|
Kecederaan tulang Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Usaha pertama perlu dibuat supaya boleh mengurangkan sebarang pergerakan pesakit terutama bahagian yang tercedera. Anggota pesakit hendaklah dipegang perlahan-lahan. Untuk mengelakkan daripada pergerakan bahagian yang tercedera, kayu ‘splin’ biasanya digunakan. Setelah ‘splin’ diletakkan dengan betul, ia akan diikat di kedua penghujungnya agar tidak mengenai bahagian tulang yang patah tadi. Rawatan Homeopati Patah
tulang atau fraktur adalah kes yang mesti dirujuk kepada mereka yang pakar.
Namun, dalam setiap kes retak atau patah tulang, hendaklah diberikan
penawar Arnica 30 sebanyak dua
kali setiap setengah jam. Kemudian, segera dapatkan rawatan pakar di dalam
masalah tersebut.
Setelah pesakit menerima rawatan pakar atau doktor, sebaiknya Symphytum
6 diambil empat kali sehari bagi
membantu melekatkan tulang. Sekiranya bahagian yang cedera itu
melibatkan tulang belakang, pengambilan penawar Arnica
perlu disusuli dengan penawar Hypericum. Ringkasan: ü Arnica 30 – mengurangkan kesan memar dan bengkak sekitar kawasan fraktur.
|