LITHIUM CARB

Carbonate of Lithium tulen ditriturasikan bagi penggunaannya dalam homeopati. Tindakannya serupa dengan alkali lain, tetapi ia merupakan bahan diuretik yang kuat. Dr. Hering merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenal dan melakukan ujibukti pertama penawar ini. Ia dikatakan boleh memberi kesan yang menyeluruh, tetapi secara khusus terhadap kepala dan kedua mata, organ urinari, jantung dan persendian.

Lithium boleh dirujuk untuk pesakit diatesis gout yang biasa mengalami serangan inflamasi sendi-sendi kecil dan jantung secara berulang. Dr.W.Boericke mengunjukkan penawar ini untuk simptom reumatisme kronik yang disertai lesi jantung dan astenopia. Ianya jelas berguna bagi pesakit gout; konstitusi pesakit yang mengalami masalah asid urik di mana seluruh tubuh rasa sakit-sakit.

 Minda. Sukar mengingat nama. Cenderung meratap terhadap kesunyian atau kerinduannya. Bimbang, putus harapan sebelah malam.

Kepala. Tegang, seolah-olah diikat; lega bila duduk dan keluar. Sensitif di bahagian luar. Sakit kepala beransur hilang semasa makan. Menngeletar dan mendenyut-denyut. Sakit dalam jantung membawa ke kepala. Berada dalam keadaan bingung serta berdering dalam telinga. Kedua-dua pipi dilitupi kuping kering seperti dedak atau serbuk sekam.

Mata. Pemandangan nampak separuh; tidak nampak separuh sebelah kanan. Fotofobia. Sakit di atas kedua mata. Kedua kelopak mata kering. Kedua mata rasa sakit selepas membaca.

Perut. Asiditi, loya, menggigit-gigit, lega dengan memakan makanan. [Anacar.] Tidak tahan dengan pakaian ketat, walaupun sedikit. [Laches.]

Urin. Tenesmus. Air kencing keruh, serta terdapat mendapan merah dan mukus. Sakit di kawasan buah pinggang sebelah kanan. Jernih tanpa warna. Semasa kencing, rasa tekanan pada jantung. Inflamasi pundi air kencing; sistitis subakut dan kronik.

Respiratori. Dada rasa dicerut. Batuk ganas apabila membaringkan badan. Udara yang disedut terasa sejuk. Sakit dalam kelenjar susu, yang menjalar ke bahagian lengan dan jari-jemari.

Jantung. Sakit reumatik dalam kawasan kardiak; juga ada rasa mencucuk, berdenyut-denyut. Kejutan yang tiba-tiba dalam jantung. Sakit dalam jantung sebelum tiba haid, dan ada kaitan dengan sakit dalam pundi kencing; hal itu berlakunya sebelum kencing; lega hanya selepas kencing. Menggeletar dan berdebar dalam jantung, membawa ke belakang.

Urinari. Pedih dalam pundi kencing; sakit dalam ginjal kanan dan ureter. Air kencing keruh serta berlendir, sedikit dan gelap, menusuk; mendapan berpasir.

Ekstremiti. Kekakuan yang melumpuhkan anggota. Gatal sekitar sendi-sendi. Sakit reumatik di keseluruhan sendi bahu, lengan dan jari-jemari serta sendi-sendi kecil. Sakit dalam rongga kaki, membawa ke lutut. Sendi jari tangan dan kaki membengkak dan lembut; bengkaknya lega dengan air panas. Bengkak-bengkak kecil pada sendi. Kedua buku lali sakit ketika berjalan.

Kulit. Terdapat letusan yang berkeruping pada tangan, kepala, pipi yang didahului dengan merah-merah pada kulit serta kasar. Mula-mula mencucuk, kemudian gatal. Gunakan potensi tinggi bagi Barberís itch. Ruam-ruam kasar di seluruh tubuh; kulit kering, gatal.

Modaliti. Melarat di waktu pagi, sebelah kanan. Lega bila bangun dan bergerak ke sana ke mari.

Hubungan. Bandingkan dgn Lyco; Ammon phos, Benz ac; Calc.; Lithium chlor; Lithium lact; Lithium benzoic; Lithium brom.

Dos. Triturasi pertama hingga ke 3.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre