MALAYSIA HOMOEOPATHY CYBER LIBRARY
![]() |
|
| Terbaik daripada Konsultan HBI |
HOMEOPATI
DAN PERUBATAN MODEN
| |
| MUKA DEPAN |
TENTANG
PELOPORNYA Adalah
wajar pada peringkat ini diperjelaskan bahawa bukan hanya Dr. Samuel
Hahnemann yang mempunyai asas ilmu pengetahuan
dan perubatan yang kukuh. Para pengikut beliau dan
pelopor sistem perubatan homeopati yang lain turut terdiri
dari-pada doktor-doktor dan pakar perubatan yang berpelajaran
tinggi. Buku yang sekecil
ini tidak akan mencukupi untuk memuatkan cerita-cerita bagaimana
doktor-doktor ini menjadi begitu terpikat kepada homeopati sehingga mereka
turut dilamar ejekan, cemuhan, kemiskinan
dan malah mengambil risiko mengorbankan nyawa demi semangat cintanya
kepada seni kesembuhan
yang sebenar.
Mungkin satu atau dua kejadian dalam hidup mereka dapat mendedahkan
kepada semua dengan sekali imbas sahaja mengenai sia-sianya
ilmu terapeutik yang
telah mereka pelajari di kolej-kolej sebelum ini apabila dibandingkan
dengan kemampuan ajaib remedi-remedi homeopati dalam menyembuhkan
penyakit-penyakit yang suatu waktu dulu membingungkan mereka sendiri.
Walhal kesembuhan itu berlangsung dengan secara begitu lembut,
licin, cepat tetapi berkekalan.
Daripada sekian ramai orang yang merintis jalan ke arah
memperkemaskan sistem perubatan homeopati, Boeninghausen dikecualikan
daripada senarai mereka yang mendapat pendidikan perubatan konvensional
atau alopati. Namun demikian beliau mempunyai kemampuan dan keupayaan yang
luar biasa sehingga King Wilhelm IV mengeluarkan perintah kabinet
menganugerah-kannya kebenaran untuk mengamal sebagai seorang doktor. Itu-pun,
keterlibatannya dalam homeopati adalah diasaskan oleh suatu peristiwa yang
kukuh. Iaitu rasa terhutang budinya terhadap homeopati justeru beliau
dapat bebas daripada penyakit T.B.
Constantine Hering yang menerima tanggungjawab dari-pada Dr.
J.H.Robi untuk menulis tesis bagi tujuan memperkecilkan homeopati pernah
berusaha dan melakukan penyiasatan terhadap sistem baru tersebut. Tetapi
selepas saja mengkaji bahan-bahan tulisan mengenai homeopati untuk tujuan
menulis tesisnya dan apabila
jarinya yang memburuk selepas melakukan satu autopsi telah berjaya
diselamatkan daripada pemotongan (amputation)
hanya setelah mengambil satu
remedi homeopati, beliau segera beralih
kepada sistem yang diasaskan oleh Dr. Hahnemann dan telah menjadi salah
seorang pelopor …… (mukadimah Bab 3 | |
|
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD.,
1999.
Homeopati: Perubatan Alaf Baru. Banting:
HBI Health & Homoeopathy Centre. |
Semua bahan adalah hakcipta HBI Health & Homoeopathy Centre. Saranan dan komentar dialu-alukan: mailto:drhatta1@yahoo.com.