MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
HOMEOPATI,
SISTEM TUBUH DAN IRIDOLOGI
| |
| MUKA DEPAN |
Sebagaimana
yang kita tahu, homeopati merawat berdasarkan simptom-simptom pesakit secara
keseluruhan. Apabila dirawat secara demikian, homeopati mungkin terkedepan
dari segi kemampuan memberikan rawatan. Ini adalah kerana ber-kemungkinan
pesakit yang belum menzahirkan penyakitnya secara fizikal atau belum dapat
disahkan oleh mana-mana doktor atau peralatan sofistikated mengenai jenis
penyakitnya sudah berupaya dirawat oleh homeopati. Dari
satu aspek perubatan, simptom-simptom penyakit si pesakit yang berlaku
adakalanya menunjukkan terdapat masalah pada sistem tubuh. Apabila dapat
dikenalpasti masalah pada sistem tubuh, homeopati juga boleh menyarankan
satu kaedah rawatan yang sangat hampir dengan sistem yang pada asalnya
berpandukan manifestasi keseluruhan simptom. Rawatan tersebut adalah dengan
menggunakan penawar yang disesuaikan dengan masalah sistem tubuh atau organ
yang terlibat. Penawar-penawar
yang dimaksudkan boleh didapati daripada penawar yang dikenali oleh ahli
homeopati sebagai remedi homeopati yang spesifik atau penawar-penawar yang
tersenarai di dalam perubatan terapi organ (organotherapy).
Kumpulan penawar-penawar ini biasanya dikenali sebagai remedi organ. Tanpa
mengenalinya sebagai remedi organpun, sudah ramai ahli homeopati yang
prihatin terhadap sekumpulan penawar homeopati yang berkesan dan berperanan
dalam terapi yang dikenali sebagai drainage
therapy. Di mana menerusi kaedah ini, sesuai dengan tujuan homeopati
untuk membantu tubuh menerusi pemulihan kuasa hayat, penawar berkenaan juga
boleh berfungsi sebagai penyalir kepada sistem tubuh di samping mengaktifkan
semula organ-organ yang berkaitan. Sebagai
contoh, penawar yang sesuai dipreskripsi bagi masalah sistem pencernaan
adalah merangkumi penawar Condurango,
Ornithogalum, Nux vomica,…………… (mukadimah Bab 6) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
1999.
Homeopati: Perubatan Alaf Baru. Banting:
HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.