ZINCUM MET

Penggunaan Zincum secara triturasi adalah dari logam zink asli. Hasil ujibukti sebagai penawar homeopati menggambarkan simptom kemurungan serebrum. Terdapat tanda-tanda seperti tisu musnah dengan lebih cepat berbanding tisu yang dipulihkan dan keracunan akibat letusan atau discaj yang ditekan ke dalam.

            Yang paling penting perlu diperhatikan ialah simptom-simptom saraf. Di dalam hal ini kita temui kemerosotan vitaliti, peringkat kemurungan pesakit, mungkin akan berlaku kelumpuhan otak, dan konvulsi. Konvulsi disertai dengan muka pucat dan tiada kehangatan. Pesakit teramat lemah dengan tanda-tanda anemia. Ini juga membawa kepada pengurangan dan kemusnahan sel-sel darah merah.

Minda. Daya ingatan lemah. Sangat sensitif dengan bunyian. Benci kerja atau bercakap. Kanak-kanak mengulang segala apa yang dikatakan kepadanya. Rasa takut bila mengingatkan kemungkinan kejadian jenayah. Melankoli. Letargi, bodoh. Otot lemah kerana penyakit pada sistem saraf.

Kepala. Merasakan seperti dia akan jatuh ke sebelah kiri. Sakit kepala disebabkan meminum sedikit wain. Hidrosefalus. Menggolekkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Merodokkan kepalanya ke dalam bantal. Sakit di bahagian oksiput dengan rasa berat di atas kepala. Kedua tangan dan kepala bergerak secara automatik. Otak penat; sakit kepala kanak-kanak sekolah. Dahi sejuk tetapi pangkal otak rasa panas. Menderam dalam kepala. Terjerit ketika takut.

Mata. Pterigium; perit, gatal, berair. Rasa seperti sesuatu menekan kepala. Gatal dan pedih pada kelopak mata serta di sudut sebelah dalam. Ptosis. Membolak-balikkan kedua mata. Sebahagian daripada penglihatan kabur; melarat dengan stimulan. Kejulingan. Amaurosis, serta sakit kepala teruk. Konjunktiva merah dan radang; melarat di sebelah dalam sudut mata.

Telinga. Mencucuk-cucuk halus, mengoyak-ngoyak dan bahagian luarnya membengkak. Keluar nanah busuk.

Hidung. Rasa sakit di sebelah atas; terdapat tekanan di pangkal hidung.

Muka. Kedua bibir pucat, dan penjuru mulut merekah. Kemerahan dan letusan gatal pada dagu. Sakit mengoyak-ngoyak dalam tulang-tulang muka.

Mulut. Gigi longgar sementara gusinya berdarah. Gigi-gigi mengertak. Rasa seperti darah. Lepuhan pada lidah. Susah tumbuh gigi; kanak-kanak lemah; kaki bergerak-gerak dan rasa sejuk

Kerongkong. Kering; selalu cenderung untuk mendehem keluar lendir kental. Rasa melecet dan kekeringan di dalam tekak dan larings. Otot-otot tekak sakit ketika menelan.

Perut. Tersedu, loya, memuntahkan lendir pahit. Membakar dalam perut, pedih hulu hati bila makan benda manis. Tidak boleh menerima walaupun sedikit sahaja minum wain. Terasa amat lapar sekitar jam 11 pagi. [Sulph.] Makan dengan lahap; tetapi tidak dapat makan dengan cepat. Dispepsia atonik; rasa seolah-olah perut terlalu lemah.

Abdomen. Sakit selepas makan sedikit, serta penuh angin. Sakit di sekawasan bawah pusat. Mencengkam dan mengocak-ngocak; kembung. Kolik flatulens, serta abdomen menguncup. [Plumb.] Sakit pada hati yang mengeras dan membesar. Simptom refleks daripada ginjal. Rasa mencengkam selepas makan.

Urin. Boleh mengosongkan kencing hanya apabila duduk melentuk ke belakang. Retensi histerikal. Kencing secara tak sengaja ketika berjalan, batuk atau bersin.

