MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
ALERGI
| |
| MUKA DEPAN |
Alergi
atau alahan ialah suatu gangguan pada tubuh yang menjadikannya teramat
sensitif terhadap
antigen-antigen tertentu. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi alergi
dipanggil alergen. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami alergi sejak lahir
atau dalam proses dia membesar.
Kanak-kanak yang alah kepada sesuatu bahan memerlukan perhatian ibu
bapa mengenai bahan-bahan yang menjadi alergen. Bahan-bahan itu mungkin
terdiri daripada makanan seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau ubat
dadah tertentu yang diberikan untuk merawat kanak-kanak berkenaan. Ini
termasuk sesetengah antibiotik, seperti penisilin dan tetracycline.
Sesetengah kanak-kanak mengeluarkan reaksi yang melampau terhadap
debu, asap, bulu binatang atau udara tercemar. Ini dapat dilihat dalam
sesetengah jenis asma atau penyakit saluran pernafasan. Begitu juga, ada
kanak-kanak yang sensitif dengan debunga dan bahan-bahan kosmetik tertentu. Lazimnya
tanda-tanda alahan segera dapat diperhatikan
sebaik sahaja seseorang itu terdedah kepada bahan yang menimbulkan
alergi. Gejala-gejala itu berbeza di antara kanak-kanak. Ada kanak-kanak
menghadapi masalah sensitif di bahagian kulit. Lalu bayi atau kanak-kanak
tersebut mudah mengalami ruam kulit, gatal-gatal, bersin atau berair hidung.
Kadang-kadang hidung teruk berhingus dan mata bengkak. Ada
kanak-kanak yang hipersensitif mengalami batuk, gatal-gatal mata dan telinga
serta diarea. Mungkin nafas berbunyi dan rasa sesak. Semua kesan itu
membangkitkan rasa tidak selesa di kalangan kanak-kanak. Akibatnya
kanak-kanak boleh meragam atau menangis berpanjangan. Sebagaimana
simptom di antara kanak-kanak itu berbeza, begitulah juga penyebabnya.
Justru, adalah penting ibu bapa atau penjaganya mengenalpasti bahan-bahan
yang menimbulkan alergi tersebut. Berusaha mengelak daripada bahan yang
menimbulkan alergi adalah lebih baik, sekurang-kurangnya sehingga tubuh
kanak-kanak itu boleh menyesuaikan dirinya. Dalam
keadaan yang teruk atau apabila ibu bapa merujuk masalah alergi kepada
hospital, selalunya doktor memberikan ubat antihistamin. Bagaimanapun ianya
sekadar bertujuan meredakan kesan alergi tersebut. Merekapun akan turut
menyarankan agar mengelakkan daripada sebarang bahan yang menjadi alergen. Bagi
menangani masalah alergi, pengamal homeopati menggunakan penawar homeopati
berserta biokimia. Di antara penawar biokimia yang digunakan termasuklah Natrum
sulph, Kali sulph, Natrum mur dan Ferrum
phos. Dalam proses rawatan homeopati juga, kerjasama pesakit bagi
mengelakkan bahan-bahan dan persekitaran yang menimbulkan alergi itu sangat
diperlukan. Kebanyakan
rawatan homeopati berkesan hanya apabila punca alergi dan keseluruhan
simptom dapat dikenalpasti dan ditemukan dengan penawar yang seraksi. Jika
tidak, penawar yang diberikan itu mungkin sekadar meredakan atau bersifat
paliatif seperti ubat alopati.
| |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 2001. Sumber:
Penyakit Kanak-kanak & Rawatan homeopati [ISBN 983-99179-4-3] –
Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.