MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
RAWATAN
‘FIRST AID’ HOMOEOPATI
| |
| MUKA DEPAN |
PENGENALAN First aid homoeopati mempunyai konsep dan sasaran yang hampir sama tetapi sedikit berbeza dengan first aid yang umum difahami. Ini adalah kerana selain daripada berfungsi sebagai rawatan awalan di dalam keadaan kecemasan, ia juga bertujuan untuk memberi kesembuhan yang segera dalam kes-kes tertentu di mana semboyan yang dipaparkan itu bertepatan.
Orang yang
mengamal first
aid homoeopati
seharusnya mempunyai kelebihan berbanding dengan seorang penolong
cemas. Bagaimanapun ini hanya
benar sekiranya ia mempunyai kedua-dua kemahiran, iaitu kemahiran seperti
yang biasa terdapat dalam
kursus pertolongan cemas yang
dikendalikan oleh
pertubuhan sukarela seperti
St. John Ambulance (dan Bulan
Sabit Merah) dan kemahiran
menggunakan penawar-penawar homoeopati yang mampu….. ……………. KECEDERAAN
KULIT Kita telah maklum bahawa antara fungsi-fungsi kulit ialah ia melindungi tubuh badan daripada pelbagai ancaman seperti ancaman kuman, perubahan suhu dan keadaan basah @ kering. Selain itu, kulit juga menjadi benteng bagi mempertahan- kan kehilangan cecair dari badan supaya tidak kekeringan. Kecederaan kulit boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang memerlukan similimum penawar yang berbeza. Bahagian-bahagian itu ialah: a.
Luka terhiris b.
Luka laserasi c.
Luka melelas d.
Luka ditikam @ ditusuk e.
Kecederaan lebam Luka
Terhiris Luka terhiris di sini ialah luka yang disebabkan oleh alat tajam seperti pisau. Dalam membuat kerja-kerja rumah, kecenderungan untuk mendapat luka jenis ini mudah sekali berlaku. Semasa menghiris bawang, memotong daging dan seumpamanya, secara tak sengaja kita mungkin terkena mata pisau atau parang atau sebarang benda tajam. Apabila kulit kita terhiris, pendarahan akan berlaku. Biasanya, banyak sedikitnya pendarahan bergantung atas dalam tidaknya luka berkenaan dan samada pembuluh darah terlibat. Rawatan Homoeopati: Bagi luka terhiris oleh benda tajam seperti pisau, terdapat dua jenis penawar yang biasa digunakan, iaitu Calendula dan Hypericum. Tetapi terlebih dahulu, hendaklah dibasuh tempat luka tersebut dengan air bersih. Kemudian baru ditampal dengan kapas yang mengandungi penawar yang sesuai untuk dibalut ditempat yang luka.……… (mukadimah
dan petikan Bab 4) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 1997. Perubatan
Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.