PULSATILLA NIGRICANS

Pulsatilla nigricans adalah sejenis herba saka dari keluarga Ranunculaceae yang mempunyai bunga berbentuk loceng berwarna biru muda atau ungu gelap. Ia tumbuh di padang lapang dan dataran di kawasan kering. Tinktur Pulsatilla disediakan daripada seluruh pokoknya yang masih segar sewaktu sedang berbunga.

            Pulsatilla diperkenalkan ke dalam perubatan pada tahun 1771 oleh Anton von Stoerck yang melaporkan pernah menggunanya bagi merawat penyakit mata, lumpuh, reumatisme, amenorea, melankoli, gangguan kulit dan sebagainya. Penggunaannya terhenti sehingga diperbaharui semula oleh Dr. Hahnemann apabila ujibukti Pulsa­tilla dikeluarkan pada tahun 1805.

            Para ahli homeopati mengguna remedi homeopati Pulsatilla dalam bentuk potensi bagi merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit mata, keradangan, gangguan rahim, masalah haid dan gonorea. Bagaimanapun, keadaan mental dan disposisi serta perangai pesakit merupakan panduan simptom yang lebih diutamakan dalam penggunaan penawar Pulsatilla. Ahli alopati abad ke 19 juga pernah mengguna Pulsatilla bagi merawat masalah yang sama walaupun mereka cuba mengelak daripada memberi kredit kepada Dr. Hahnemann kerana usahanya dalam memperkenalkan semula penawar tersebut. Namun, kegunaannya dalam peruba­tan alopati hari ini hampir-hampir tidak diketahui langsung. 

            Di dalam amalan homeopati, penawar inilah yang dianggap remedi terbaik bagi wanita, terutama bagi mereka yang berperangai halus, lembut, mudah mengalah, bersedih, mudah menangis, meratap-ratap masa bercakap, sikapnya berubah-ubah dan seumpamanya. Pesakitnya tersangat sensitif, inginkan udara lapang dan simptom penyakitnya kerap bertukar-tukar atau berpindah-pindah; tidak haus, perengus dan rasa seram sejuk.

Minda. Melankoli, serta mudah menangis, kesedihan. [Lyc., Plat., Phos.; kegirangan, Croc., Lach.] Pemalu, ragu-ragu dan tidak dapat mem­buat keputusan.  Takut bersendirian di sebelah petang, gelap, hantu jembalang. Gemarkan simpati. Kanak-kanak suka dimanja dan dibelai. Mudah tawar hati. Penyakit takut kepada jantina yang berlainan. Suka bermenung masalah keagamaan (religious melancholy). Mudah mengalah kepada kepua­san dan kesakitan yang melampau. Terlalu mengikut perasaan.

Kepala. Sakit dicucuk-cucuk seperti jarum berkelana di sekitar kepala; sakit menjangkau ke muka dan gigi; pening; lega di udara lapang. Sakit di bahagian depan dan supra orbit. Sakit neural­gia, bermula dalam kawasan temporal kanan, serta bahagian yang sakit mengeluarkan lakrimasi panas. Sakit kepala kerana bekerja lebih. Tekanan di puncak kepala. Mungkin mengalami vertigo seolah-olah mabuk. [Bry., Can. s., Croc., Gels.] Vertigo bila bangkit dari duduk beserta rasa seram sejuk. Atau apabila membongkok, mengangkat kedua mata, selepas makan.

Telinga. Rasa seolah-olah ada sesuatu yang ditolak keluar. Sukar mendengar, seolah-olah ianya tersumbat. Otorea; torek. Discaj; keluar nanah yang pekat, hambar, tidak menyelerakan; baunya busuk. Daun telinga membengkak dan merah. Otitis kataral; radang telinga berlendir. Otalgia, serta sakit mencucuk, mengoyak-ngoyak. [lih. Merc.] Sakit dalam telinga, melarat di sebelah malam. Mengurangkan ketajaman pendengaran.

Mata. Discaj tebal, melimpah, kuning, hambar dan tidak memedihkan. Gatal-gatal dan membakar dalam mata. Keluar air mata melimpah dan bermukus. Kelopak mata keradan­gan dan banyak tahi mata. Ketumbit. Urat mata membesar.  Radang mata kanak-kanak baru lahir. Konjunktivitis subakut, serta lemah matanya; melarat dalam bilik panas.

