MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
BAHAGIAN
1: SEJARAH PENGGUNAAN HERBA SEBAGAI
RAWATAN PERUBATAN
| |
| MUKA DEPAN |
Penggunaan herba sebagai satu rawatan bermula sejak manusia hidup secara primitif lagi. Berdasarkan pengalaman cuba-cuba jaya, mereka dapat mengenali yang mana satu tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, yang mana baik untuk penyakit, dan tumbuhan mana yang boleh membawa kesan racun dan kematian. Berdasarkan rekod bertulis, pengajian herba dikatakan bermula sejak tamadun Sumeria iaitu kira-kira 5,000 tahun yang lalu. ZAMAN PURBA Antara kejayaan-kejayaan awal dalam
perubatan herba boleh dilihat dalam sejarah Mesir purba. Ramuan-ramuan
mengenai preskripsi perubatan yang digunakan oleh para pawang di Mesir
boleh ditemui dalam papyri
perubatan (medical papyri) yang
disusun antara tahun 1500 hingga 1000 sebelum Masehi. Ramuan-ramuan ini
diambil daripada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan di mana di
antaranya ada yang mengandungi khasiat-khasiat perubatan yang diakui oleh
perubatan herba moden. ………………
……HERBA DAN KELAHIRAN HOMEOPATI Penemuan sistem rawatan homeopati adalah tepat pada masanya. Orang yang bertanggungajawab membangun sistem tersebut ialah Dr. Samuel Hahnemann. Beliau merupakan seorang doktor lulusan University of Erlangen, Bavaria (University of Leipzig merupakan universiti di mana beliau mula belajar - pen.). Meskipun Dr. Hahnemann telah ber-keluarga dan mempunyai reputasi yang baik dalam bidang kimia dan perubatan, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan praktik perubatan alopati yang dipandangnya tidak berperikemanusiaan. Beliau menulis kepada rakannya: “Ianya mengazabkan bagi saya untuk terus berjalan dalam kegelapan, apabila saya terpaksa menyembuhkan dan mempreskripsi pesakit menurut hipotesis itu dan ini..... mengenai penyakit, bahan yang tercatat di dalam Materia Medica mengikut keputusan yang wewenang..... Tidak lama selepas per-kahwinan saya, saya meninggalkan amalan perubatan, agar saya tidak lagi mengambil risiko melakukan kerosakan, dan kini saya terlibat secara khusus dalam kimia dan dalam kegiatan penulisan.”
Sewaktu beliau menterjemah buku Materia
Medica yang ditulis oleh Professor Cullen daripada London
University beliau tertarik
dengan penerangan Cullen setebal 20 muka surat
mengenai petunjuk
terapeutik herba
Cinchona
atau
…………… ……….KEJAYAAN HOMEOPATI DALAM PERUBATAN DAN PENGGUNAAN BAHAN HERBA Sebenarnya kaedah penggunaan penawar dalam dos yang diperkecilkan merupakan penemuan paling besar dalam sejarah perubatan. Berbeza daripada kaedah persediaan penawar herba, semua penawar homeopati harus melalui tiga proses yang berasingan sebelum sampai ke tahap yang dikehendaki bagi tujuan rawatan: Pertama: Penyediaan ibu larutan (mother tincture). Iaitu di mana bahan yang larut………… (mukadimah
Bah.1: Sejarah Penggunaan Herba) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
2000.
Penawar Homeopati Pilihan – Banting: HBI Health & Homoeopathy
Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.