|
Kejutan elektrik Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Sebelum
sebarang tindakan diambil, pastikan anda tidak menyentuh mangsa selagi dia
tidak diasingkan daripada penda-waian elektrik. Peringatan ini tidak harus
dialpakan, kerana kecuaian boleh membunuh jiwa, walaupun anda sangat
prihatin kepada mangsa. Kalau boleh, matikan suis utama tenaga elektrik
terlebih dahulu. Kemudian periksa pesakit kalau-kalau dia masih ber-nafas.
Kalau pesakit tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan ‘artificial
respiration.’ Perhatikan
juga kalau terdapat sebarang
lecuran, fraktur atau pendarahan. Jika ada tanda melecur terbakar, berikan
kompres sejuk dan tutup permukaan yang melecur dengan krim antiseptik.
Kalau berlaku fraktur, elakkan daripada menggerakkan pesakit. Rawatan Homeopati Selain daripada tindakan di atas,
Arnica 30 sesuai diberikan
kepada mangsa dengan segera. Sekiranya dia terkejut dan tidak sedarkan
diri, terlebih dahulu berikan Aconite
30 atau 200. Bagi sebarang kesan melecur,
sapukan krim atau losyen Cantharis
pada tempat tersebut. Di samping itu, kemamlah Cantharis
6 setiap tiga atau empat jam. Rawatan kecederaan ini hampir bersamaan
dengan kecederaan kebakaran. Ringkasan: ü
Arnica 30 – rawatan segera kepada mangsa
yang terkena kejutan. ü
Aconite 6 – kalau mangsa terperanjat. ü
Cantharis 6 – merawat kesan melecur atau
terbakar. |