PHOSPHORUS

Phosphorus merupakan unsur penting dalam tubuh manusia dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi dalam bentuknya yang berwarna kuning sangat merbahaya. Gas dan wap Phosphorus yang digunakan di dalam kilang macis dan kimia pernah meracuni ramai pekerja. Bagaimanapun para pengilang hari ini menggunakan Phosphorus merah.

            Penawar ini sesuai bagi orang tinggi yang cepat membesar; resah gelisah, bimbang dan kelihatan lembut; suka ditemani; sangat sensitif terhadap bunyi bising, bau-bauan, cahaya dan sentuhan. Simptom hadir dan berlalu dengan cepat. Phosphorus kerap dirujuk bagi merawat simptom-simptom batuk, bronkitis, demam, pitam, skurvi, tulang lembut, hemoraj, epistaksis dan keadaan loya dan muntah.

 Minda. Semangatnya sangat rendah. Mudah sakit hati. Sangat takut, seolah-olah sesuatu sedang merayap dari setiap sudut. Berkeadaan meramal. Cenderung terkejut. Sangat sensitif terhadap tanggapan atau pengaruh luaran. Hilang memori. Kelumpuhan orang yang hilang akal. Ekstasi. Takutkan mati ketika bersendirian. Otak rasa letih. Kegilaan, disertai idea yang digembar-gemburkan mengenai kepentingan seseorang. Ghairah, menyebabkan panas seluruhnya. Gelisah, gugup. Hyposensitif, tidak acuh.

 Kepala. Vertigo; pening orang tua, waktu bangun. [Bry.] Panas datang dari tulang belakang. Neuralgia; bahagian sakit mesti dipanaskan. Sakit membakar. Sakit kepala kesesakan, kronik. Otak lemah serta belakang kepala kesejukan. Vertigo, serta kepitaman. Kulit kepala rasa terlalu ketat. Gatal-gatal di kulit kepala, dandruf, rambut gugur dalam gugusan besar.

 Mata. Katarak. Rasa seolah-olah semuanya diselubungi kabut atau habuk, ataupun ada sesuatu  yang ditarik dengan kuat menutup mata. Bintik-bintik hitam terapung-apung di hadapan mata. Pesakit dapat melihat dengan baik apabila diletakkan tangan di atas mata. Mata dan kepala letih walaupun menggunakan sedikit sahaja kudrat mata. Nampak lingkaran cahaya hijau seperti melihat cahaya lilin. [Osmium.] Huruf-huruf kelihatan merah. Atrofi saraf optik. Edema kedua kelopak mata dan di sekelilingnya. Konjunktiva putih bersinar dan bulu mata melengkung panjang. Sebahagian penglihatan tidak nampak disebabkan banyak menghisap rokok. [Nux.] Sakit dalam tulang keliling mata. Otot-otot ekstrinsik mata lumpuh. Diplopia; benda-benda yang dilihat menjadi dua. Kerana penyimpangan aksis visual. Amaurosis; buta kerana kerosakan saraf penglihatan disebabkan berlebihan amalan seksual. Glaukoma. Pembekuan darah di salur darah retina dan sel-sel retina mengalami perubahan degeneratif, menjadi rosak. Perubahan degeneratif pada ulas-ulas mata di mana garisan melengkung dan kesakitan kerap dialami oleh orang-orang tua. Gangguan retina oleh cahaya dan pemandangan dikhayalkan halusinasi.

 Telinga. Susah dengar, terutama terhadap suara manusia. Suara bergema dalam telinga. [Caust.] Pendengaran kurang  selepas penyakit demam kepialu.

 Hidung. Hidung kembang kuncup. [Lyc.] Berdarah; epistaksis menggantikan kehadiran haid. Penciuman tersangat tajam. [Carbol. ac.; Nux.] Radang tulang hidung. Khayalkan bau busuk. [Aur.] Katarah kronik, serta berdarah sedikit; sapu tangan sentiasa kena darah. Polip, tumbuh-tumbuh dalam hidung; mudah berdarah. [Calc.; Sang.]

