NUX VOMICA

Strychnos nux vomica merupakan tumbuhan malar hijau yang terdapat di India dan Hindia Timur. Nama Nux vomica (poison nut) adalah dirujuk kepada bijian buah berinya. Di dalam Nux vomica terkan­dung bahan brucine dan racun strychnine. Tindakan strychnine inilah yang merangsang semua bahagian sistem saraf pusat yang mengakibatkan kesan refleks. Ia disebut sebagai sejenis konvul­san yang kuat di mana keracunannya akan mengakibatkan kontraksi menyeluruh dan boleh membawa kematian. Ia juga mengandungi kuprum yang turut memiliki ciri konvulsi. 

            Penggunaan strychnine dari sumber Nux vomica di dalam peru­batan pertama kali diperkenalkan oleh orang-orang Arab yang menerangkan tentang kegunaannya di sekitar tahun 1540. Pada abad ke 16 ia digunakan sebagai racun tikus di German. Ia juga diguna­kan sebagai sejenis tonik di Eropah pada abad ke 18. Penggunaan­ Nux vomica menjadi lebih meluas selepas Dr. Hahnemann mengujibuktikan dan menerbitkan hasilnya pada tahun 1805. Sungguhpun para doktor alo­pati pernah menggunakan srtychnine bagi masalah lumpuh, namun pada hari ini tidak terdapat aplikasi perubatan yang diperakui dalam ilmu perubatan tersebut.

            Di dalam homeopati, Nux vomica merupakan salah satu penawar polikrest yang baik bagi rawatan pesakit yang mempunyai  simptom-simptom yang serupa,  khususnya  bagi keadaan penyakit akibat daripada kesan hidup zaman moden. Tinktur ibunya disediakan daripada biji keras Nux yang berserbuk. Ia digunakan dengan sangat meluas dalam bentuk potensi homeopati.

            Sebagaimana yang dapat disaksikan di dalam simptom partikular, pesakit Nux yang tipikal biasanya kurus, cepat, aktif, bimbang, dan merengsa. Dia melakukan banyak kerja-kerja mental; mengalami ketegangan mental, menjalani kehidupan yang banyak rehat, dan membuat kerja-kerja pejabat yang panjang masanya. Orangnya gemar mentalaah secara berlebihan dan rapat perhubungan. dengan perniagaan. Keintimannya disertai dengan sikap terlalu ambil berat akan urusan harian dan hati pula penuh kebimbangan.

            Kehidupan yang sedemikian menyebabkan individu tersebut sering mengambil stimulan, kopi, rokok, wain, sehingga mungkin berlebihan. Malah dia mungkin menjadi mangsa kepada dadah-dadah yang mengkhayalkan. Dia juga gemar mengambil makanan kaya zat. Kerana itu Nux sesuai bagi pesakit yang mengalami gang­guan-gangguan pencernaan, sesak portal, mudah menggigil, seram sejuk atau mungkin mereka yang terlalu sensitif.

Minda. Merengsa. Amat terganggu; sensitif kepada semua tanggapan. Huduh, berdendam dan berniat buruk. Tidak tahan bunyi bising, bau-bauan, cahaya, dsbnya. Tidak mahu disentuh. Masa dirasakan berjalan terlalu perlahan. [Arg. N., Pall.; terlalu cepat, Cocc.] Walau sakit sedikitpun, dia merasa sangat terganggu. Cenderung berusaha untuk mendekati orang lain. Murung marah, mencari-cari kesilapan.

Kepala. Sakit kepala di tengkuk atau di atas mata, serta pening vertigo; otak rasa seperti berpusing dalam satu bulatan. Terlalu sensi­tif. Pening, serta hilang kesedaran buat seketika. Rasa mabuk; melarat di waktu pagi, banyak berfikir, tembakau, alkohol, kopi, udara lapang. Sakit menekan di bahagian atas kepala, seolah-olah sebatang paku diketuk ke dalam. [Ign.; lih. Coff.] Pening berpusing sebelah pagi dan selepas makan malam. Kulit kepala sensitif. Sakit kepala bahagian depan, serta mahu menyondolkan kepalanya kepada sesuatu. Sakit kepala sesak, yang berkaitan dengan buasir. Sakit kepala kena cahaya matahari. [Glon.; Nat. carb.] Rasa gembung dan sakit di dalam, selepas terlebih makan dan minum.

Mata. Fotofobia; tidak tahan kena cahaya; sangat melarat di sebelah pagi. Perit, rasa kering dalam mata. Sakit urat saraf mata, serta mata berair. Urat saraf penglihatan mengecil, kerana selalu menggunakan bahan-bahan memabukkan dan meracunkan. Lumpuh otot-otot penglihatan; melarat dengan tembakau, minuman keras dan stimulan. Merenggut-renggut di lekuk mata sakitnya membawa ke tengkuk. Radang urat saraf penglihatan (optic neuritis).

