|
Serangan panas Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Sejukkan pesakit dengan
seberapa segera. Letakkan dia di tempat teduh dan renjis atau tuangkan air
pada tubuhnya. Balut bahagian kepala dengan tuala basah dan tutup tubuhnya
dengan selimut lembab. Urut bahagian kedua kakinya perlahan-lahan arah ke
atas. Berikan minuman yang boleh menyegarkan atau menyejukkan. Jika perlu,
bawakan ke hospital. Rawatan Homeopati Penawar Aconite 6 atau
30 boleh diberi sebagai rawatan awal. Kalau terdapat aduan kulit
terasa panas terbakar, muka merah menyala, berikan Belladonna 30.
Sekiranya mangsa mengalami kekacauan fikiran, pening dan terdapat
tanda-tanda demam, berikan Glonoine 30. Ringkasan: ü
Aconite 6 – Rawatan permulaan. ü Belladonna 30 - Kulit terasa panas terbakar, muka merah menyala. ü Glonoine 30 - Bila didapati pesakit keliru, pening dan terdapat tanda-tanda demam. |