 Muka. Warna kulit muka pucat, seperti sakit; bergelang biru di bawah mata. Muka pucat seperti orang sakit mata mempunyai bulatan biru di sekelilingnya. Sakit mengoyak-ngoyak dalam tulang muka; kemerahan melingkari di sbelah atau kedua pipi. Rahang bahagian bawah membengkak dan mengalami nekrosis. [Amphisbaena.; Hecla lava.]

 Mulut. Gusi bengkak dan mudah berdarah, memborok ulser. Sakit gigi selepas mencuci baju. Lidah kering, licin, merah atau putih, tidak berselaput tebal. Berdarah berterusan selepas gigi dicabut. Mulut pedih menggelupas. Membakar dalam salur esofagus. Kekeringan dalam farings dan tekak. Dahagakan air yang sangat sejuk. Mencerut di pangkal kerongkong.

 Perut. Rasa lapar sebaik sahaja lepas makan. Pengecapan masam dan sendawapun masam  tiap kali lepas makan. Sendawa mengeluarkan banyak angin selepas makan. Mengeluarkan apa-apa yang telah dimakan semulut penuh. Muntah-muntah; air dimuntahkan keluar sebaik sahaja ia menjadi panas dalam perut. Muntah-muntah selepas pembedahan. Bukaan kardiak seolah-olah menguncup, terlalu sempit; makanan yang masuk dengan susah keluar balik. [Bry.; Alum.] Sakit dalam perut; lega dengan makanan sejuk, air batu. Sekawasan perut sakit bila disentuh atau berjalan. Keradangan bahagian perut, serta membakar yang membawa ke kerongkong dan usus. Kesan buruk kerana mengambil makanan mengandungi garam berlebihan.

 Abdomen. Rasa sejuk. [Caps.] Sakit tajam seperti dipotong-potong. Rasa hampa, kosong, lemah dalam seluruh rongga abdomen. Kesesakan hati. Hepatitis akut. Lemak-lemak merosot. [Carbon. tetrachloric; Ars. Chlorof.] Jaundis. Penyakit pankreas. Tompok-tompok kuning, besar pada abdomen.

 Najis. Najis dan kentut sangat busuk. Najisnya panjang, halus, keras seperti najis anjing. Sukar mengeluarkan najis. Berbaring di sebelah kiri menyebabkan rasa hendak berak. Cirit-birit keluar banyak, melemahkan, tidak sakit. Lendir hijau, berbiji-biji seperti sagu. Berak tidak dapat dikawal; rasa seperti dubur sentiasa terbuka. Kelemahan hebat selepas berak. Discaj keluar darah dari rektum semasa berak. Najis putih, keras. Buasir berdarah.

 Urin. Hematuria, mendarah terutama dalam penyakit radang buah pinggang. [Canth.] Kencing berbuih, kecoklatan, serta berkeladak merah.

 Lelaki. Kurang kekuatan. Rangsangan seks kuat tidak tertahan; keluar mani tanpa kawalan, serta mimpi-mimpi bersetubuh selalu.

 Perempuan. Metritis; inflamasi saluran rahim. Klorosis. Flebitis. Trek fistula selepas abses buah dada. Sedikit mendarah daripada rahim antara dua haid. Haid terlalu awal dan sedikit - tidak melimpah tetapi keluarnya sangat lama. Menangis sebelum datangnya haid. Sakit mencucuk-cucuk halus dalam buah dada. Leukorea melimpah, memedihkan serta melecetkan sebagai ganti datangnya haid. Amenorea, serta haid gantian. [Bry.] Penanahan buah dada, membakar, berair, discajnya busuk. Nimfomania; gila seks. Polip; tumbuh-tumbuh dalam rahim.