Telinga. Gatal dalam telinga terasa melalui salur eustachia. Saluran ruang pendengaran kering dan sensitif. Ngeri telinga. Otalgia, melarat semasa tidur. Hiperestesia urat saraf pendenga­ran; suara yang kuat nyaring menyakitkan, dan menyebabkan lelaki itu naik marah. Berdering dalam telinga. [lih. Chin.] Mengaum dalam kedua telinga di waktu awal pagi. [Bell., Lyc., Nit. ac.]

Hidung. Tersumbat; terutama sekali sebelah malam. Selsema menyesakkan nafas, sengau, selepas terdedah kepada udara kering, sejuk; melarat di dalam bilik hangat. Bau boleh menyebabkan pitam. Koriza; banyak hingus di sebelah siang; tersumbat di waktu malam dan di luar rumah; atau bergilir-gilir antara kedua lubang hidung. Hidung berdarah di pagi hari. [Bry.] Hingus keluar memedihkan, tetapi disertai perasaan sesak tersumbat.

Mulut. Rahang terkancing. Ulser kecil berbintik-bintik, serta air liur mengandungi darah. Di sebahagian depan lidah bersih; bahagian pangkal diliputi selaput tebal; putih, kuning, tepi kelilingnya merekah. Gigi-gigi sakit; melarat dengan benda sejuk. Gusi bengkak, putih dan berdarah.

Kerongkong. Rasa kasar menggerutu. Geli menggeletek selepas bangkit di waktu pagi. Rasa kasar, ketat dan tegang. Farings atau pangkal kerongkong mencerut. [Nat. m., Hyos.] Uvula atau anak tekak kembang. Mencucuk-cucuk hingga ke dalam telinga.

Perut. Rasa masam, dan loya di sebelah pagi selepas makan. Berat dan sakit dalam perut; melarat sejurus selepas makan. Kembung dan pedih hulu hati. Pirosis. Sendawa masam, pahit. Loya dan muntah-muntah, serta rasa hendak terjeluak. Tersangat lapar, terutama sehari sebelum diserang dispepsia. Sekawasan perut sangat sensitif dengan tekanan. [Bry.; Ars.] Hulu hati kembang serta senak seperti ada batu menekan, kira-kira beberapa jam selepas makan. Kepingin bahan- bahan yang merangsangkan. Suka makan makanan berlemak. [berlawa­nan dgn Puls.] Dispepsia kerana meminum kopi pekat. Sukar mengeluarkan angin. Rasa hendak muntah, tapi tidak dapat.

Abdomen. Sakit memar di dinding perut. [Apis.; Sulph.]  Senak kembung, serta kejang memulas. Kolik kerana terdedah. Hati sesak, serta mencucuk-cucuk dan pedih. Kolik, serta rasa ditolak ke atas, yang menyebabkan nafas sesak dan terasa hendak berak. Lemah di kawasan sekeliling abdomen. Penyakit burut atau hernia tercekik. [Op.] Menekan di bawah kawa­san abdomen ke arah kemaluan. Hernia umbilikus; burut di pusat najis bayi.

Najis. Sembelit, beserta kerap rasa hendak berak tak menjadi, tidak puas dan tidak sempurna; rasa seperti sebahagian masih tertinggal. Rektum atau poros usus mencerut. Tindak peristalsis tidak teratur; lantas kerapkali rasa hendak berak tidak menjadi, atau najis keluar juga tetapi sedikit-sedikit. Ketiadaan rasa hendak berak adalah satu tanda yang berlainan @ berlawanan. Bergilir-gilir antara sembelit dan cirit-birit - selepas salah guna ubat julab. Rasa hendak berak dapat dirasakan di seluruh abdomen. Buasir gatal, berdarah, serta rasa hendak berak tak menjadi; sangat sakit; selepas menelan ubat yang keras. Diarea selepas banyak makan dan minum; melarat pagi. Kerap keluar najis sedikit-sedikit. Najis keluar sangat sedikit, tetapi disertai rasa hendak berak yang teramat sangat. Disentri; berak melegakan buat sementara. Sentiasa rasa tidak selesa di dubur. Diarea, serta penyakit kuning, jaundis. [Dig.]

Urin. Radang pundi-pundi kencing; daripada kekejangan sfinkter. Sentiasa terpanggil untuk kencing, sedikit-sedikit dan kerap. Hematuria; kencing darah. [Ipec.; Tereb.] Rasa hendak kencing tak dapat, terkejang bila hendak kencing dan keluar menitik-nitik. Kolik ginjal; bisa memulas membawa ke kemaluan, serta kencing meleleh. Semasa kencing, rasa gatal-gatal di saluran kencing dan rasa sakit pada leher pundi-pundi kencing.

Lelaki. Syahwat mudah naik ghairah. Emisi; keluar mani kerana hidup mewah. Kesan buruk kerana berlebihan jimak. Sakit mencer­ut di buah zakar. Orkitis; radang buah zakar. [Hama.; Puls.] Spermatorea, beserta mimpi-mimpi, sakit belakang, panas membakar dalam tulang belakang, kelemahan dan merengsa.

Perempuan. Haid terlalu awal, tetapi berpanjangan; datangnya selalu tidak tetap, darahnya hitam [Cycl.; Lach.; Puls.] serta pitam sebentar-sebentar. Prolapsus uteri; rahim tersembul keluar. Dismenorea; senggugut serta sakit di tulang tong­keng, dan sentiasa rasa hendak berak. Sakit hendak bersalin yang belum begitu kuat dan membawa ke rektum/poros usus, serta rasa hendak berak dan kerap terkencing-kencing. [Lil.] Syahwat terla­lu kuat. Metroragia; banyak keluar darah, serta rasa seolah-olah isi perut hendak beralih.

Respiratori. Suara parau berlendir, serta rasa calar-calar dalam kerongkong. Kejang mencerut. Asma, serta rasa penuh dalam perut, di waktu pagi atau selepas makan. Batuk, serta ada rasa  seperti  sesuatu dikoyak hancur dalam dada. Pernafasan lemah. Sesak nafas. Batuk rasa ketat, kering, terbahak-bahak; kadang-kadang kahak keluar beserta berdarah. Batuk mengembalikan sakit kepala seperti hendak meletup dan sakit memar di sekawasan hulu hati.

Belakang. Sakit belakang di kawasan ruas tulang belakang. Membakar di tulang spina; melarat antara jam 3 hingga 4 pagi. Sakit urat saraf servico-brachial; melarat disentuh. Mesti duduk jika hendak berbalik di tempat tidur.  Sakit memar di bawah tulang belikat. Duduk menyakitkan.

Ekstremiti. Tangan dan lengan tak bermaya. Lengan separuh lumpuh, serta terkejut-kejut. Kaki kebas; merasa lumpuh; keke­jangan di betis dan tumit.  Sebahagiannya lumpuh, kerana banyak berkuat ataupun berendam. [Rhus.]  Sendi-sendi lutut berbunyi meretak semasa bergerak. Menyeret kakinya semasa berjalan. Rasa kekuatan lengan dan kakinya hilang tiba-tiba di sebelah pagi.

Tidur. Tidak boleh tidur selepas jam 3 pagi sehingga subuh; tersedar rasa tidak senang. Mengantuk selepas makan, dan di awal petang. Mimpi-mimpi penuh dengan kelam-kabut dan sibuk. Lega selepas tertidur sekejap, melainkan dikejutkan.

Kulit. Tubuh membakar panas, terutama sekali muka; walaupun begitu bila bergerak atau dibuka selimut rasa seram sejuk. Urtikaria; gegatal serta gangguan pada gaster. Akne; kulit merah dan berbintik-bintik.

Demam. Peringkat sejuk menguasai permulaan demam. Serangan penyakit dapat diduga sebelah pagi. Menggigil yang bersangatan, serta kuku jari-jemari kebiruan. Sakit-sakit dalam anggota dan bela­kang, dan terdapat simptom-simptom gastrik. Seram sejuk; mesti diselimut pada setiap peringkat demam. Perpeluhan masam; hanya separuh bahagian tubuh. Menggigil bila dibuka selimut, namun dia tidak membenar-kan diselimuti. Tubuhnya panas kekeringan.

Modaliti. Melarat sebelah pagi, banyak berfikir, selepas makan, disentuh, rempah-ratus, perangsang @ stimulan, narkotik, cuaca kering, sejuk. Lega bila tidur sekejap jika dibenarkan ia sedar sendiri; di sebelah petang, bila berehat, dalam cuaca lembab, basah [Caust.], dipicit kuat-kuat.

Hubungan..  Komplemen: Sulphur; Sepia.

Inimikal: Zinc.

Bandingkan: Strychnia.  Kali carb.; Hydr.; Lyc.; Graph.

Antidot: Coff.; Ignat.; Cocc.

Dos. Potensi 1 hingga 30 dan ke atas. Nux dikatakan bertindak paling baik di waktu petang.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre