|
Sir Muhammad Iqbal (Urdu/Persian:
محمد اقبال,) lahir pada
November 9, 1877)
(men –
April 21, 1938).
Beliau merupakan seorang ahli politik, ahli falsafah dan penyair
Muslim yang terkenal. Karya puisinya yang besar adalah di dalam
bahasa Parsi dan Urdu. Selain itu, hasil karyanya berkaitan agama
dan falsafah politik Islam juga amat terpuji. Beliau adalah orang
yang pertama menyarankan idea bagi melahirkan sebuah negara India
Muslim yang merdeka. Dan idea tersebut telah memberi inspirasi
kepada kewujudan Pakistan. Beliau juga popular dengan panggilan
Allama Iqbal.
Sheikh Muhammad Iqbal merupakan anak sulung
dari lima beradik (keluarga Kashmir) yang dilahirkan di Sialkot,
Punjab. Keluarganya. Ayahnya, Shaikh Nur Muhammad adalah
seorang tukang jahit yang berjaya dan terkenal alim dalam agama
Islam. Justeru, Muhammad Iqbal dan adik-adiknya dididik dengan
kefahaman Islam yang mendalam. Sejak dari kecil lagi Iqbal diajar
mengenai bahasa dan penulisan, sejarah, puisi dan agama. Gurunya,
Sayyid Mir Hassan telah mengenalpasti bakat Iqbal sebagai penyair
dan penulis. Itu telah memikat Iqbal untuk terus belajar
daripadanya di Kolej "Scotch Mission College", di Sialkot.
Iqbal fasih dan mahir dalam beberapa bahasa di
samping pakar dalam menulis puisi dan tulisan prosa. Semasa
berusia lima belas tahun keluarganya mengahwinkannya dengan anak
seorang doktor Gujerat yang kaya. Dari perkahwinan itu, mereka
memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mi'raj Begam (p lahir 1895)
dan Aftab (l lahir 1899). Beliau mendapat anak ketiga tetapi telah
lahir sebaik lepas bersalin. Dilaporkan bahawa Iqbal dan isterinya
bercerai kemudiannya pada tahun 1916.
Iqbal memasuki kolej kerajaan di Lahore untuk
mempelajari falsafah, kesusasteraan Inggeris dan Arab. Beliau
berjaya mendapat ijazah B. A. dengan cemerlang, diberi anugerah
cum laude. Beliau juga diberikan pingat emas kerana mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan bidang falsafah. Ketika belajar
ijazah sarjana dibawah pimpinan Sir Thomas Arnold, Iqbal
didedahkan kepada banyak idea dan kebudayaan Barat. Pengetahuan
itu meluaskan lagi pandangan terhadap idea-idea dari Timur dan
Barat. Ketika bertugas di Pakistan, beliau telah menulis bukunya
yang pertama dalam bahasa Urdu, The Knowledge of Economics
pada 1903. Dua tahun kemudian (1905) beliau menulis pula sebuah
lagu patriotik, Tarana-e-Hind (Song of India).
Atas galakan Sir Thomas's, Iqbal telah
mengembara dan belajar untuk beberapa tahun di Eropah. Dari
Trinity College, Cambridge beliau mendapat Bachelor of Arts
pada 1907. Pada masa yang sama beliau juga belajar dalam bidang
undang-undang di Lincoln's Inn. Beliau layak mempraktik
undang-undang pada tahun 1908. Iqbal juga sempat berkenalan dan
berkawan rapat dengan seorang pelajar muslim, Atiyah Faizi pada
1907.
Semasa di Eropah, beliau mulai menulis puisi
dalam bahasa Parsi, iaitu bahasa yang paling menyenangkan hatinya
meluahkan konsep-konsep falsafahnya. Peminat beliau dalam bahasa
itu juga ramai. Bagaimanapun semasa beliau di Englandlah beliau
mula terbabit dalam politik. Itu berlaku sewaktu penubuhan
All-India Muslim League pada 1906. Bahkan beliau terpilih
sebagai ahli jawatankuasa eksekutif cawangan di Britain. Pada
1907, Iqbal berlepas ke German bagi melanjutkan pelajaran ke
peringkat doktor falsafah. Beliau belajar di Fakulti Falsafah, di
Ludwig-Maximilians-Universität di Munich, dan hasil
tesisnya telah diterbitkan dengan tajuk: The Development
of Metaphysics in Persia.
Apabila Iqbal kembali ke India pada tahun 1908,
beliau telah diberi jawatan timbalan profesor di kolej Kerajaan di
Lahore. Tetapi setahun kemudian berhenti untuk mempraktik
undang-undang. Ketika itulah rumahtangganya menghadapi masalah dan
beliau bercerai dengan isterinya, Karim Bibi pada 1916. Namun
beliau terus menyara hidup isteri dan anak-anaknya sehingga ke
akhir hayat. Saat belau mengamalkan undang-undang itulah, beliau
memberi perhatian dalam bidang rohani dan subjek keagamaan.
Lantas beliau mulai pula menerbitkan
hasil-hasil karya puisi dan kesusasteraan. Beliau juga semakin
aktif dalam politik, dan turut menyertai
Anjuman-i-Himayat-i-Islam, iaitu sebuah kongres para penulis,
pemuisi dan ilmuawan Muslim. Dikatakan bahawa pemikiran
Iqbal memberi fokus ke arah spiritual dan pembangunan
masyarakat manusia. Tumpuannya ialah terhadap pengalamannya semasa
pengembaraan dan berada di Eropah dan Timur Tengah. Ada juga
pendapat menyatakan bahawa beliau banyak dipengaruhi oleh beberapa
pemikir dan ahli falsafah Barat seperti Friedrich Nietzsche, Henri
Bergson dan Goethe. Tetapi beliau merupakan orang yang kuat
mengkritik masyarakat Barat khususnya berkaitan pengasingan di
antara agama dan pemerintahan serta fahaman materialistik. .
Selain dikenali dengan karyanya Tarana-e-Hind,
beliau juga banyak melahirkan buku-buku falsafah berkaitan politik,
falsafah, dan sejarah. Puisi dan falsafah beliau juga dikatakan
banyak dipengaruhi oleh tulisan ar-Rumi. Beliau diiktiraf sebagai
pemuisi kebangsaan negara Pakistan yang ternama. Satu siri
syarahannya juga ada diterbitkan atas nama The Reconstruction
of Religious Thought in Islam. Iqbal adalah antara pemimpin
All India Muslim League yang disegani. Beliau bekerjasama
rapat dengan tokoh Muhammad Ali Jinnah, dan digelar sebagai
Muffakir-e-Pakistan ("The Thinker of Pakistan"),
Shair-i-Mashriq ("The Poet of the East"), and
Hakeem-ul-Ummat ("The Sage of Ummah").
Sejarah mencatatkan bahawa selepas 1933, sebaik
beliau kembali dari lawatan ke Sepanyol dan Afghanistan, kesihatan
Iqbal kian merosot. Beliau banyak menghabiskan masa menubuhkan
Idara Dar-ul-Islam, sebuah institusi yang menjurus kepada
pengajian Islam klasik dan sains kemasyarakatan kontemporari serta
menyokong perjuangan kemerdekaan negara Islam. Beliau berhenti
mempraktik undangundang pada tahun 1934 dan diberi pencen oleh
Nawab of Bhopal. Selepas menderita penyakit selama beberapa
bulan, Iqbal menghembuskan nafasnya yang terakhir di Lahore pada
1938.
Untuk para peminat Allama Iqbal, beberapa puisi
beliau dalam bahasa Inggeris dikutip dan dihidangkan di laman lain Malaysia Homeopathy Cyber Library.
Sebahagian karya terjemahannya dalam bahasa Melayu juga diselitkan.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
|