e-Knowledge Powered by Active IQ

Sumbangan Media Alternatif

Homoeopathy Malaysia  - Info Islam

TOKOH MALAYSIA: ABDULLAH MUNSHI

Klik untuk produk Active IQ atau Homeo-ABC. Bantu web ilmu Perpustakaan Siber Homeopati Malaysia. Bantu juga famili anda.
 

 

Abdullah Abdul b Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854 M) dianggap bapa penulisan Melayu moden. Beliau digelar sebagai Bapa Sastera Melayu kerana hasil-hasil karya dan penulisannya menggunakan teknik dan stail penulisan moden, yang lazimnya tidak terdapat dalam sastera Melayu lama.

Abdullah dilahirkan di Melaka pada 1796 Masehi. Semasa kecil, beliau bekerja dengan Sir Raffles dan hubungannya amat rapat dengan majikannya. Kemudiannya beliau bekerja sebagai penterjemah dan guru bahasa Melayu. Abdullah pergi ke Singapora pada 1819, dan di sana dia bekerja di Raffles Institution. Pada 1854 beliau menunaikan haji ke Mekah. Kemudian beliau jatuh sakit dan meninggal di Jeddah pada bulan Oktober tahun tersebut.

Para pengkaji sastera merumuskan bahawa gaya Abdullah Munshi mengemukakan tulisannya merupakan satu pemberontakan terhadap bentuk tradisi sebelumnya yang mana tema-tema karyanya tidak lagi bersandarkan kepada cerita-cerita dongeng dan khayalan. Sebaliknya karya-karya beliau dikatakan lebih terdedah kepada mesej-mesej yang berbau kritis, positif dan progresif.

Hasil karya beliau merupakan penulisan melayu pertama yang dicetak. Dalam karya kesusasteraannya, beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu,  malahan juga mempamerkan kesedaran beliau tentang betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M yang bertajuk Syair Singapura Terbakar.

Bagaimanapun bagi Abdullah, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Katanya, "Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya."

Antara karya-karya beliau yang terkenal ialah Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan (1838) dan Hikayat Abdullah (1848). Karya-karya beliau biasanya berlatar belakangkan persoalan tentang masyarakat zamannya yang hidup di bumi nyata. Beliau banyak menimbulkan kontroversi melalui karya-karyanya namun sumbangannya terhadap dunia kesusasteraan Melayu cukup bererti

Rujukan:

  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi

  • http://www.pnm.my/yangpertama/Sastera_Munshi.htm

  • http://library.thinkquest.org/12405/

 

 

Ó DrHatta demi ilmu - Malaysia Homeopathy Cyber Library

 

© Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2006