KALI BICHROMICUM

Kali bich mempunyai afiniti pada kawasan perut, usus, saluran pernafasan, tulang dan tisu serat. Bila terdapat jangkitan pada kedua ginjal, jantung dan hati. Berguna bagi nefritis, beserta dengan gangguan gastrik. Sirosis hati; anemia dan ketiadaan demam; kelumpuhan yang dibayangi kelemahan. Ianya sesuai bagi individu yang berkulit cerah dan gemuk yang mengalami katarah atau mempunyai sejarah sifilis atau skrofulus. Simptom-simptom melarat di sebelah pagi; sakit berpindah-pindah dengan cepat, sedangkan simptom reumatik dan gastrik saling menyelangi.

Penawar ini lebih rasi dengan peringkat sakit subakut berbanding peringkat serangan akut; apabila di mana-mana terdapat jangkitan membran mukus; katarah pada farings, larings, bronki dan hidung. Terdapat liang perforasi pada septum; berpolip; perut dan jantung mengalami pendilatan. Panduan utama simptom ialah apabila lendir yang dihasilkan itu bersifat kental, bertalian panjang dan melekit. Terkoyak bahagian septum. Katarah atoni kronik. Polipus. Perut dan jantung mengembang.

Minda. Tidak cenderung berfikir; malas atau mungkin bodoh.

Kepala. Vertigo serta mual apabila bangkit dari duduk. Sakit kepala di kawasan atas kening, yang didahului oleh pemandangan kabur. Sakit dan rasa penuh pada glabela. Sakit kepala separa lateral pada tempat-tempat khusus, dan daripada katarah yang ditekan. Sakit di bahagian hadapan, biasanya di atas sebelah mata. Tulang-tulang dan kulit kepala rasa sakit.

Mata. Sakit saraf supraorbit di sebelah kanan. Kedua kelopak mata rasa membakar, membengkak, beredema. Discaj bertali dan berwarna kuning. Ulser pada kornea; tiada rasa sakit atau fotofobia. Mata rasa gatal-gatal. Konjunktivitis berkrup; kedua kelopak mata bergranul serta panus. Iritis beserta kehadiran mendapan di sebelah dalam kornea. Sakit sedikit tetapi berulserdan radang teruk. [berlawanan dgn Conium.]

Telinga. Bengkak serta sakit mengoyak-ngoyak. Discaj busuk, kental, kuning dan beruntai. Mencucuk-cucuk halus dalam sebelah telinga kiri [di sebelah kiri, Nit. ac.].

Hidung. Kanak-kanak yang sengau, terutamanya bayi yang gemuk montel. Pangkal hidung rasa ditekan dan sakit, sakitnya mencucuk. Septum memborok; ulser bulat-bulat. Bau busuk. Palam kental beranjal keluar dari hidung meninggalkan rasa melecet. Keradangan membawa ke sinus depan, serta pangkal hidung rasa penuh dan sebal. Tahi hidung di dalam lubang hidung belakang [Hydr.] Tiada daya penciuman. Kerap mendehem. Tidak dapat bernafas menerusi hidung. Kekeringan. Koriza serta hidung tersumbat. Bersin teruk. Discaj hidung keluar jernih dan banyak. Sinus depad mengalami inflamasi kronik serta rasa tersumbat.

Muka. Warna kulit pucat kekuningan. Kelihatan merah, rintik-rintik. Akne [Juglans; Kal. Ars]. Tulang muka sensitif, terutama di bawah orbit.

Mulut. Kering, air liur likat melekit. Lidah berpeta-peta, merah, bersinar, licin dan kering serta mempunyai tanda-tanda disenteri. Selaputnya tebal dan berlekuk. Rasa terdapat sehelai rambut di atas lidah.

Kerongkong. Fauses merah dan radang. Kering dan kasar. Kelenjar parotid membengkak. Uvula relaks, beredema, seperti pundi. Kelihatan seolah-olah ada mendapan membran pada tonsil dan lelangit lembut. Rasa membakar menjalar hingga ke perut. Aftae. Difteria serta rasa amat lemah dengan nadi lembut. Discaj dari mulut dan kerongkong kental dan beruntaian.