Hidung. Pendarahan hidung serta koriza kering. [lih. Bell., Phos.] Koriza. Selsema hebat; lubang hidung sebelah kanan tersumbat, sakit menekan pada pangkal hidung. Hilang daya penci­uman. Banyak keruping busuk berwarna hijau dalam hidung. Ter­sumbat sebelah petang. Hingus kuning; banyak di sebelah pagi. Berbau busuk, seolah-olah sudah lama mengidap selsema. Tulang hidung sakit.

Muka. Sakit saraf muka sebelah kanan, serta airmata keluar melimpah. Bibir bawah bengkak, di mana di tengahnya merekah-rekah. Prospalgia; sakit urat saraf sebelah petang se­hingga malam; seram sejuk serta sakit.

Mulut. Rasa berminyak. Mulut kering, tidak haus; berkehendakkan ia kerap dicuci. Kerap menjilat bibir yang kering. Merekah-rekah di bahagian tengah bibir bawah. Lidah kuning atau putih, diselaputi oleh mukus yang melekat. Sakit gigi; mengurang dengan berkumur air sejuk dalam mulut.. [Coff.] Berbau busuk daripada mulut. [Merc.; Aur.] Makanan terutama sekali roti, rasa pahit. Banyak air liur yang terasa manis. Rasa berubah-ubah, pahit, payau, berminyak, masin, busuk. Hilang rasa. Kepingin meminum tonik.

Perut. Bencikan makanan berlemak, makanan panas, dan minuman. Sendawa; rasa makanan susah hilang dari mulut; selepas minum air batu, makan buah-buahan, kuih-muih. Rasa pahit, hilang rasa terhadap semua makanan. Sakit seolah-olah ulser di bawah kulit. Kembung. Bencikan mentega [Sang.] Pedih hulu hati. Dispepsia; senak perut serta tegang selepas makan; mesti longgarkan pakaian. Tidak haus, iaitu simptom yang terdapat dalam hampir setiap aduan. Muntahkan makanan yang sudah lama dimakan. Sakit perut sejam selepas makan. [Nux.] Rasa berat seperti ada batu, terutama semasa bangkit di waktu pagi. Menggigit-gigit, rasa lapar. [Abies c.] Terasa berdebar-debar di hulu hati. [Asaf.] Rasa hampa, terutama sekali pada peminum teh. Sendawa air, serta rasa mulut busuk di pagi hari.

Abdomen. Sakit, kembung; bunyi menderam kuat. Tekanan seperti ada batu. Kolik; memulas serta seram sejuk sebelah petang. Abdomen kembung selepas setiap kali makan. Enteritis, serta sensitif menyakitkan pada dinding abdomen.

Najis. Menderam, berair; melarat malam. Warna atau sifat najis berubah-ubah. Selepas makan buah-buahan. [Ars.; Chin.] Buasir serta sakit mencucuk dan gatal-gatal. Disentri; lendir dan darah, serta seram sejuk. [Merc.; Rheum.] Tiap-tiap hari berak dua atau tiga kali sehari.

Urin. Rasa hendak kencing makin kuat; melarat bila berbaring. Panas membakar dalam saluran kencing semasa dan sesudah kencing. Terkencing-kencing sebelah malam, semasa batuk ataupun berkentut. Sakit kejang, berspasmodik dalam pundi kencing selepas kencing.

Perempuan. Amenorea; tidak datang haid. [Cimicif.; Senec., Poly­gon.] Haid tertekan kerana kaki basah atau terendam air, lemah urat saraf, atau klorosis, penyakit kurang darah. Haid lewat. Terlalu lambat, sedikit-sedikit, pekat, hitam, membeku, berketul-ketul, berubah-ubah, berbalik-balik. Seram sejuk, loya, menekan ke bawah, sakit, haid sekejap datang sekejap berhenti. Leukorea - keputihan memedihkan, membakar, seperti krim susu. Sakit bela­kang, rasa letih.  Cirit-birit semasa dan sesudah haid.

