|
Pengsan Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Seseorang boleh pengsan apabila
darah tidak beredar ke bahagian otak secukupnya. Oleh itu, apabila
seseorang itu merasakan bahawa dia hendak pengsan, dia harus duduk dengan
kepala diletakkan di antara kedua lulutnya. Kemudian bolehlah dia meneguk
sedikit air supaya cepat pulih. Tetapi
apabila seseorang itu sudah peng-san, baringkan dia dengan cermat. Jika
mukanya kelihatan pucat, tinggikan kakinya supaya darah di anggota bawah dapat
turun
Rawatan Homeopati Pengsan boleh disebabkan oleh
bebe-rapa faktor. Sekiranya pesakit pengsan akibat terperanjat atau
gangguan emosi seperti kerana mendengar berita ngeri dan melihat kejadian
mengejutkan, penawar paling awal yang harus diberikan ialah Aconite
30. Sekiranya
diketahui pesakit pengsan akibat tercedera atau sebarang kesan trauma,
Arnica 30 adalah penawar
yang lebih sesuai. Kalau
pesakit itu pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan, gunakan Cocculus
Indicus. Aplikasi setiap penawar haruslah bergantung kepada
sebab-musabab pesakit itu pitam atau pengsan dan simptom-simptomnya yang
nyata. Bagi
sebarang kejadian pengsan yang tidak diketahui sebabnya dan tidak upaya
dirawat, seseorang
itu haruslah
mengambil Ringkasan: ü
Aconite 30 – pengsan kerana mendapat berita
ngeri atau menyaksikan kejadian mengejutkan. ü
Arnica 30 – pengsan selepas tercedera. ü
Cocculus 30 – pengsan
kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan. |