IGNATIA AMARA

Bahan tinktur atau triturasi homeopati disediakan daripada biji buah strychnos Ignatia atau Saint Ignatius’s bean yang mempunyai bentuk seakan buah pear. Ia mengandungi racun strychnine dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding Nux vomi­ca. Tetapi hasil ujibukti menunjukkan ciri yang berbeza di antara kedua penawar tersebut.

            Ignatia dibawa ke Eropah daripada Filipina pada abad ke 17. Meskipun penggunaannya telah bermula sejak kurun itu, namun Dr. Hahnemann yang bertanggungjawab mempopularkannya apabila ujibukti penawar tersebut diterbitkan pada tahun 1805. Elemen yang terdapat di dalam Ignatia mempamerkan adanya unsur sensitif pada saraf, beberapa simptom histeria, neuralgia dan ciri demam yang ganjil. 

            Penawar ini mempengaruhi mental khususnya elemen emosi, di samping turut melibatkan koordinasi fungsi. Justeru, ia merupakan salah satu remedi utama bagi histeria. Ia sangat sesuai terhadap orang yang memiliki tabiat khuatir dan putus asa, perempuan yang sensitif, semulajadinya mudah ghairah, kulit kehitaman, tingkahlakunya lembut, mudah menanggapi dan cepat membuat kesimpulan. Keadaan mental dan fizikal pesakitnya cepat berubah, berlawanan dengan suasana sebelumnya. Dia selalu bersikap waspada, bimbang, cemas, kaku, menggeletar. Ignatia adalah juga penawar bagi kesan buruk akibat bersedih duka dan bimbang.

Minda. Moodnya mudah bertukar; introspektif. Kaji diri sendiri, semak fikiran dan perasaan; murung secara senyap-senyap. Melankolik, sedih, hingga mengeluarkan air mata. Tidak berkomunikasi. [Mengelak daripada bercakap: Con., Bell., Phos. ac.; Ingin bercakap berterusan: Stram.] Mengeluh kesal dan teresak-esak. Selepas terkejut, berduka, ke-kecewaan.

Kepala. Rasa kosong, berat [ringan: Stram.]; melarat bila menunduk. [lega membongkok: Hyos.] Sakit kepala seolah-olah sebatang paku ditarik di sebelah tepi. Sakit seperti kejang pada pangkal hidung. Sakit kepala kongestif selepas marah atau bersedih; melarat bila merokok atau terhidu asap tembakau, menyorongkan muka ke depan.

Mata. Astenopia, serta kelopak mata kekejangan dan sakit saraf sekitar mata. [Nat. m.]  Berkelip-kelip berliku-liku.

Muka.  Otot-otot muka dan bibir merenggut-renggut.  Berubah warnanya bila rehat.

Mulut. Pengecapan masam. Mudah menggigit bahagian sebelah dalam pipi.  Mulut sentiasa penuh dengan liur. Sakit gigi; melarat selepas meminum kopi dan merokok. [lih. Nux.]

Kerongkong. Rasa seperti ada gumpalan dalam kerongkong yang tidak dapat ditelan. Cenderung untuk tersedak, histerikus glo­bus. Sakit kerongkong; rasa mencucuk bila tidak menelan; lega bila memakan sesuatu yang pejal. Mencucuk-cucuk antara masa menelan. Rasa mencucuk-cucuk membawa ke telinga. [Hep.]  Tonsil radang, membengkak, serta berulser kecil.  Radang tonsil foliku­lar.

Perut. Bersendawa masam. Rasa kosong di dalam perut; sangat kembung; tersedu-sedu. Kejang dalam perut; melarat bila terkena makanan. Benci dengan cara pemakanan biasa; cita-citakan kepada pelbagai benda-benda yang tidak hadam. Kepingin kepada benda-benda masam. Rasa tenggelam turun dalam perut, lega dengan menarik nafas panjang.

Abdomen. Menderam dalam usus. Rasa lemah di bahagian abdomen atas.  Berdenyut-denyut dalam abdomen. [Aloe.; Sang.] Sakit kolik, sakit mencengkam di sebelah atau kedua belah abdomen.

Rektum. Gatal-gatal dan dan mencucuk-cucuk di rektum. Prolaps. Najis keluar dengan susah payah; sakit mencerut pada dubur selepas berak. Sakit mencucuk pada tempat buasir semasa batuk. Diarea akibat daripada takut.  Mencucuk-cucuk dari dubur hingga ke dalam rektum. Berdarah dan sakit; melarat bila najis keluar laju. Rasa menekan seolah-olah terdapat satu alat tajam daripada dalam akan keluar.

Urin. Melimpah, jernih. [Phos. ac.] Kerap kencing selepas batuk. Membakar dalam salur uretra semasa kencing.

Respiratori. Batuk spasmodik, kering, dalam bentuk hentak-hentak yang berterusan dan cepat. Beserta koriza. Mencucuk-cucuk spt jarum di sebelah kiri [Phos.; di sebelah kanan, Bell.] Kekejangan glotis. [Calc.] Batuk refleks. Batuk mendorong kehendak untuk batuk. Mengeluh pan­jang. Batuk spasmodik melopong kosong, melarat di sebelah pe­tang, sedikit kahak, meninggalkan rasa sakit dalam trakea.

Perempuan. Haid hitam, terlalu awal, terlalu banyak atau terlalu sedikit. [Puls.; Lambat, sedikit, pucat, Graph.] Semasa haid rasa lesu, serta sakit spasmodik dalam perut dan abdomen. [Cham., Cocc., Nux v.] Kedinginan seksual wanita.  Rasa tertekan kerana sedih-duka.

Ekstremiti. Anggota tersentak-sentak. Sakit di dalam tendon otot-otot dan labu betis. Sakit seperti ulser dalam kedua tumit.

Tidur. Tidur ringan atau sedikit. Anggota tersentak-sentak ketika hendak tidur. Insomnia akibat berdukacita, kerana diambil-perha­tian, serta rasa gatal pada lengan dan menguap keras. Mimpi-mimpi berlanjutan terlalu lama; mengganggu tidur. [Puls., Sulph.]

Demam. Seram sejuk, serta dahaga; tidak lega dengan panas di luar. [mengikut I.D.Johnson, seram sejuknya lega dgn panas di luar spt Ars., Kali c.; kalau tidak lega spt Bell., Phos., Nux.] Semasa demam, gatal-gatal; geligata di seluruh tubuh.

Kulit. Gatal, geligata. Sangat sensitif pada tiupan angin. Rasa dikoyak-koyak, terutama sekitar faraj dan mulut.

Modaliti. Melarat di waktu pagi, udara lapang, selepas makan, kopi, merokok, cecair, kehangatan di luar.  Lega semasa makan, berubah kedudukan.

Hubungan..  Bandingkan: Zinc.; Kali phos.; Sep.; Cimicif.; Panecea arvensis.

Komplemen: Nat. mur. Tak serasi: Coffea.; Nux.; Tabac.

Antidot: Puls.; Cham.; Cocc. Juga Acetic ac., Arnica.

Dos. Potensi 6 hingga 200.

 

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre