KALI PHOS

Kali phos ditemui di dalam semua cecair dan tisu tubuh, terutama saraf, otak, sel darah dan otot-otot. Ia bertindak sebagai antiseptik dan memperlahankan kerosakan tisu. Ia juga merupakan salah satu remedi saraf yang hebat, terutama apabila terdapat gangguan pada sistem saraf simpatetik.

            Ia boleh diberikan bagi pesakit yang terlalu sensitif, keletihan akibat bimbang, gundah dan resah kebimbangan, yang mana semua itu menyebabkan dia tidak dapat tidur. Ciri utama: kekuatan merosot, lemah, letih. Sesuai bagi orang muda. Rujuklah kepada Kali phos apabila pesakit memerlukan kekuatan saraf, neurastenia, atau apabila mengalami kemurungan mental dan keletihan fizikal.

Minda. Bimbang, resah ketakutan, letargi. Tidak cenderung untuk bersemuka dengan orang. Kegundahan dan kelelahan yang melampau. Sangat takut. Mudah terkejut, marah-marah.Otak lembab; histeria; mengigau (night terrors). Berjalan dalam tidur. Hilang ingatan. Bekerja kuat sedikit terasa seolah-olah amat berat. Kelihatan amat murung terhadap sebarang kerja. Malu-malu; tidak mahu ‘bercakap’.

Kepala. Sakit kepala di bahagian belakang; lega selepas bangkit. Vertigo akibat daripada berbaring, ketika berdiri, daripada duduk dan ketika mendongak ke atas. [Granat.]. Anemia serebrum. Pelajar-pelajar yang mengalami sakit kepala, juga bagi mereka yang dilemahkan oleh keletihan. Sakit kepala lega dengan cara bergerak perlahan. Sakit kepala beserta rasa hampa, kosong dan penat dalam perut. [Ign.; Sep.]

Mata. Pandangan kedua mata lemah; hilang daya tanggapan; selepas mengalami difteria; akibat terlalu letih. Kedua kelopak mata terkulai melentuk. [Caust.]

Telinga. Berdengung dan berdesing dalam kedua belah telinga.

Hidung. Penyakit hidung, serta berbau yang menjijikkan; discajnya juga busuk.

Muka. Lebam biru kehitaman dan cengkung, kedua matanya juga cekung. Sakit saraf sebelah kanan, lega dengan aplikasi sejuk.

Mulut. Bau nafas sangat teruk, busuk. Lidah diselaputi warna kecoklatan, seperti biji sawi. Sangat-sangat kering di sebelah pagi. Sakit gigi beserta gusi yang mudah berdarah; ia juga mempunyai lapisan yang berwarna merah muda. Semua gusi lembut dan menyusut ke dalam. [Caps.; Hamam.; Lach.]

Kerongkong. Sakit kerongkong yang memburuk. Korda vokal menjadi lumpuh.

Perut. Rasa hampa yang mengecutkan di hulu hati. [Ign.; Sep.; Sulph.] Rasa mabuk laut tanpa rasa mual.

Abdomen. Diarea; berbau busuk tidak menyenangkan; kadang-kadang disebabkan takut yang disertai kemurungan dan keletihan. Diarea sambil makan. Disenteri; najis mengandungi darah; pesakit menjadi tidak tentu hala; abdomen memboyot. Kolera; najis kelihatan seperti air beras. [Verat.; Ars.; Jatrop.] Prolaps pada rektum. [Ign.; Pod.]

Perempuan. Haid sangat lewat atau terlalu sedikit, orangnya kelihatan pucat, mudah terganggu, sensitif. Discaj terlalu banyak, berwarna merah gelap, halus dan tidak kental; kadang-kadang disertai bau yang busuk. Sakit hendak bersalin yang lemah dan tidak berkesan.

Lelaki. Keluar mani semasa tidur; kekuatan seksnya merosot; lemah selepas berjimak. [Kali carb.]

Organ urinari. Enuresis. Tidak dapat mengawal kencing. Salur uretra berdarah. Air kencing yang keluar berwarna kuning.

Respiratori. Asma; makan sedikit menyebabkan ia tambah melarat. Nafas jadi pendek semasa mendaki tangga. Batuk, mengeluarkan kahak berwarna kuning.

Ekstremiti. Bahagian ekstremiti dan belakang mengalami lumpuh. Usaha untuk berkuat menambahkan kesan melarat. Sakit beserta kemurungan dan diikuti dengan kepenatan.

Demam. Suhu semasa demam berada di bawah normal.

Modaliti. Melarat dengan rangsangan, bila ada rasa bimbang, menggunakan banyak tenaga mental atau fizikal, makan, sejuk, di sebelah pagi. Lega dengan kehangatan, rehat dan makanan berkhasiat.

Hubungan. Bandingkan dgn Zinc.; Gels.; Cimicif.; Laches.; Mur. ac.

Dos. Triturasi ke 3 hingga 12. Di dalam sesetengah kes potensi tinggi sesuai digunakan dengan berkesan.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre