OPIUM - PAPAVER SOMNIFERUM

Papaver somniferum atau Opium poppy merupakan pokok yang pengetahuan dan kegunaan herbanya telah dicatat berabad-abad lamanya. Hal tersebut boleh ditemui di dalam tulisan Dioscorides dan Linnaeus. Apresiasi terhadap herba ini ialah kerana khasiatnya sebagai bahan analgesik atau me-legakan kesakitan dan membantu seseorang itu tidur. Getah opium dikatakan mengandungi lebih daripada 20 alkaloid, khususnya morfin. Oleh kerana kesan dan penyalahgunaan terhadap herba ini sangat meluas, penanamannya diharamkan oleh banyak negara.

            Homeopati mengambil ekstrak herba ini untuk dibuat tinktur dan dipotentais secara bersiri bagi tujuan mengambil kesan penawarnya sahaja. Dr. Hahnemann menyatakan bahawa tindakan Opium adalah sukar dianggarkan berbanding dengan penawar-penawar lain. Tetapi kesannya jelas ke atas sistem saraf dan adu-aduan yang dicirikan dengan simptom mengantuk, bernafas secara berdengkus, kulit berpeluh dsbnya.

Minda. Ketakutan dan cenderung terkejut. [Ign., Kali c., Nat. m.] Pesakit tidak berkehendak kepada apa-apa pun. Tidak sedar secara total;  keadaan berapoplektik.  Khayalan  yang menakutkan, berani, riang, cerah optimis. Tidak dapat me-mahami atau menghargai penderitaannya. Merasakan dirinya tidak berada di rumah. Bercakap meracau-racau, serta kedua mata terbuka luas.

Kepala. Pening vertigo; kepala rasa ringan bagi orang tua. Rasa bosan, berat dan bodoh. Meracau. Pening selepas takut. Sakit di belakang kepala; juga rasa berat. [Gels.] Perasaan seperti meletup. Lali keseluruhannya, mental tidak dapat memahami apapun. Otak lumpuh.

Mata. Kedua mata separuh pejam, membeliak dan tidak peka dengan cahaya; anak mata lali, menguncup. Ptosis. [Gels.; Caust.] Merenung, berkaca. 

Muka. Merah, mengembung, membengkak, gelap, panas. Kelihatan mabuk khayal, seperti impian dimakbulkan. [Bapt.; Lach.] Kulit muka merenggut-renggut berspasmodik, terutama di penjuru mulut. Vena muka menggelembung. Rahang bawah tergantung. Herot.

Mulut. Kering. Lidah hitam, lumpuh. Busa buih berdarah. Tersangat haus. Kedua bibir meratap. Susah menelan dan mengucap.

Perut. Muntah-muntah, serta kolik dan konvulsi. Muntahkan sisa-sia makanan tidak cerna. [muntahkan darah, lih. Ipec.; muntahkan najis dan urin, Plumb.] Hernia terkurung. [Nux v.] Lapar; tiada kepingin untuk makan.

Abdomen. Keras, mengembung, bertimpanitik. Kolik; semasa cika rasa hendak berak dan mengeluarkan najis keras.

Najis. Sembelit teruk; tidak hendak berak. Najis seperti bebola, bulat, keras dan hitam. Tinja menjulur keluar dan masuk kembali. [Thuj.; Sil.] Tinja tertahan kekejangan di dalam usus kecil. Najis keluar tidak sengaja, hitam, kesat, busuk dan berbuih. Sangat sakit di dalam rektum, seolah-olah ditekan hingga berkecai.

Urin. Keluar perlahan masa hendak kencing; mengalir lemah. Kencing tertahan atau tidak sengaja, selepas ketakutan. Hilang kekuatan atau rasa pada pundi kencing.

Perempuan. Haid tertekan kerana takut. Penghentian sakit hendak bersalin beserta koma dan merenggut-renggut. Konvulsi dalam tempoh pantang; mengantuk atau koma antara paroksisme. Ancaman keguguran dan penekanan lokia, daripada ketakutan serta tidur nyenyak. Sakit seperti hendak bersalin yang dahsyat di dalam rahim, serta didorong oleh rasa seperti mahu buang air besar.

Respiratori. Pernafasan terhenti semasa hendak tidur; mesti dikejut untuk menyambung kembali. [Grindelia.] Parau. Berdengkur dalam; pernafasan berdengkus, bergemelentak. Respirasinya sukar, sekejap-sekejap, dalam dan tidak sama. Panas dalam dada; membakar sekitar jantung. Batuk, serta dispnea dan muka biru; juga terdapat pengeluaran kahak berdarah.

Tidur. Tersangat mengantuk. [Gels.; Nux mosch.] Tertidur dengan tidak sedar macam orang bodoh. Koma sungguh-sungguh. Pernafasan lenyap semasa tertidur. [Grind.] Koma dengan waspada. Membelek-belek kain cadar. Sangat mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Bunyi bising dari jauh, seperti ayam jantan berkokok dsbnya menyebabkannya terjaga. Kanak-kanak yang mimpikan kucing, anjing, lembaga hitam. Katil terasa sangat panas sehingga tidak boleh baring di atasnya. Mimpi-mimpi yang menyeronokkan dan memberahi-kan. Seram sejuk bergegaran; kemudian rasa panas, dalam keadaan tidur dan berpeluh. Haus hanya semasa panas.

Demam. Nadi penuh dan perlahan, serta sukar berdengkur, bernafas. [nadi seperti benang, lemah, perlahan, Verat.] Panas membawa ke seluruh tubuh. Perpeluhan panas. Demam dicirikan dengan keadaan hampir tidak sedar diri, pernafasan berdengkur, kedua anggota merenggut-renggut, amat haus dan rasa mengantuk. Suhunya pula, umumnya rendah serta berkecenderungan untuk tidak sedarkan diri.

Belakang dan Ekstremiti. Opistotonos. Vena leher meng-gelembung. Lumpuh tanpa rasa kesakitan. [Oleand.] Kedua anggota kaki tangan merenggut-renggut. Kekebasan. Tersentak-sentak seolah-olah otot-otot fleksor merenggut dengan berlebihan. Konvulsi, melarat dengan silauan cahaya; kedua anggota kesejukan.

Kulit. Panas, lembap, berpeluh. Sentiasa hendak membuka baju atau selimut. Perpeluhan panas di seluruh tubuh kecuali kedua anggota bawah.

Modaliti. Melarat dengan panas, semasa dan selepas tidur. [Apis; Lach.] Lega dengan benda sejuk, berjalan sentiasa.

Hubungan.. Bandingkan: Apis; Bell.; Gels.; Nux Mosch.; Morphinum.

Antidot: Keracunan Opium akut dan kronik. Atropin dan kopi. Ipecac; Nux; Passiflora. Berberis berguna bagi bertindakbalas ke atas tabiat menggemari opium.

Dos. Potensi ke 3 hingga 30 dan 200.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre