|
Terbakar/Melecur Dipetik
daripada: Rawatan Asas
Homeopati Rawatan Kecemasan Bagi
kebakaran atau melecur yang melibatkan hanya bahagian luar kulit dan
kawasan yang terlibat tidak melebihi 2 inci per segi, ia diangap
kecederaan darjah pertama. Jika kawasannya
besar, ia masuk ke dalam kategori lebih serius.
Bila kecederaan seperti ini berlaku, tanggalkan barang-barang
perhiasan seperti jam, gelang dan cincin sebelum ia membengkak. Apa
yang boleh dibuat ialah sejukkan bahagian yang tercedera di bawah air yang
mengalir (bukan ais), atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada
kain bersih atau tuala.
Kemudian disaran supaya disapukan permukaan yang terbakar atau melecur
tadi dengan krim antiseptik. Selepas itu, tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril. Jangan sekali-kali cuba pecahkan kesan lepuh-lepuh. Jika simptom kelihatan serius, dapatkan bantuan perubatan. Rawatan Homeopati Bagi
kesan kebakaran atau melecur, pengguna boleh mencampur 10 titik losyen Hypericum
di dalam secawan air dan sapukan pada tempat berkenaan. Tetapi di dalam
homeopati, penawar yang lebih baik lagi ialah Cantharis
lotion atau ointment yang boleh disapu tiga kali sehari.
Di samping penawar-penawar aplikasi setempat, Cantharis
6 boleh dikemam tiap 15 minit untuk menghilangkan sakit. Kemudian-nya,
penawar yang sama boleh diambil empat kali sehari bagi mempercepatkan
proses kesembuhan. Selain penawar Cantharis,
penawar homeopati yang dikenali sebagai Urtica
Urens juga boleh digunakan bagi merawat kes yang hampir sama. Dosnya
sama dengan penawar Cantharis. Ringkasan: ü
Cantharis 6 – kesan melecur dan terbakar. ü
Losyen Cantharis atau Hypericum – di sapu
pada kawasan lecur.
|