MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
SIMPTOM
DAN DIAGNOSIS
| |
| MUKA DEPAN |
Makna
penyakit di dalam ilmu perubatan moden bermaksud sebarang perubahan terhadap
keadaan kesihatan seseorang di mana sebahagian atau seluruh tubuh tidak
dapat berfungsi seperti biasa. Dalam suasana tersebut pesakit akan mengalami
simptom-simptom tertentu, yang mana di segi istilah ia merujuk kepada
sebarang perubahan subjektif di dalam fungsi-fungsi tubuh yang tidak tampak
kepada doktor seperti rasa sakit dan loya. Pesakit itu juga dikatakan akan
menunjukkan tanda-tanda, yakni perubahan objektif yang boleh dicerap dan
diukur. Contohnya ialah demam, ruam-ruam, lesi dan bengkak. Dalam
amalan perubatan juga, diagnosis dianggap sebagai suatu seni yang membezakan
antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Atau suatu seni dalam
menentukan keadaan semulajadi penyakit. Biasanya hal ini dapat dilakukan
setelah sejarah perubatan pesakit dan pemeriksaan fizikal dibuat. Seandainya
keputusan tidak dapat disahkan, penyiasatan lanjut akan dibuat bagi membantu
mengesahkannya. Di
dalam homeopati, sebelum seseorang
boleh menguasai ilmu dan seni pemberian penawar homoeopati (the
art of homoeopathic prescribing), dia mesti terlebih dahulu menerima
kata-kata (dictum) Dr. Hahnemann
bahawa semua sakit demam boleh dikenalpasti menerusi tanda-tanda (signs)
dan simptom-simptom yang ia hasilkan, samada hal itu dilaporkan oleh pesakit
atau diperhatikan oleh doktor. Dengan perkataan lain, ini menunjukkan bahawa
keadaan penyakit (disease state)
boleh dikenalpasti bukannya menerusi pemberian label, yang diistilahkan oleh
ilmu perubatan moden sebagai ‘diagnosis’,
tetapi hanya menerusi tanda-tanda dan simptom-simptom yang ia
timbulkan. Hal
ini berlaku justeru Dr. Hahnemann telah mencampakbuang teori konvensional
perubatan dan membataskan dirinya kepada pemerhatian fakta-fakta yang pasti
dan tetap. Di mana sesuatu yang tetap itu sudah pasti berada di atas fitrah.
Undang-undang the law of similars
atau masyhur dengan ungkapan similia
similibus curentur telah disebut berulang kali sebelumnya. Tetapi ia
jugalah yang sentiasa tetap dan mengawal rawatan yang diberikan oleh
setiap doktor atau pengamal homoeopati. Malahan, undang-undang yang
berasaskan nature ini menjadi
tonggak bagi amalan praktikal. Dan sememangnya peraturan praktis ini telah
berjaya dibuktikan berkali-kali selama seratus lima puluh tahun sejak
homeopati diperkenalkan
……………… (mukadimah Bab 5) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
1999.
Homeopati: Perubatan Alaf Baru. Banting:
HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.