan untuk menjana pertumbuhan TCM di negara ini termasuk menubuhkan bahagian khas yang memberi tumpuan ke arah penggabungannya dengan perubatan moden.

``Banyak mekanisme dan proses lain dilaksanakan bagi mempermudah pertumbuhan TCM di Malaysia. Dasar TCM Nasional sudah dibentuk.

``Modul latihan juga sudah dibangunkan untuk pengamal-pengamalnya dengan modul kesedaran TCM telah pun diperkenalkan dalam kurikulum sekolah perubatan,'' katanya.

Abdullah memberitahu di kebanyakan tempat di dunia, TCM diamalkan seiring dengan teknik moden menggunakan kelengkapan yang sama.

Beliau menarik perhatian kepada pengalaman isterinya, Datin Seri Endon Mahmood menjalani rawatan kanser menggunakan kedua-dua kaedah moden dan tradisional Ayurvedik serentak, jelas memberikan hasil yang memuaskan.

``Di Austria misalnya, pesakit kanser dirujuk kepada pakar herba atau homeopati untuk membantu menghilangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi.

``Di Malaysia, sesetengah doktor menawarkan akupuntur kepada pesakit mereka dalam keadaan tertentu,'' katanya.

Justeru, beliau berkata, Malaysia perlu menetapkan matlamat membangunkan TCM sebagai satu industri dengan nilai tambahan untuk memenuhi keperluan kesihatan dan rawatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 peratus daripada penduduk negara maju menggunakan TCM.

Beliau yakin TCM memberi nilai tambah kepada arus perubatan dengan menyediakan pemahaman lebih menyeluruh terhadap kesihatan meliputi fizikal dan mental.

Dalam hubungan ini, beliau berkata, matlamat memasukkan TCM ke dalam sistem penjagaan kesihatan moden sama ada dalam bentuk rawatan atau ubat-ubatan perlu menjadi sasaran Malaysia.

Sementara itu, Abdullah turut menyaksikan majlis menandatangani surat hasrat antara Kementerian Kesihatan dengan Pharmaniaga Solutions dan Transnational.

Pharmaniaga merupakan pembekal perisian bagi hub maklumat perubatan yang boleh dilayari di www. globalinmed.com, manakala Quintiles akan menjalankan penyelidikan mengenai TCM.

Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata, pengamal perubatan tradisional Melayu perlu merekodkan pengetahuan ubat-ubatan mereka bagi membolehkannya dibangunkan secara saintifik.

Menurutnya, ketiadaan dokumen mengenai perubatan tradisional Melayu menyebabkannya mudah dilupakan dan ketinggalan berbanding perubatan tradisional kaum lain termasuk Cina dan India.

U Malaysia - 03/11/2003 - size 6493 bytes

Gariskan panduan guna gelaran Dr.

Isu kebanjiran individu yang dianugerahkan gelaran `Datuk' dan `Datuk Mindanao' mendapat perhatian media massa beberapa ketika dahulu. Pelbagai saranan dan pandangan diutarakan. Ini termasuk ada yang mencadangkan supaya pemberian gelaran `Datuk' dihadkan dan dikaji semula bagi mengelakkan penyalahgunaannya.

Perkara yang sama turut berlaku dalam penggunaan gelaran doktor (Dr.). Sejak akhir-akhir ini didapati semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan gelaran `Dr.' di hadapan nama mereka. Dengan menggunakan gelaran Dr. ini, kita akan fahami bahawa individu tersebut telah diberikan penghormatan tertinggi oleh institusi pengajian tinggi dengan ijazah doktor kehormat kerana mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang tertentu atau telah memberikan sumbangan bakti yang besar kepada negara.

Dalam setiap majlis konvokesyen, penganugerahan doktor kehormat merupakan satu agenda utama dalam konvokesyen tersebut. Dalam setiap atur cara konvokesyen, penerima anugerah doktor kehormat akan menerimanya seawal sebelum penerima ijazah kedoktoran (Ph.D) diberikan.

Penerima ijazah doktor kehormat menjadi lebih berprestij apabila biodata mereka dibacakan dalam majlis gilang-gemilang bagi sesebuah menara gading. Penerimanya juga diberikan keistimewaan memberikan ucapan di hadapan semua tokoh akademik.

Dengan mengambil pendekatan bersangka baik, jika semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan gelaran Dr. bermakna semakin ramai rakyat negara ini yang berjaya menunjukkan kecemerlangan yang tinggi dalam sesuatu bidang sehingga pihak universiti atau kolej universiti mengiktiraf kepakaran mereka dengan menganugerahkan gelaran doktor kehormat. Ini sekali gus menunjukkan kehebatan rakyat negara ini.

Membimbangkan

Namun jika kita lihat dengan teliti keadaan ini, sebenarnya ia satu fenomena yang membimbangkan dan perlu mendapat perhatian pihak berwajib. Semakin ramai rakyat negara ini menerima gelaran ijazah doktor kehormat ini dari pusat-pusat pengajian tinggi luar negara yang tidak dikenali malah tidak diiktiraf di negara ini.

Ini menimbulkan persoalan, adakah ijazah doktor kehormat boleh dibeli secara murah di luar negara dan penerimanya boleh menggunakan secara mudah gelaran Dr. tersebut.

Kolej-kolej universiti awam dan swasta negara ini yang baru berusia setahun jagung juga dilihat berebut-rebut menganugerahkan ijazah doktor kehormat. Ini menimbulkan tanda-tanya dan satu kepelikan apabila kolej-kolej universiti ini yang masih belum mampu melahirkan graduan di peringkat sarjana muda apatah lagi di peringkat Ph.D tetapi telah mampu mencapai ke satu tahap menganugerahkan ijazah doktor kehormat. Apakah kayu ukur yang diguna pakai oleh mereka?

Walaupun adalah menjadi hak mutlak pihak institusi pengajian tinggi untuk menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada sesiapa yang dirasakan layak, namun kriteria pemilihan yang lebih ketat perlu dibuat. Ini bagi mengelakkan pemberian anugerah berprestij ini diberikan kepada individu yang tidak menunjukkan ciri-ciri sebenar anugerah tersebut.

Yang paling membimbangkan kita ialah ada kemungkinan institusi pengajian tinggi ini menggunakan majlis penganugerahan ijazah kehormat kedoktoran sebagai salah satu strategi promosi dan pemasaran universiti atau kolej universiti. Jika ini benar-benar terjadi, ia akan menjerumuskan pusat ilmu yang dipandang tinggi oleh masyarakat ke dalam keadaan amat memalukan dan merendahkan institusi keilmuan itu sendiri.

Kepakaran

Kita lihat juga ramai penerima anugerah doktor kehormat adalah terdiri di kalangan orang politik dan ahli korporat yang sumbangan dan kepakaran mereka masih boleh dipersoalkan. Adakah terdapat unsur-unsur tekanan politik dan rasuah dalam memberikan anugerah ini?

Kebimbangan juga terjadi apabila penerima anugerah ini juga menggunakan gelaran ini dengan tanpa adanya tanda kurungan di hadapan dan belakang perkataan `Dr.' Ini sekali gus mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai pemegang Ph.D.

Unsur-unsur penipuan ini dibuat bagi membolehkan mereka mendapatkan penghormatan yang lebih tinggi dan mungkin boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan keyakinan orang lain dalam merebut peluang perniagaan atau jawatan. Sedangkan untuk mendapatkan segulung Ph.D mengambil masa yang lama sekurang-kurangnya tiga tahun dengan tekanan dan bebanan penyelidikan yang tinggi. Ini terbukti apabila tidak mudah calon-calon pasca-siswazah untuk lulus bagi mendapatkan Ph.D walaupun telah menunjukkan kecemerlangan di peringkat pengajian sarjana muda.

Mungkinkah pada satu hari nanti apabila kita memanggil seseorang dengan panggilan `Dr.' di khalayak ramai, maka semua orang akan memalingkan muka ke arah kita atau apabila kita menaiki kereta api aliran ringan (LRT), kita akan berlaga bahu dengan semua orang yang mempunyai gelaran `Dr.' Ini adalah kerana selain pemegang Ph.D dan pegawai perubatan, gelaran Dr. kini turut digunakan oleh penerima anugerah doktor kehormat dan pengamal perubatan homeopati.

Jika kita perhalusi setiap penerima anugerah doktor kehormat, mereka yang betul-betul pakar dalam bidang tertentu dan telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara tetap tidak akan menggunakan gelaran Dr. atau (Dr.) di hadapan nama mereka sekiranya mereka tiada Ph.D. Sebagai contoh, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang telah menerima lima anugerah doktor kehormat dari universiti ternama di dalam dan luar negara tetapi masih tidak menggunakan gelaran Dr. kerana amat memahami status gelaran itu.

Justeru, pihak berwajib perlu mengambil tindakan proaktif dengan mengeluarkan garis panduan mengenai pemakaian gelaran Dr. dan (Dr.) ini. Jangan nanti nilai gelaran Dr. menjadi terlalu rendah dan diragui oleh rakyat negara ini sendiri. Bagi mereka yang sedang menggunakan gelaran (Dr.) di hadapan nama mereka tanpa sebarang kepakaran dalam bidang tertentu dan sumbangan besar kepada negara, tanyalah diri sendiri mengenai nilai gelaran (Dr.) itu. Janganlah lebih sudu dari kuah!

- Zamri Misman, Kuala Lumpur.

 

 

MALAYSIA HOMEOPATHY NEWS