Koleksi Sajak

Bila bunga-bunga cinta mula mekar di hati, itu adalah petanda hati itu hidup. Siramilah ia hingga subur. Mematikan perasaan itu seolah-olah membunuh satu nyawa yang baru menghela nafas. 

 

 

 

 

  Salam Untuk Gadis itu

 

Menyusuri tiap jalan dan liku

aku cuba memanaskan semangat

namun memori hadir berangkai

satu per satu

mengetuk jendela yang baru ditutup

mengalahkan ikhtiar nan baru

menjelang 2007

 

namun matlamatku

harus mendului

kerana anganan palsu begitulah

yang menewaskan generasi ummah

membunuh benih bertunas

 

aku kebal kini

dari badai yang bermalam

udah cukuplah,

salamku untuk gadis itu.

 

Kota Bharu 28 Disember 2006

 

 

 ~ ~ ~ ~ ~


~ Puisi Nostalgia  ~


© HBI Health & Homoeopathy Centre