Lelaki. Orkitis: radang buah zakar; sakit dari kawasan abdomen hingga ke buah zakar. Discaj pekat, kuning daripada salur ure­tra; Gonorea - penyakit kelamin yang sudah lama. Mencerut; kenc­ing menitik-nitik, dan pancutan kencing terhenti. [Clemat.] Radang kelenjar prostat akut. Sakit dan meneran (tenesmus) semasa kencing, melarat berbaring terlentang.

Respiratori. Suara parau berubah-ubah; datang dan pergi. Kering bila batuk sewaktu petang dan sebelah malam; mesti duduk di atas katil untuk mendapatkan kelegaan; dan batuk lepas bebas di waktu pagi, serta keluaran lendir kahak secara banyak. Tekanan ke atas dada dan rasa sakit. Epigastrium sangat sakit. Kencing terpan­cut beserta batuk. [Caust.] Rasa sakit seperti ulser di tengah-tengah dada. Pengeluaran kahak hambar, tebal, pahit, kehijauan. Nafas pendek, bimbang, dan berdebar-debar bila berbaring di sebelah kiri. [Phos.] Rasa diselubungi ketika hendak berbaring.

Tidur. Mata tidak mahu lelap di sebelah petang atau malam; Semasa mula tidur rasa resah gelisah. Bila bangun rasa tidak bermaya; tidak segar. Rasa mengantuk tidak dapat di tahan di waktu tenga­hari. [Merc., Nux, Phos.] Tidur dengan tangan di atas kepala.

Belakang. Sakit menjalar ke dalam tengkuk dan belakang, antara kedua bahu; dalam punggung sakrum semasa duduk.

Ekstremiti. Sakit tegang menarik di bahagian kedua paha dan kaki, serta gelisah, tidak dapat tidur dan seram sejuk. Sakit dalam anggota, berpindah-pindah dengan cepat; sakit tegang, bila melu­ruskan ia berbunyi. Kebas-kebas sekitar siku. Sendi pinggul sakit. Lutut membengkak, serta sakit mengoyak-ngoyak, mencerut. Sakit tumit seperti digerudi apabila petang; tambah melarat akibat daripada membiarkan bahagian anggota yang sakit tergan­tung. [Vipera.] Urat-urat vena di lengan dan tangan membengkak. Kaki merah, radang, membengkak. Kaki rasa berat dan lenguh (weary).

Kulit. Urtikaria; berbedan-bedan selepas memakan makanan yang kaya dengan zat, serta cirit-birit, akibat lambat datang haid, melarat bila membuka pakaian.  Campak. [lih. Bell.] Akne; jerawat semasa baligh. Urat-urat mengelembung biru. Vena varikos.

 Demam. Seram sejuk, walaupun dalam bilik panas, tanpa rasa haus. Seram sejuk serta sakit, di kawasan-kawasan tertentu, melarat sebelah petang. [lih. Ars., Bell., Phos., Rhus.] Seram sejuk kira-kira jam 4 petang. Panas membakar tidak tertahan di waktu malam, serta urat-urat mengelembung; panas di bahagian-bahagian tertentu, sejuk di bahagian tubuh yang lain. Berpeluh di sebelah tubuh sahaja; sakit semasa berpeluh. Panas di bahagian luar tidak tertanggung, urat-urat mengelembung. Semasa tiada demam (apireksia), kepala sakit, diarea, tiada selera makan, loya.

Modaliti. Melarat akibat daripada panas, makanan yang banyak lemak, selepas makan, arah ke petang, bilik hangat, berbaring di sebelah kiri atau di bahagian yang tidak sakit, apabila membiar­kan kaki tergantung. Lega dengan udara lapang, pergerakan, aplikasi sejuk, makanan dan minuman sejuk, walaupun tidak dahaga.

Hubungan.. Bandingkan: Cyclamen; Kali bich.; Kali sulph.; Sulphur. Silicea merupakan penawar kronik bagi Pulsatilla.

Komplemen:  Coffea; Chamom.; Nux. Juga Ignatia.

Dos:  Potensi ke 3 hingga 30, 200 dan 1M.

 

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre