MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
FALSAFAH
PERUBATAN HOMOEOPATI
| |
| MUKA DEPAN |
Konsepsi falsafah yang diajar oleh Dr. Samuel Hahnemann adalah berbeza daripada konsepsi Barat yang meletakkan landasan sains terapeutiknya berasaskan patologi, bakteria, penemuan-penemuan, teori-teori antitoksik dan seumpamanya. Sebaliknya, beliau mendasarkan permasalahan penyakit dan kesembuhannya kepada prinsip vital force yang berperanan memberikan tenaga kehidupan kepada tubuh manusia di mana perkaitan dengan penawarnya ialah keserupaan-semboyan. Buku “Organon of Medicine” atau yang disebut sebelum ini sebagai “The Organon of the Healing Art” merupakan sumber rujukan yang paling autoritatif dalam mengamal homoeopati. Berdasarkan buku inilah asas falsafah dan prinsip-prinsip amalan perubatan homoeopati diterima-pakai dan dikembangkan ke seluruh dunia. PENGENALAN
KEPADA FALSAFAH KESEMBUHAN Falsafah kesembuhan homoeopati telah dinyatakan secara terang di dalam para 1 Organon, iaitu: “The physician’s high and only mission is to restore the sick health, to cure as it is termed.” Yakni: setinggi-tinggi dan satu-satunya tugas doktor itu ialah mengembalikan sakit kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki. Sementara tentang caranya di terangkan di dalam para 2, Organon sebagai berikut:
“Cara
penyembuhan yang paling ideal ialah mengembalikan
kesihatan dengan jalan yang cepat,
lemah-lembut dan berkekalan,
atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya
dalam jangka masa yang pendek, dapat dipertanggungjawab
serta paling
tidak memudaratkan menurut
kaedah yang ma’kul.”
Di dalam hal ini, jalan yang ‘cepat’ (rapidly) yang dimaksudkan oleh Dr. Hahnemann ialah “tanpa penangguhan yang tidak perlu, merugikan masa dan wang”………………………… (mukadimah
Bab 2) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 1997. Perubatan
Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.