Perut. Loya dan muntah-muntah selepas meminum bir. Segera penuh selepas makan. Rasa seolah-olah proses pencernaan telah terhenti. Perut mengembang. Gastritis. Perut memborok ulser. Mencucuk-cucuk halus pada kawasan hati dan limpa, menembusi hingga ke spina. Tidak suka air kosong. Tidak dapat mencerna daging. Kemaruk bir dan makanan berasid. Simptom-simptom gastrik lega selepas makan, dan simptom-simptom reumatik muncul kembali. Memuntahkan air berwarna kuning cerah.

Abdomen. Sakit memotong dalam abdomen sebaik saja lepas makan. Ulser tali perut kronik. Rasa sakit di sebelah kanan hipokondrium, penyerapan lemak oleh hati dan peningkatan dalam tisu-tisu lembut berserat. Penguncupan menyakitkan, pedih dan membakar.

Najis. Tahi seperti jeli, bergelatin; melarat di waktu pagi. Disenteri, tenesmus, najisnya pula coklat dan berbuih. Rasa seperti palam dalam dubur. Sembelit berkala serta rasa sakit pada kangkang, dengan kencing berwarna coklat. Sembelit najis kering, berbuku serta membakar pada dubur [Nat. mut; Verat.]

Urinari. Membakar dalam salur uretra. Selepas kencing selalu tertinggal setitis yang sukar dilepaskan. Terdapat mukus bertali dalam air kencing. Uretra menjadi tersumbat. Kedua ginjal sesak; nefritis beserta kencing sedikit, beralbumin dan berkeladak. Pielitis; air kencing bercampur sel-sel epitelial, mukus, nanah atau darah.

Lelaki. Zakar gatal dan sakit, serta berpustul. Ulser serta mencucuk-cucuk, melarat di sebelah malam. Mencerut pada pangkal zakar pada waktu malam bila terjaga. Ulser sifilitik serta banyak keluar lendir seperti keju, bertali. Kerap mengeras [Picric ac].

Perempuan. Leukorea; berwarna kuning melekat-lekat. Pruritus pada vulva serta sangat panas. Prolaps rahim; melarat ketika cuaca panas. Haid terlalu awal serta vertigo, loya dan sakit kepala.

Respiratori. Suara parau; melarat sebelah petang. Batuk keras menetak-netak. Mengeluarkan lendir berwarna kuning yang banyak, melekit dan berkanji; keluar beruntaian, panjang dan melekat. Rasa geli pada larings. Batuk serta sakit pada sternum, membawa ke kedua bahu; melarat ketika tidak berbaju.

Jantung. Mengembang, terutama apabila terdapat lesi ginjal. Rasa sejuk di sekeliling jantung [Kali nit.].

Belakang. Sakit memotong-motong menerusi kangkang; tidak boleh berjalan; menjalar hingga ke lipatan paha. Sakit dalam koksiks dan sakrum, bergerak hingga ke atas dan ke bawah.

Ekstremiti. Sakit bergerak pantas daria setempat ke setempat [Kali sulph; Puls.] Sakit merayau-rayau melalui tulang; melarat dengan sejuk. Skiatika sebelah kiri; lega bila bergerak. Tulang rasa sakit dan memar. Sangat lemah. Sakit mengoyak-ngoyak dalam tibia; reumatisme sifilitik. [Mez.] Kesemua sendi-sendi sakit, membengkak, kejang dan berbunyi seperti bertih. Sakit pada tumit ketika berjalan. Sakit pada kawasan-kawasan tertentu [Oxalic ac.]

Kulit. Kulit kering, merah, panas [lih: Bell.]Akne. Letusan berpustul, seakan cacar [lih: Puls]. Gatal serta letusan bervesikel.

Modaliti. Lega dengan panas. Melarat minum bir, waktu pagi, cuaca panas dan bila buka berpakaian.

Hubungan. Bandingkan dgn Tart emet; Brom; Hepar; Ind; Calc; Ant cr. Juga Brom; Ammon caust; Sulph ac; Ipecac.

Antidot: Ars; Lach.

Dos. Potensi ke 3, 30 dan ke atas.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre