MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
HOMEOPATI:
RINGKASAN
SEJARAH DAN
FALSAFAH
| |
| MUKA DEPAN |
Konsep
dan undang-undang fundamental homoeopati
telah ber-mula sejak abad ke 5 sebelum Masehi, iaitu di zaman Hippocrates
yang merupakan seorang ahli perubatan Greek yang masyhur.
Hippocrates pernah berkata: “...Menerusi benda yang serupa
sesuatu penyakit itu
terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan.”
Sungguhpun begitu, orang yang bertanggungjawab men-canang dan
membangunkan konsep di atas kepada satu sistem
perubatan yang saintifik dan sistematik ialah seorang ahli
perubatan German yang
lahir di Meissen pada tahun 1755. Beliau
ialah Dr. Samuel Hahnemann, iaitu seorang yang mahir dalam pelbagai
bahasa, ilmu kimia dan ilmu perubatan konvensional.
Malangnya beliau tidak berpuas hati dengan amalan
perubatan di zamannya
yang mementingkan pembuangan penyakit dan
pembedahan yang terpaksa melalui proses
yang menderitakan
pesakit. Tambahan lagi, ubat-ubat berbahaya
begitu mudah sekali
diberikan kepada pesakit-pesakit yang sukar disembuhkan. Dalam
ungkapan Dr. Hahnemann sendiri, kenyataan ini menunjukkan
“lebih ramai manusia mati akibat rawatannya berbanding kerana
penyakitnya”.
Beliau lantas meninggalkan amalan perubatan ortodoks yang
dipelajarinya dan beralih kepada kegiatan menterjemah buku-buku untuk
menyara hidup keluarganya. Usaha penterjemahan
beliau meliputi
terjemahan buku-buku daripada bahasa Perancis,
Inggeris dan Greek ke bahasa German. Sambil menterjemah buku-buku
tersebut ke bahasa ibundanya, beliau tidak lupa memberi pandangan peribadi
beliau. PENEMUAN
SISTEM PERUBATAN
Sewaktu sedang menterjemah buku “A
Treaties on Materia Medica”
yang ditulis oleh Dr. William Cullen daripada
bahasa Inggeris ke bahasa German, tiba-tiba beliau telah diilham- kan
dengan penemuan remedi herba untuk penyakit malaria.
Beliau terus mencuba beberapa dos remedi herba Cinchona
untuk melihat kesannya. Jelas kepadanya Cinchona
mampu menghasil-kan simptom-simptom penyakit malaria seperti sakit kepala,
me-ngantuk dan demam menggeletar.
Berikutan kejadian itu, beliau menyimpulkan bahawa se-benarnya
simptom-simptom menunjukkan cara
tubuh melawan penyakit, dan penawar-penawar yang boleh menghasilkan
simptom-simptom yang serupa sebagaimana simptom-simptom penyakit
akan membantu
ke arah kesembuhan.
…… (mukadimah Bab 2) | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
1999.
Homeopati: Perubatan Alaf Baru. Banting:
HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.