|
Hidung berdarah Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati Rawatan Kecemasan Pesakit
hendaklah duduk menegak dan tundukkan kepala sedikit ke hadapan.
Dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu, usahakan dengan
memicit bahagian lembut hidung selama sepuluh minit. Sementara itu,
pesakit dinasihatkan bernafas melalui mulut sahaja. Sekiranya perlu, dia
boleh meludah darah yang mungkin keluar melalui mulut. Apabila
pendarahan sudah berhenti, pesakit ditegah
daripada menghembuskan Rawatan Homeopati Hidung yang berdarah kerana
kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa
mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala. Pemerhatian kepada simptom dan
puncanya penting sebelum diberikan penawar. Tetapi kebiasaannya, sudah
mencukupi jika diberikan penawar popular seperti Arnica atau Phosphorus. Oleh itu, penawar yang sesuai
diberikan bagi hidung berdarah khususnya akibat pukulan atau kecederaan
ialah Arnica 6 atau 30. Bagi
hidung yang berdarah terlalu kerap dan banyak, disyorkan penawar Hamamelis
6. Selain daripada itu, satu lagi penawar yang baik dan boleh
digunakan ialah Vipera. Ringkasan: ü
Vipera 6 – bila hidung berdarah ü Arnica 6 – berdarah kerana cedera atau terpukul. ü
Hamamelis 6 – berdarah terlalu kerap.
|