|
Konkusi Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Apabila berlaku konkusi,
fungsi-fungsi atau perjalanan otak akan terganggu. Mangsa mungkin
berkeadaan separuh sedar atau tidak sedar langsung buat sementara waktu.
Rawatan awal umumnya dilakukan mengikut tatacara koma di mana pesakit
diubah kedudukannya kepada kedudukan koma.
Saluran pernafasan disyorkan supaya
bersih daripada sebarang penghalang seperti gigi palsu, darah atau
muntah-muntah. Pa-kaian di bahagian leher, dada dan pinggang juga
dilonggarkan. Semua usaha
dilakukan agar mangsa berupaya bernafas dengan sendiri. Sekiranya
pernafasan mulai terhenti, bantuan pernafasan akan diberikan. Jika
ter-dapat kesan luka di luar, kepala mangsa akan dibebat dan dibalut
dengan kemas. Mangsa juga perlu sentiasa diawasi bagi mengenal-pasti
sebarang tanda-tanda kompresi otak. Rawatan Homeopati Penawar
terbaik bagi kecederaan konkusi ialah Arnica
30 yang diberikan sejam sekali sebanyak
empat kali.
Kemudian, penawar tersebut
hendaklah diambil secara berterusan sekerap dua kali sehari. Dalam keadaan
pesakit terkejut, Aconite 6 wajar diberi sebagai penawar permulaan. Seandainya
Arnica kurang berkesan dan simptom sakitnya jelas, cubalah penawar Bryonia
30. Ada beberapa penawar lagi yang mungkin menjadi pilihan selepas Bryonia,
seperti Cicuta virosa. Tetapi
ingatlah, penawar asas dan menakjubkan bagi kes ini ialah Arnica. Di
samping mengambil penawar homeo-pati, sebaiknya pesakit berusaha juga
berjumpa dan mendapatkan pengesahan doktor berkaitan dengan kesan
kecederaan. Pemeriksaan daripada doktor adalah di-sarankan untuk semua
kecederaan yang melibatkan bahagian otak meskipun pesakit tersebut
merasakan dirinya telah sihat seperti sediakala. Ringkasan: ü
Aconite 6, 30 – sebagai rawatan permulaan. ü
Arnica 30 – rawatan kecederaan konkusi dan
spesifik. ü Bryonia 30 – pesakit rasa sakit bila bergerak. |