HEPAR SULPH

Sesuai terutamanya bagi konstitusi skrofula dan berlimfatik yang cenderung mendapat letusan dan bengkakan kelenjar. Kulit tidak sihat. Orang berambut perang yang mempunyai perwatakan lembap dan lemah otot-otot. Sangat sensitif kepada semua tanggapan. Pesakit yang berpeluh tetapi menarik selimut menutupinya. Secara setempat, ia mempunyai tarikan khusus kepada membran mukosa pernafasan, menghasilkan radang berkahak dan batuk teruk, penge­luaran lendir melimpah; juga mudah berpeluh. Selepas penyalahgu­naan merkuri/raksa.  Jangkitan sinus sert pembentukan nanah. Kecenderungan untuk menanah adalah paling jelas, dan telah menja­di satu panduan simptom dalam praktik. Lesi/luka yang merebak disebabkan oleh pembentukan kawasan kulit bengkak merah(papules) yang kecil di sekeliling tepi lesi lama.  Seram sejuk, sensitif yang keterlaluan, sakit seperti dicucuk selumbar, ketagih/kepin­ginkan benda-benda masam dan kuat baunya adalah ciri utamanya. Rasa seperti anging sedan menghembus pada setengah-setengah bahagian tubuh. Bahagian tubuh yang digunakan untuk berbaring di sebelah malam perlahan-lahan menjadi sakit tak tertanggung; dia terpaksa berbalik.  Pellagra (dos-dos materi diperlukan).  Sifi­lis selepas pengubatan secara kasar yang tidak spesifik.

 Minda. Sengsara di sebelah petang dan malam, serta berfikir akan bunuh diri. Sebab yang kecil saja boleh mengganggunya. Muram dan dukacita. Bengis.  Bercakap gopoh-gapah.

 Kepala. Vertigo; pening dan sakit kepala, apabila menggoyangkan kepala atau menunggang. Sakit seperti digerudi di pelipis kanan dan di pangkal hidung setiap pagi.  Kulit kepala sensitif dan sakit. Kulit melecur yang melengas gatal-gatal dan membakar. Berpeluh sejuk di atas kepala.

 Mata.  Ulser di kornea. Iritis, serta nanah di ruang depan; konjunktivitis bernanah, serta kemosis yang jelas, discaj melim­pah, sangat sensitif kepada sentuhan dan angin. Mata dan kelo­paknya merah dan radang. Sakit dalam mata, seolah-olah ditarik balik ke dalam kepala. Sakit seperti digerudi dalam tulang atas yang menge­lilinginya. Bola mata sakit disentuh. Objek-objek kelihatan merah dan terlalu besar. Pandangan dikaburkan oleh pembacaan; luas pandangan menjadi kecil separuh. Terdapat bulatan cerah di hadapan mata. Hipopion.

 Telinga. Terdapat keruping di atas dan di belakang telinga. Discaj nanah busuk daripada telinga. Berdesing dan berdenyut-denyut di dalam telinga, serta sukar mendengar. Kepekakan selepas demam skarlet. Pustul di kanal pendengaran dan aurikel. Mastoiditis.

 Hidung. Sakit pedih, berulser. Sakit pedih pada rongga hidung, serta gangguan lendir katarah. Bersin setiap kali dia terkena angin sejuk, kering, serta berair hidung, yang kemudiannya menjadi lendir yang tebal, busuk. Tersumbat setiap kali dia berada di kawasan berudara sejuk. Bau seperti keju lama. Demam jerami. (Hepar 1x kerap kali memulakan rembesan dan lelehan saliran dalam demam dengan hidung tersumbat)

 Muka. Warna kulit muka kekuningan. Bahagian tengah bawah bibir merekah. Erisipelas jenis melecur; serta sebahagiannya rasa ditusuk-tusuk. Neuralgia di sebelah kanan, berlanjutan dalam bentuk jalur hingga ke pelipis, telinga, hidung dan bibir. Sakit dalam tulang-tulang muka, terutama apabila disentuh. Ulser-ulser di penjuru mulut. Sakit mencucuk menjalar dalam rahang ketika membuka mulut.

 Mulut. Banyak menghasilkan air liur. Gusi dan mulut amat sakit bila disentuh dan mudah berdarah.

 Kerongkong. Apabila menelan, rasa seolah-olah ada penyumbat atau selumbar didalam kerongkong. Kuinsi, serta penanahan akan berlaku. Mencucuk-cucuk halus dalam kerongkong membawa ke telinga apabila menelan. Mendehemkan keluar lendir.

 Perut. Mengidamkan yang masam-masam, wain, dan makanan yang sangat kuat perasanya. Bencikan makanan berlemak. Sendawa kerap, tanpa ada rasa atau bau. Perut kekembungan, memaksa seseorang itu melonggarkan pakaiannya. Rasa membakar di dalam perut. Berat dan rasa (ada) tekanan dalam perut selepas makan sedikit.