Rektum. Najis yang keluar kecil, keras, sembelit. Kolera infantum, serta tenesmus; discaj mukus berwarna hijau. Diarea yang terhenti secara tiba-tiba, diikuti dengan simptom-simptom serebrum.

Lelaki. Buah zakar membengkak, menarik ke atas. Zakar mengeras ganas. Emisi beserta hipokondriasis. Bulu-bulunya gugur. Buah zakar tertarik ke atas hingga kepada korda spermatik.

Perempuan. Sakit ovari, terutama sebelah kiri; tidak boleh duduk diam. [Viburn.] Nimfomania. Haid terlampau lambat, tertahan; lokia juga tertahan. [Puls.] Buah dada sakit dan putingnya perit. Haid keluar dengan banyak sebelah malam. [Bov.] Semua aduan menjadi lega apabila darah haid keluar. [Eupion.; Lache.] Kesemua simptom-simptom kewanitaan berkait dengan keadaan resah gelisah, kemurungan, kesejukan, kelembutan spina dan ketidak selesaan anggota kaki. Batuk sebelum dan semasa haid jenis kering.

Respiratori. Tekanan membakar di bawah sternum. Sakit memotong dan mencerut dalam dada. Keparauan. Batuk spasmodik, melemahkan; melarat bila memakan makanan manis. Kanak-kanak memegang kemaluan semasa batuk. Bronkitis jenis asma, beserta mencerut pada dada. Dispnea lega sebaik sahaja berjaya mengeluarkan kahak.

Belakang. Sakit di tengah-tengah belakang. Tidak dapat menanggung sakit bila bahagian belakang di sentuh. [Sul.; Therid.; Cinch.] Tegang dan menyengat di antara dua bahu. Iritasi spina. Sakit di kawasan dorsal akhir atau vertebra lumbar pertama; melarat bila duduk. Membakar di sepanjang spina. Tengkuk rasa penat akibat menulis atau sebarang aktiviti menggunakan tenaga. Mengoyak-ngoyak dalam tulang kipas.

Ekstremiti. Kelumpuhan, kelemahan, serta otot-otot bergetar dan merenggut-renggut. Bengkak bulat-bulat merah serta gatal akibat sejuk. [Agar.] Kaki terpaksa bergerak-gerak, tidak boleh diam. Terdapat vena varikos besar pada kaki. Berpeluh. Konvulsi serta muka pucat. Sakit melintang terutama pada anggota atas. Bahagian tumit kedua kaki sensitif. Menapak dengan keseluruhan tapak kaki.

Tidur. Menjerit-jerit semasa tidur; tubuh menyentak; bangun dari tidur dengan ketakutan, merenung jauh. Bila tidur kaki bergerak-gerak. Meraung kuat sebelah malam sewaktu tidur tanpa menyedarinya. Somnambulisme.[Kali phos.]

Kulit. Vena varikos, terutama bahagian anggota bawah. [Puls.] Formikasi kawasan anggota kaki seolah-olah ada pepijat merayap di atas kulit, yang mengganggu tidur. Ekzema, terutama pada pesakit neurotik dan anemia. Gatal-gatal di kawasan paha dan dalam rongga lutut. Letusan-letusan lama muncul kembali.

Demam. Bahagian belakang sebelah bawah menggigil demam, kerap. Anggota kaki tangan sejuk. Berpeluh malam. Kaki berpeluh lebih banyak.

Modaliti. Melarat ketika tiba haid, daripada sentuhan, di antara jam 5 hingga 7 petang; selepas makan malam, akibat meminum wain. Lega ketika makan, keluar discaj dan timbul letusan.

Hubungan. Bandingkan: Agaric.; Ign.; Plumb.; Agent.; Puls.; Helleb.; Tuberc. Inimikal: Nux.; Cham. Juga lihat Lach.; Stan.; Mosch.

Dos. Potensi ke 2 hingga 6.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre