Berita Homeopati

 Promosi Produk

 Borang Order

 

Dari Pengurusan Syarikat

 

Syarikat kami, HBI Health & Homoeopathy Centre, telah melangkah jauh ke hadapan. Bermula dengan penerbitan buku pertama, “Perubatan Homoeopati”, kini syarikat telah berjaya menerbitkan lima buah buku homeopati. Tiga buah lagi sedang dalam proses penerbitan.

Mulai tahun 2000, kami telah melangkah ke hadapan dengan menyediakan laman web bagi tujuan memberi informasi kepada masyarakat massa. Bersama dengan itu, beberapa kursus pengenalan homeopati diberikan secara on-line bagi tujuan mendidik mereka yang menaruh minat terhadap homeopati.

Pada akhir bulan September 2001, kami memperkenalkan tiga produk homeopati yang dikeluarkan secara farmasi. Tetapi di atas permintaan beberapa orang yang melawat laman kami, kami pasarkan juga bagi mereka yang tidak dapat melanggan terus ke farmasi dan pusat rawatan kami. Penawar-penawar lain selain daripada yang disenaraikan di dalam pamflet ini, hanya booleh didapati dengan berkunjung ke pusat HBI.

Projek kami yang terbaru dan diutamakan daripada projek-projek lain pada waktu ini ialah mengeluarkan beberapa CD Homeopati dalam bahasa Melayu, Ini merupakan usaha yang pertama seumpamanya di Malaysia. InsyaAllah dengan bantuan Allah, ia akan dapat dipasarkan dengan jaya.

Sesungguhnya dalam mengeluarkan kesemua produk ini, kami tidak pernah terlepas daripada ranjau dan duri atau tribulasi perniagaan. Tetapi kejayaan pasti menyertai yang hak. Kami bangun untuk homeopati dan dan kebajikan pelanggan.

            Wa salam.