 Abdomen. Rasa mencucuk-cucuk halus di kawasan hati apabila berjalan, batuk, bernafas, atau menyentuhnya. [Bry.; Merc.] Hepatitis, abses hepatik; abdomen mengembung, tegang; jangkitan abdomen kronik.

 Najis. Berwarna seperti tanah liat dan lembut. Masam, putih, tidak cerna, busuk kohong. Hilang kekuatan untuk mengeluarkan walaupun najis yang lembik.

 Urin. Dikosongkan perlahan-lahan, tanpa dipaksa - jatuh secara menegak, pundi kencing lemah. Kelihatannya seolah-olah ada lagi yang masih tinggal. Kencingnya ada lapisan nipis bergris. Masalah pundi kencing bagi orang tua. [Phos.; Sulph.; Copaiva.]

 Lelaki. Herpes, sensitif, mudah berdarah. Ulser di bahagian luar hujung kulit zakar yang serupa dengan syanker. [ Nitr. acid.] Keghairahan dan keluar mani tanpa khayalan atau keseronokan syahwat. Gatal-gatal di kepala zakar, di lipatan kulit, dan skrotum. Kelenjar inguinal menanah. Kutil ketuat besar yang berbau busuk. Pedih berlengas di atas kemaluan dan juga antara skrotum dan kedua paha. Gonorea degil yang 'tidak baik-baik'.

 Perempuan. Discaj darah daripada rahim. Gatal-gatal pada kemaluan dan kedua puting, melarat semasa haid. Haid lewat dan sedikit. Abses di kawasan labia dengan rasa sangat sensitif. Leukorea yang terlalu busuk. Baunya seperti keju lama. [Sanicula.] Perpeluhan melimpah pada masa putus haid. [Tilia; Jaborandi.]

 Respiratori. Hilang suara dan batuk-batuk apabila terdedah kepada angin sejuk, kering. Keparauan, serta hilang suara. Batuk menyusahkan bila berjalan. Batuk parau, kering. Batuk terangsang bilamana mana-mana bahagian tubuh menjadi sejuk atau terdedah, atau daripada memakan makanan sejuk. Krup serta batuk berdetaran, longgar; melarat di waktu pagi. Batuk rasa tersedak. Batuk berdetar-detar,  garau; serangan menyesakkan nafas; terpaksa bangun dan melentur kepala ke belakang. Cemas, mendesah, pernafasan lembap, asma melarat di dalam udara sejuk kering; lega dalam udara lembap. Jantung berdebar-debar.

 Ekstremiti. Sendi-sendi jari jemari membengkak; cenderung untuk mudah terkehel. Kuku ibu jari kaki sakit bila dipteral sedikit sahaja.

 Kulit. Abses; kelenjar yang menanah sangat sensitif. Papul cenderung untuk menanah dan merebak. Akne pada orang muda. Menanah dengan  rasa sakit seperti dicucuk. onak. Mudah berdarah. Edema angioneurotik. Kulit tidak sihat; sedikit luka akan menanah. Kulit pecah-pecah, serta rekah-rekah dalam pada tangan dan kaki. Ulser, serta penanahan berdarah berbau seperti keju disimpan lama. Ulser yang sangat sensitif dengan sentuhan, membakar, menyengat-nyengat, mudah berdarah. Berpeluh siang dan malam tanpa rasa lega. 'Kepuh sejuk' sangat sensitif. Tidak sanggup terdedah; ingin diselimut sehangatnya. Bahagian-bahagian yang sakit rasa mencucuk. Ulser-ulser busuk, dikelilingi oleh jerawat-jerawat kecil mengandungi nanah. Sangat sensitif dengan sentuhan. Urtikaria kronik dan berulang-ulang. Cacar. Penyakit herpes circinatus. Selalu membuang bau busuk daripada tubuh.

 Demam. Seram sejuk dalam udara lapang atau daripada mengerah tenaga sedikit. Panas kering pada sebelah malam. Peluh melimpah; masam, melekit, busuk.

 Modaliti. Melarat daripada angin sejuk kering; udara sejuk; berkuat sedikit; daripada merkuri, sentuhan; berbaring di bahagian yang sakit. Lega dalam udara lembap, daripada membalut kepala, dari berpanas, selepas makan.

 Hubungan. Bandingkan Acon.; Spongia; Staphis.; Silica; Sulph.; Calc. sulph.; Myristica. Hepar mengantidot kesan buruk merkuri, Iodine, Potash, minyak ikan kod.

Antidot: Bellad.; Cham.; Sil..

 Dos. Potensi pertama hingga 200. Potensi tinggi menghalang penanahan, potensi rendah mempercepatkan penanahan. Sekiranya perlu, berikan potensi 2x.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre