|
Keracunan makanan Dipetik
daripada: Rawatan Asas
Homeopati Rawatan Kecemasan Pesakit hendaklah rehatkan diri dan elak daripada
makan dan minum. Selepas be-berapa jam pesakit digalakkan minum sedikit
air sejuk. Apabila
simptom mulai berkurangan,
minumlah air dengan kadar yang agak banyak bagi menggantikan cecair yang
hilang akibat cirit-birit atau muntah-muntah. Sekiranya cirit-birit berterusan
sehingga mengakibatkan dehidrasi dan pesakit menjadi tidak bermaya,
bantuan perubatan tidak harus ditangguhkan lagi. Rawatan Homeopati Dalam homeopati, terdapat banyak
pe-nawar untuk cirit-birit. Biasanya dalam kes keracunan makanan,
cirit-birit disertai muntah -muntah. Kemungkinan juga terdapat simptom
lain, seperti ada rasa terbakar. Dalam keadaan tersebut cukuplah diberikan
penawar Arsenicum potensi 6,
dua atau tiga dos tiap sejam. Sekiranya
ada tanda-tanda kembung dan pesakit rasa sejuk, gantikan dengan penawar Carbo
vegetabilis. Berikanlah kepada pesakit penawar berpotensi sederhana
seperti potensi 30. Apabila pesakit kelihatan akan pitam atau pengsan, ia
wajar diberikan Rescue Remedy. Ringkasan: ü
Arsenicum 6 – pucat, cirit-birit dan muntah. ü
Carbo veg. 6 – rasa sejuk dan kembung. |