|
Lebam/Memar Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Bahagian
yang cedera perlu direhatkan. Kemudian
gunakan demah sejuk secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal
ke dalam air, diperah dan
diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi.
Demah sejuk boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di
dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain tebal.
Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan
denyutan sakit dan bengkak. Sekiranya
keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me-nandakan
terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan. Rawatan Homeopati Sebaik saja kecederaan lebam
dikenal pasti, berikan satu dos Arnica
30 untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak-bengkak. Kemudian penawar
tersebut hendaklah diambil dua atau tiga kali sehari bagi menghilangkan
lebam dan memar dengan kadar yang cepat. Arnica
ointment juga hendaklah disapukan pada tempat yang cedera tersebut
sebanyak tiga kali sehari. Bellis
perennis 6 dirujuk apabila ke-cederaan itu melibatkan salur darah yang
halus atau menimbulkan kesan sepsis, Jika memar itu melibatkan saraf,
tukarkan penawar kepada Hypericum. Hypericum 6 atau 30 boleh
diambil empat kali sehari. Penawar ini diutamakan apabila terdapat sakit
menyucuk atau kesan parutnya menyakitkan. Ringkasan: ü
Arnica 30 – bagi lebam dan timbul tanda
kebiruan. ü
Bellis perennis 6 – kalau kecederaan itu
dalam dan Arnica kurang berkesan. ü
Hypericum 6 – bagi
kecederaan yang melibatkan saraf. |