|
Luka Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Luka
kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh
berhenti dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan
menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri
tertentu untuk beberapa minit. Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga
merupakan salah satu kaedah untuk mem-bantu mengurangkan pendarahan.
Langkah yang baik ialah membasuh
bahagian yang luka tersebut terlebih
dahulu, kemudian barulah disapukan ‘losyen anti-septik’. Bagi luka
yang kecil, ‘kepingan plaster’ seperti elastoplas boleh digunakan
dengan mudah. Bagi luka yang agak besar, perlulah digunakan ‘kain kasa
penyerap’ mengikut saiz yang sesuai. Rawatan Homeopati Kesembuhan boleh dipercepatkan
de-ngan cara menyapu Calendula
lotion atau ointment sebelum
dibalut. Sekiranya luka tersebut agak dalam, khususnya yang melibatkan
saraf, lebih baik disapu Hypericum
lotion. Hypericum 6 juga
boleh dikemam empat kali sehari dan ia mampu bertindak mengurangkan sakit.
Tetapi apabila luka itu akibat
tusukan, berwarna biru dan kebas, Ledum
merupakan penawar paling mujarab. Ambillah Ledum 6 tiga dos setiap
jam kemudian ulangi tiga atau empat kali sehari.
Ringkasan: ü
Calendula 6 – Luka terpotong atau terhiris. ü
Hypericum 6 – Luka saraf, menyakitkan. ü
Ledum 6, 30 – Luka akibat
tusukan. |