 Respiratori. Serak; melarat sebelah petang. Larings sangat sakit. Sakit kerongkong para pensyarah; rasa geli gatal hebat dalam larings ketika bercakap. Afonia, melarat petang serta perit. Tidak boleh bercakap kerana sakit di saluran kerongkong. Batuk akibat gatal dalam kerongkong; melarat kena angin sejuk, membaca, ketawa, bercakap, kerana terkena udara sejuk selepas berada di bilik panas. Rasa manis semasa batuk. Batuk perit menyeksakan, rasa ketat, kering, sukar. Kesesakan paru-paru. Sakit membakar, panas dan dada tertekan. Ketegangan merentangi dada; rasa berat di atas dada. Mencucuk-cucuk tajam dalam dada; pernafasan cepat, tertekan. Sangat panas dalam dada. Pneumonia serta rasa tertekan; melarat berbaring di sebelah kiri. Seluruh tubuh menggeletar menyertai batuk. Kahak berwarna karat, bercampur warna darah atau berupa nanah. Penyakit batuk kering pada pemuda kacak yang cepat membesar dan tinggi. Jangan beri dalam potensi terlalu rendah atau terlalu kerap kerana ia mungkin mempercepatkan kemerosotan (penyakit batuk kering) yang merosakkan. Hemoptisis berulang-ulang. [Acal.] Sakit dalam kerongkong bila batuk. Batuk gugup yang dirangsang oleh bau-bauan yang kuat, kehadiran orang yang tidak dikenali; melarat apabila orang asing itu hadir; melarat berbaring di sebelah kiri; dalam bilik sejuk.

 Jantung. Berdebar-debar hebat serta bimbang ketika berbaring di sebelah kiri. Nadi cepat, halus dan lembut. Jantung membesar, terutama sekali bahagian kanan. Rasa panas dalam jantung.

 Belakang. Membakar di kawasan belakang; sakit seolah-olah patah. Panas di antara tulang-tulang kipas. Tulang belakang lembut.

 Ekstremiti. Kelumpuhan saraf deria dan motor jari-jari kaki dan tangan arah ke atas. Mencucuk-cucuk halus dalam sendi-sendi siku dan bahu. Kaki rasa membakar. Lemah dan menggeletar, apabila setiap kali berkuat. Tidak boleh memegang sesuatu dengan kedua tangannya. Tulang kering membengkak dan ulas-ulas(sel/tisu)nya mati. Kedua tangan hingga ke lengan menjadi kebas. Hanya boleh berbaring di sebelah kanan. Kelumpuhan selepas kena penyakit kerongkong, serta rasa merayap-rayap di kulit tangan dan kaki. Sendi-sendi serta-merta menjadi lemah.

 Tidur. Sangat mengantuk, terutama sekali selepas makan. Koma vigil. Payah tidur bagi orang-orang yang sudah tua. Mempi-mimpi terbakar adalah nyata; mengenai pendarahan. Mimpi-mimpi liar. Tidur lambat dan bila bangun lemah. Tidur sekejap dan kerap terjaga.

 Demam. Seram sejuk tiap-tiap petang atau malam. Kedua lutut kesejukan sebelah malam. Tidak cergas serta tidak haus, tetapi luar biasa lapar. Demam berterusan, serta nadi halus, cepat, dan peluh melekit. Meracau seperti orang bodoh. Perpeluhan melimpah.

 Kulit. Luka-luka mengeluarkan darah dengan banyak walaupun lukanya kecil; Luka-luka itu sembuh dan mendarah semula. Jaundis. Ulser kecil didapati di luar borok ulser yang besar. Petekia; bintik-bintik kecil merah tua disebabkan pendarahan bawah kulit. Ekimosis. Purpura haemorrhagia. Skurvi. Penyakit kulit bak kulat dan kutil ekskresens.

 Modaliti. Melarat bila disentuh; membuat kerja-kerja fizikal dan mental; senjakala; makanan atau minuman panas; perubahan cuaca, akibat basah dalam cuaca panas; petang; berbaring di sebelah kiri atau di sebelah yang sakit; ketika ribut petir; menaiki tangga. Lega dalam gelap, berbaring di sebelah kanan, makanan sejuk; udara lapang; sejuk; membasuh dengan air sejuk, tidur.

 Hubungan. Bandingkan: Calc.; Chin.; Antim.; Sep.; Lyc.; Sulph. Juga Tuberculinum yang mengikuti dan melengkapi tindakannya. Komplemen: Ars.; Cepa; Lyc.; Silicea.

Antidot: Nux.

 Dos. Potensi ke 3 hingga 30. Tidak harus diberi potensi terlalu rendah atau dalam dos-dos yang berterusan, terutama dalam kes-kes tuberkular.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre