MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
RINGKASAN
FARMASI DAN
TATACARA
PEMBERIAN PENAWAR
| |
| MUKA DEPAN |
DOSEJ DAN POTENSI
Istilah posology bermaksud sains atau ilmu tentang pemberian penawar kepada pesakit. Dos ialah jumlah penawar yang diperlukan untuk memberi kesan ke atas tubuh samada tubuh itu berada dalam keadaan sakit atau sihat. Dalam homoeopati, yang lebih utama lagi daripada kuantiti ialah kekerapan mengulang penawar. Penawar-penawar homoeopati biasanya boleh didapati di dalam lima bentuk: a.
Cecair b.
Globul/pil c.
Disket, blanket d.
Debu (powder),dan e. Lotion, ointment, krim (untuk aplikasi setempat). Dari segi pengambilan penawar, terdapat beberapa klasifikasi utama dosej farmakologi yang dikenali dalam ilmu perubatan homoeopati. Antara yang penting ialah: 1. Dos maksimum - Iaitu pengambilan penawar dalam kuantiti yang banyak atau maksimum, tetapi umumnya menganggap ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Biasanya ia dirujuk kepada dos allopati. 2. Dos fatal - Dos fatal ialah dos yang memberi kesan toksik seperti narkotik. Pengambilan sebanyak ini boleh mengakibatkan semboyan-semboyan toksik atau membawa kematian. 3. Dos homoeopati - Ini merupakan dos yang telah dipotentaiskan. Tiada kesan sampingan atau toksik timbul akibat pengambilan pada peringkat ini. Tetapi kadang-kadang kemelaratan boleh berlaku. 4. Dos minimum - Ini ialah kuantiti minimum penawar potentais homoeopati yang boleh mempengaruhi kuasa hayat. Ia cukup untuk memberikan kesembuhan yang diperlukan tanpa mengakibat kan kemelaratan. Dalam homoeopati, penawar yang dirujukkan ialah dalam dos yang telah diperkecilkan. Justeru itu ia jarang, malah tidak diberi dalam bentuk mentah (crude form) atau titikan ibu (mother tinctures). Penawar-penawar yang diperkuatkan kuasa (potentise) atau berpotensi disediakan mengikut aturan……… (mukadimah Bab 3) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 1997. Perubatan
Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.