MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
GARAM TISU
BIOKIMIA
| |
| MUKA DEPAN |
PENGENALAN Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan insan ialah pemakanan yang bukan saja mesti mencukupi tetapi juga seimbang. Kesihatan seseorang itu boleh terganggu apabila saja berlaku malnutrisi, kekurangan atau berlebihan makanan. Demikian juga dalam amalan perubatan biokimia, di mana mereka menganggap bahawa keseimbangan garam galian asli yang terdapat di dalam tubuh badan manusia amat penting bagi kesihatan. Lantas, ahli biokimia percaya sekiranya kesihatan seseorang itu terganggu maka garam tisu biokimia boleh membantu mengimbang dan mengembalikan keseimbangan. Justeru itu, benar juga apabila ada pandangan merumuskan bahawa perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada komponen-komponen penting pelbagai tisu dan kepada keperluan nutrisi sistem, terutamanya apabila pemakanan moden kerap mengalami kekurangan dalam elemen-elemen galian tertentu seperti vitamin, mineral dan seumpamanya. Di dalam bab ini, kita berikan tumpuan khusus kepada pembicaraan yang berkaitan dengan garam tisu dan homoeopati. SEJARAH PENEMUAN Pentingnya garam tisu telah dikenalpasti seawal tahun 1832, tetapi hanya pada tahun 1873 terapi garam tisu (tissue salts therapy) diperkenal dan digunakan. Orang yang bertanggung jawab membangun dan memberi istilah “biochemics” dan “tissue salts” ialah Dr. Wilhelm H. Schuessler (1821-1898), iaitu seorang doktor homoeopati di Oldenburg, German. Beliau menyatakan kedua belas garam tisu sangat penting kepada kesihatan dan lantas menerangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap garam tisu itu di dalam tubuh. Beliau juga menyenaraikan penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan cara menggunakan garam tisu sebagai ubat dalam bentuk tablet. Schuessler menyimpulkan bahawa sekiranya satu-satu organisme menerima bekalan garam tisu asas (the body builders) secukupnya, maka sukarlah atau tidak mungkin penyakit menghidapi individu itu. Beliau beranggapan bahawa penawar-penawar homoeopati yang begitu banyak sebenarnya tidak perlu. Lantas beliau meletakkan dasar teorinya berlandaskan ide bahawa kesemua bahan-bahan yang perlu untuk mengembalikan organisme yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati di dalam sistem itu sendiri. (mukadimah
dan petikan Bab 6) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, 1997. Perubatan
Homoeopati – Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.