TEREBINTHINA

Dari segi sejarahnya, Terebinthina merupakan ubat yang banyak disalahgunakan oleh doktor alopati. Justeru, ahli homeopati sering mengenepikan penggunaannya. Mengikut Dr. E.A.Farrington, tindakan utama Terebinthina ialah ke atas buah pinggang dan pundi kencing. Ia boleh digunakan bagi merawat metritis, peritonitis, pneumonia, hidrosefalus, demam tifoid dan skarlatina sekiranya terdapat simptom-simptom renal seperti membakar dalam buah pinggang, sakit menjalar dari buah pinggang hingga ke ureter, kencing sakit serta rasa panas membakar, dan urin mengandungi albumin.

            Terebinthina dikatakan mempunyai afiniti selektif kepada permukaan yang berdarah. Selain daripada simptom-simptom urinari seperti di atas, ia dirujuk bagi timpanit; keradangan pada kedua buah pinggang, serta hemoraj; tanda-tanda mengantuk; koma; penyakit Bright yang didahului oleh dropsi.

Minda. Tidak dapat menetapkan perhatian. Saraf mudah terangsang. Mudah marah, terutama kanak-kanak yang sedang tumbuh gigi. Bimbang cemas ketika hendak masuk tidur.

Kepala. Sakit seperti terdapat ikatan melilit kepala. Vertigo, serta penglihatan semakin kabur. Gangguan perasaan keseimbangan. Letih dan konsentrasi pemikiran menjadi sukar. Sejuk dalam kepala serta lubang hidung melecet dan cenderung berdarah.

Mata. Neuralgia siliari di atas mata sebelah kanan. Sangat sakit dalam mata dan di bahagian tepi kepala. Ambliopia akibat dari meminum alkohol.

Telinga. Suara sendiri bunyi luar biasa; berdengung , bercakap dengan kuat menyakitkan. Otalgia.

Mulut. Lidah kering, melecet kemerahan, bersinar; membakar di bahagian hujung, serta papila menonjol keluar. [Arg. Nit.; bell.; Kali bi.; Nux. m.] Nafas sejuk, berbau busuk. Rasa tersedak di kerongkong. Stomatitis. Penggigian.

Perut. Loya dan muntah; panas di kawasan hulu hati.

Abdomen. Terlalu kembung. Cirit-birit; najis cair, hijau, busuk, mengandungi darah. Sakit sebelum berkentut dan berak, serta lega selepas berak. Hemoraj dari usus. Kecacingan. Dropsi di kawasan abdomen; peritonitis pelvis. Pengsan selepas tiap kali keluar najis. Inflamasi kolon dan usus kecil, serta terdapat hemoraj dan ulserasi.

Urinari. Kencing sakit dan urin mengandungi darah. Air kencing keluar sedikit, tertahan, berbau. Uretritis serta sakit bila mengeras. [Canth.] Ginjal radang menuruti sebarang penyakit akut. Tenesmus berterusan.

Lelaki. Testes tertarik ke dalam dan berspasmodik. Spermatorea. Air kencing   keruh, berhampas kekuningan. Gonorea.

Perempuan. Membakar kuat  dalam kawasan rahim. Metritis; peritonitis selepas bersalin. Metroragia beserta rasa membakar dalam rahim.

Respiratori. Pernafasan sukar; paru-paru rasa kembang; hemoptisis. Keluar kahak bercampur darah.

Jantung. Nadi kencang, halus, seperti benang, intermiten.

Belakang. Sakit membakar di kawasan ginjal. Menarik dari sebelah buah pinggang kanan hingga ke pinggul.

Kulit. Akne. Eritema; pustul gatal, letusan bervesikel; urtikaria. Purpura, ekimosis, dropsi. Skarlatina. Bengkak merah bulat serta sangat gatal dan sakit berdenyut. Otot-otot sakit sepert melecet.

Demam. Panas serta sangat haus, lidah kering, berpeluh sejuk, melekit. Tifoid serta abdomen kembung angin, hemoraj, hampir tidak sedarkan diri, meracau. Sangat lemah.

Tidur. Letargi. Tidur terbantut, terganggu serta berbolak-balik, dan kerap bangun berjalan. Bermimpi.

Hubungan. Bdgkan dgn Alumen.; Secale; canth.; Nit. ac.

Antidot: Phos.

Dos. Potensi pertama hingga 6.

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre